Images

.::bukan aku mahu ia terjadi::.

aku cuma manusia hina
berkereta di tengah jalan raya
tak memberi masyhur jua rupa

aku cuma manusia kerdil sahaja
ditengah lambakan manusia
mencari juadah berbuka
aku tiada apa

aku cuma manusia dhaif
tak bisa menghalang semuanya
walau ada iman di dada
nafsu menyungkur segala

aku cuma manusia porak peranda
menambahkan dosa
yang jumlahnya entah berapa

aku cuma manusia durjana
dari kesilapan lalu
aku tidak reti mengubahnya

aku cuma manusia leka
hanyut dengan arus kemodenan
bodoh di sini sana

aku cuma manusia insaf
yang ingin lepas dari segala
hina, kerdil, dhaif, porak peranda, durjana, leka
dan ingin kembali kepadaNya...


pasca sahur,
aphids

2 comments:

  1. tajam doe.. hohhh.. mlm lailatul qodar nih sempat kot..

    ReplyDelete