Images

Cerita 2013

2013 belum lagi berakhir tapi aku tidak sabar hendak berkongsi kesyukuran atas apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. 2013, tahun paling bermakna setelah tahun tahun sebelumnya. Satu persatu doa aku dimakbulkan, impian aku tercapai, dimurahkan rezeki, dilancarkan segala urusan dan sebagainya. Juga tahun kematangan aku, matang dalam segala segi. 

Aku masih lagi diri aku, masih lagi dirujuk orang ramai sebagai seorang manusia dan masih bernama yang sama. Kalau diandaikan aku ini durian, fizikal aku ini masih tetap lagi sebagai sebiji durian, mungkin isinya ada yang manis atau lemak ataupun pahit. Begitu juga dengan beberapa perubahan dari dasar dan dalam seorang manusia yang dipanggil dengan nama panggilan Hafeez Darraji ini turut berubah. Kerana hidup ini berubah, dan segala perubahan ke arah lebih baik yang telah mengganti menunjukkan kita ini sudah berada lebih tinggi dari kedudukan yang lama. 

Syukur pada Tuhan yang telah menganugerahkan aku hidup ini untuk diguna atas tujuan dan jalan yang baik. Mengikis segala keburukan dan kelemahan sedikit demi sedikit, diperbaiki agar menghasilkan hasilan yang lebih baik. Masih lagi dapat memandang permandangan terindah wajah emak ayah yang membahagiakan, karunia adik beradik yang pelbagai ragam memeriahkan hari yang sunyi, sokongan padu sahabat handai dan juga seorang permaisuri sebagai peneman di atas takhta aku sendiri. Mashaallah.

Tahun ini pastinya tahun 'durian runtuh' ; banyak 'ilmu ilmu' baru telah aku pelajari, kejayaan merangkul juara dalam beberapa siri kejohanan futsal, sokongan orang ramai terhadap Zine Paracetamol, karya aku diterbitkan oleh beberapa publisher dan jika aku ingin menghitung setiap satu nikmat Tuhan pasti sekali aku tewas. Tidak terlupa juga, banyak perkara yang telah aku belajar dari kegagalan dahulu; tentang wanita, persediaan berkeluarga, pelajaran di kuliah, mehnah di negara Egypt dan sebagainya. Kegagalan sesungguhnya guru paling berguna dalam hidup aku.

Simpulnya, 2013 adalah tahun yang paling dekat dengan hati aku. Tahun yang pasti aku kenang. Moga segala nikmat dan kebaikan akan berterusan. Dengan izin Tuhan.


p/s; Doakan agar urusan sebelah aku sentiasa berjalan lancar & dipermudahkan dan aku senantiasa mendoakan kejayaan buat kalian semua.


Jumpa di tahun 2014,
Hafeez Darraji
27/12/2013; 6.31pm 
Mansoura, Egypt


0 comments: