'persamaan itu disyukuri, perbezaan itu diraikan'
Seringkali dalam satu satu perhubungan pastinya manusia mencari Mr. Right & Mrs Right. Itu tidak dinafikan, menandakan bahawa yang benar benar hadir sebagai pasangan itu dapat membahagiakan. Tidak ada tanda atau cop serta tag nama yang menandakan pasangan itu milik kita melainkan itu dalam pengetahuan Tuhan. Kita hanyalah berusaha mencari yang terbaik untuk diri sendiri.
Dalam perjalanan mencari Mr Right & Mrs Right kita terlalu bergantung pada ciri ciri kesamaan yang ada pada pasangan, manakala perbezaan buat kita curiga dan risau akan nasib yang akan terjadi dalam perhubungan di masa hadapan.
"Apa lagi persamaan antara kita berdua?"
"ermm...membaca?"
"lagi...?"
"errrr"
"saya rasa kita tidak ada banyak persamaan"
Bila wanita/lelaki mendapati pasangan mereka tidak mempunyai / tidak banyak persamaan, maka mereka merasakan itu bukanlah Mr Right or Mrs Right mereka. Apabila ini yang ditekankan maka bagaimana sesuatu hubungan mahu berjaya? Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang bahawa antara setiap pasangan itu ada satu persamaan iaitu perasaan cinta/sayang terhadap satu sama lain. Ini adalah persamaan yang PALING KUKUH sehingga tidak perlu lagi mencari persamaan lain lalu menutup segala perbezaan yang ada.
"Apa perasaan awak terhadap saya?"
"Saya cintakan awak! Apa perasaan awak terhadap saya pula?"
"Saya juga cintakan awak!"
Impian untuk bersama, mempunyai anak anak, rumah, kereta dan segala perancangan bersama bukankah itu persamaan yang paling hebat?
Ingatlah bahawa mana mana manusia pun tak akan pernah sama (identical) atau tak akan dapat menjadi seperti yang kita mahukan. Manusia mempunyai cap jari yang berbeza setiap satunya, begitu juga dengan personaliti masing masing.
"Don’t expect her to be like you. She’s not like you and she never will be like you. She is a unique individual, with her own personalities."
-Aiman Azlan
Hafeez Darraji
0 comments: