Images

tips mengatasi bosan semasa holiday???


kebanyakan orang mengadu bosan ketika cuti datang. sekiranya hari bercuti selama 10 hari, maka 5 hari pertama tentunya seronok dan 5 hari terakhir dah tak tahu nak wat ape! pastuh bila dah camtuh, mulalah berdoa supaya cuti cepat habis, nak mula balik belajar jumpa kawan-kawan. Tapi bila dah start belajar sibuk pula berdoa supaya cepat bercuti. itulah manusia, aku sendiri pun tak paham! jadi bagaimana hendak menjadikan cuti anda efektif, kalau 10 hari cuti sampai rasa tak cukup, harap-harap cuti tuh jadi 11 hari.
dan kalau korang betul-betul tak tahu nak wat pe semasa cuti nih jadi cuba ikuti langkah-langkah pelik di bawah:

1) RANCANG PERCUTIAN
untuk mereka yang ada bajet lebih, rancang percutian. ke luar negeri or luar negara. make sure percutian anda melebihi daripada kadar tempoh cuti anda. kalau tempoh cuti anda 10 hari, bercuti la 11/12 hari. walaupun cara ini dapat membuatkan korang ketinggalan kelas tapi percayalah korang akan merasa puas dengan cuti korang dan lambat bosan menghadapi hari2 pembelajaran

2) VARIASI
hidup mesti ada variasi, kalau sama je semua mestila buhsan. cuba bayangkan kalau muka korang semua sama dengan muka aku, nak tengok cermin pun meluat! jadi variasi kan segala-galanya. dari tempat melepak, masa melepak, dengan siapa kita melepak, dan juga kenderaan yang digunakan untuk melepak. sebagai contoh, kalau malam nih lepak dekat KLCC, esok malam lepak dekat midvalley dan malam seterusnya lepak kedai mamak cukupla, minum ais kosong!

3) KELUAR DARI RUMAH
ada benda menanti korang kat luar sana. kalau asyik duk umah main game, mana korang nak sedar. keluar rumah jalan2 tengok apa ada kat sekitar rumah tuh. sambil2 hirup udara segar boleh usha2 anak jiran sebelah mandi swimming pool. takpun pergi tidur rumah kawan semalam dua sambil layan2 movie terbaru yang baru didownload secara haram. nanti masa nak bersembang takdelah kekeringan idea

4) TINGKATKAN SKILL
lelaki sangat mudah tertarik dengan perempuan yang skilfull begitu juga sebaliknya. jadi kalau rasa2 umur tuh dah sesuai nak kahwin tingkatkan lah skill masak korang ye wahai kaum perempuan, takkan nak berharap lelaki yang masak pula! bagi lelaki pulak, cuba korang belajar main gitar or piano, mane taw boleh wat lagu lelehnya konfem2 ramai perempuan cair. bagi yang tak boleh merenggang dengan buku, makesure improve skill membaca sehelai muka surat daripada setengah jam kepada 10 minit.

5) KEMAS BILIK
semangat je time raya cat bilik, kemas bilik. pastuh baju pun dalam tong sampah, tupperware aiskrim pun bawah bantal. takkan nak tunggu raya kot, raya setahun sekali je akak oiii! so start mengemas bilik korang,kalau rajin ubah susunan perabot dalam bilik. kalau sebelum nih katil depan pintu masuk tandas, kali nih ubah pulak katil kat depan pintu masuk bilik. dengan cara ni dapat memberi mood baru untuk belajar pada penggal seterusnya.

6) ORANG GILA
bukan bermaksud jadi betul2 gila, tapi buat something yang gila2. biar orang nak kate korang nih gila asalkan korang seronok masa cuti nih. sebagai contoh, selepas korang check out daripada hotel korang kembali ke hotel itu semula dan check in semula buat2 lah korang baru nak start holiday ataupun gelak ketika orang lain bercakap walupun benda tuh tak lawak tapi gelak jerk sampai menitis air mata TAPI jangan buat dengan mak bapak korang kang kena penampor free plak!

7) MAKAN-TIDUR
kalau dah memang pemalas and malas sangat nak wat aktiviti kat atas makan-tidur ajela. sape kata makan tak best? sape kata tidur tak best? masa cuti nih la korang nak qada balik waktu tidur and makan korang. tidur dan makan sepuas2nya seperti hari ini hari terakhir kita hidup di dunia. tapi cuba letakkan VARIASI sket dalam aktiviti nih, cabar diri korang untuk buat rekod. misal kata buat rekod tidur selama 72 jam tanpa berjaga ataupun makan tanpa henti selama 24 jam. mesti style and seronokkkkkk

cuti boleh jadi membosankan tapi tak bermakna korang perlu rasa bosan semasa cuti. penuhi keperluan dan keinginan semasa cuti dan korang takkan sedar yang cuti dah pun tamat!

2 comments: