Images

bila mata ada fikiran buka


baru pulang dari kaherah (satu tempat di egypt) berjumpa dengan Tuk Guru yang lama dah tak berjumpa. Alang-alang membawa golongan VIP untuk pakej umrah, bolehlah melepas rindu yang sudah 2 tahun tertanggung. Sama, masih tidak berubah, beliau tetap beliau yang dulu.

Dalam perjalanan pulang, sempat melihat ragam manusia yang jelas di mata. terfkir sejenak akan aktiviti sama yang dilakukan oleh mereka di pagi hari. melaung2 mencari pelanggan, si bapa menolak anak cacat menggunakan troli, buruh mengimpal besi di atas bumbung, pemandu meredah kesesakan menuju ke destinasi, wanita memakan kacang di balik cermin ruang membeli tiket, lelaki berebut2 mendapatkan pengangkutan, menunggang himar ke pasar, mengutip bawang segar dari pokoknya.
maka timbul satu persoalan. tidak bosankah mereka? melakukan perkara yang sama setiap pagi?
lalu membayangkan diri ini berada di tempat mereka. Sudah tentu bosan! setiap pagi hanya ditemani rutin2 yang sama. kalau berubah pun tetap sama!

jadi pelajar juga terbaik. di tika ini, banyak pengalaman mudah diperolehi. mengenal budaya manusia, membeza yang baik dan buruk, berkenalan sesama manusia, menilai darjat dan juga harta, mengukur sejauh mana kemampuan kita, berpeluh bersama sama, berjalan jalan di atas muka dunia. BEBAS. tak perlu ada had untuk membatasi segalanya. tak perlu terikat dengan apa-apa.

sempat aku, beramah mesra dengan kumpulan Dato' & Datin yang mengikuti travel umrah. ramah-ramah sahaja tapi ada juga yang masih mementingkan pangkat dan nama! semua itu menjadi penanda ukur diri kita. kita nak jadi yang mana? status sebagai pelajar yang memberi kita rasa itu semua. dan beri kita pilihan untuk jadi sesiapa.

berfikir pula, rutin itu cerita kehidupan. kita cuma enjoy sahaja dengannya. orang kata, "kalau kita enjoy dengan pekerjaan yang kita lakukan kita tidak mudah kebosanan." ada juga orang kata, "belajar untuk enjoy dengan pekerjaan kita kerna dengan cara itu sahaja kita dapat menghadapi hari hari kita."

pulang,
aphids

0 comments: