Images

.::indahnye raye saban tahun::.


hari pertama setelah tujuh hari di kampung...
seperti biase raye terBAEEKKK!!! kemeriahan; nak kata best tapi, nenek aku raye kat mekah, korum meeting kiteorg kat kampung tak cukup sorang. tapi sememangnye best sebab, mak cik aku paling last melangusngkan perkahwinannye, sepupu2 aku yg sekian lama tak pulang juga ikut beraya di ganu kali ini.

kat kampung...

aku tahu aku tak bangun kol 4am utk tolong pak cik2 aku menumbangkan lembu, aku tak tolong pak cik aku basuh kuali kat belakang umah, aku tak tolong cucuk sate, aku tak tolong susun meja dan dirikan khemah, aku tak tolong potong daging, aku tak tolong kemas umah...

tapi...

aku tolong cat umah, aku tolong kupas bawang, aku tolong jadik runner g beli barang, aku tolong kemaskan pinggan dan cawan kotor, aku tolong lipat,kemaskan meja, aku tolong teman mak cik aku pegi pasar, aku tolong lipat2 khemah, aku tolong mak cik aku jage anak dieorang, aku tolong bakarkan mercun2 dan bunga api, aku tolong makan nasi dagang, nasi minyak, gulai kawah, laksa, nasi ayam, nasi air, nasi dan bihun goreng, mee hailam, akok, sate...

tapi semua tuh membuat aku sedar yang mane kekuatan hubungan kekeluargaan kembangan membuatkan kita rasa seronok beraya. beraya bersama mereka yg tersayang. walau kau orang ade di rumah orang tua sekali pun kau orang akan berasa seronok kerana dapat beraya bersama kawan2 tua kau orang yang tersayang...

walaupun terengganu tuh panas di tengah hari dan hujan di petang hari(kacau nak pegi pantai jerk...haha) tapi seronok. walau aku sakit perut di hari raya pertama tapi aku seronok. walau hari terakhir berpuase tuh aku tak sabar nak berbuka tapi seronok. walau petang2 aku dan sepupu2 serta mak cik ku lari dari membuat persediaan perkahwinan tapi seronok. walau hiasan inai di tangan nih tak kekal lama, tapi seronok. walau mak cik and pak cik aku merungut anak buah dia malas tapi seronok. walau tak dapt duit raye yg banyak tapi seronok. walau nenek aku beraya di mekah tapi seronok SEBAB semua keluarga ada di kampung...

p/s: anda juga boleh merasai kesoronokan raya saya di sini...

seronok beraya di desa,
aphids:)

0 comments: