Images

Jujur

Pada waktu ini, kita patut lebih jujur dengan diri kita sendiri. Lebih jujur dengan perasaan kita, zahirkan rasa gembira, benci, suka, marah, dengki secara nyata. Beritahu apa kata hati, zahirkan nawaitu yang terdetik di hati. Dengan itu kita pasti meraih bahagia dan akhirnya berupaya membias sedikit sebanyak bahagia yang sama kepada orang sekeliling.

Kita terikat dengan budaya, tidak mahu dihakimi dan takut dipulau manusia manusia yang sebenarnya lebih kurang sama dengan kita. Hipokrasi. Tidak ada capaian bahagia kalau rasa itu ditahan tahan dan terbiar meringkuk di dalam benak fikiran atau terkurung dalam ruang hati yang paling dalam. 

Aku mahu terus menumpu ke arah perkara yang buat aku gembira, yang jadikan aku manusia lebih baik dan meletakkan aku dalam kelompok yang dapat buat orang lain tertawa. Maafkan atas kekhilafan aku yang dahulu andai ia bisa menganggu mana mana capaian bahagia kita bersama. 

Sudah tahun 2014, masih mahu berada di takuk yang lama sayang?


Hafeez Darraji
Images

Cerita 2013

2013 belum lagi berakhir tapi aku tidak sabar hendak berkongsi kesyukuran atas apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. 2013, tahun paling bermakna setelah tahun tahun sebelumnya. Satu persatu doa aku dimakbulkan, impian aku tercapai, dimurahkan rezeki, dilancarkan segala urusan dan sebagainya. Juga tahun kematangan aku, matang dalam segala segi. 

Aku masih lagi diri aku, masih lagi dirujuk orang ramai sebagai seorang manusia dan masih bernama yang sama. Kalau diandaikan aku ini durian, fizikal aku ini masih tetap lagi sebagai sebiji durian, mungkin isinya ada yang manis atau lemak ataupun pahit. Begitu juga dengan beberapa perubahan dari dasar dan dalam seorang manusia yang dipanggil dengan nama panggilan Hafeez Darraji ini turut berubah. Kerana hidup ini berubah, dan segala perubahan ke arah lebih baik yang telah mengganti menunjukkan kita ini sudah berada lebih tinggi dari kedudukan yang lama. 

Syukur pada Tuhan yang telah menganugerahkan aku hidup ini untuk diguna atas tujuan dan jalan yang baik. Mengikis segala keburukan dan kelemahan sedikit demi sedikit, diperbaiki agar menghasilkan hasilan yang lebih baik. Masih lagi dapat memandang permandangan terindah wajah emak ayah yang membahagiakan, karunia adik beradik yang pelbagai ragam memeriahkan hari yang sunyi, sokongan padu sahabat handai dan juga seorang permaisuri sebagai peneman di atas takhta aku sendiri. Mashaallah.

Tahun ini pastinya tahun 'durian runtuh' ; banyak 'ilmu ilmu' baru telah aku pelajari, kejayaan merangkul juara dalam beberapa siri kejohanan futsal, sokongan orang ramai terhadap Zine Paracetamol, karya aku diterbitkan oleh beberapa publisher dan jika aku ingin menghitung setiap satu nikmat Tuhan pasti sekali aku tewas. Tidak terlupa juga, banyak perkara yang telah aku belajar dari kegagalan dahulu; tentang wanita, persediaan berkeluarga, pelajaran di kuliah, mehnah di negara Egypt dan sebagainya. Kegagalan sesungguhnya guru paling berguna dalam hidup aku.

Simpulnya, 2013 adalah tahun yang paling dekat dengan hati aku. Tahun yang pasti aku kenang. Moga segala nikmat dan kebaikan akan berterusan. Dengan izin Tuhan.


p/s; Doakan agar urusan sebelah aku sentiasa berjalan lancar & dipermudahkan dan aku senantiasa mendoakan kejayaan buat kalian semua.


Jumpa di tahun 2014,
Hafeez Darraji
27/12/2013; 6.31pm 
Mansoura, Egypt


Images

Mr Right & Mrs Right

'persamaan itu disyukuri, perbezaan itu diraikan'

Seringkali dalam satu satu perhubungan pastinya manusia mencari Mr. Right & Mrs Right. Itu tidak dinafikan, menandakan bahawa yang benar benar hadir sebagai pasangan itu dapat membahagiakan. Tidak ada tanda atau cop serta tag nama yang menandakan pasangan itu milik kita melainkan itu dalam pengetahuan Tuhan. Kita hanyalah berusaha mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan mencari Mr Right & Mrs Right kita terlalu bergantung pada ciri ciri kesamaan yang ada pada pasangan, manakala perbezaan buat kita curiga dan risau akan nasib yang akan terjadi dalam perhubungan di masa hadapan. 

"Apa lagi persamaan antara kita berdua?"

"ermm...membaca?"

"lagi...?"

"errrr"

"saya rasa kita tidak ada banyak persamaan"

Bila wanita/lelaki mendapati pasangan mereka tidak mempunyai / tidak banyak persamaan, maka mereka merasakan itu bukanlah Mr Right or Mrs Right mereka. Apabila ini yang ditekankan maka bagaimana sesuatu hubungan mahu berjaya? Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang bahawa antara setiap pasangan itu ada satu persamaan iaitu perasaan cinta/sayang terhadap satu sama lain. Ini adalah persamaan yang PALING KUKUH sehingga tidak perlu lagi mencari persamaan lain lalu menutup segala perbezaan yang ada. 

"Apa perasaan awak terhadap saya?"

"Saya cintakan awak! Apa perasaan awak terhadap saya pula?"

"Saya juga cintakan awak!"

Impian untuk bersama, mempunyai anak anak, rumah, kereta dan segala perancangan bersama bukankah itu persamaan yang paling hebat?

Ingatlah bahawa mana mana manusia pun tak akan pernah sama (identical) atau tak akan dapat menjadi seperti yang kita mahukan. Manusia mempunyai cap jari yang berbeza setiap satunya, begitu juga dengan personaliti masing masing. 

"Don’t expect her to be like you. She’s not like you and she never will be like you. She is a unique individual, with her own personalities."
-Aiman Azlan


Hafeez Darraji


Images

Supportive

I have my own definition of being supportive. Being supportive is not all about being there, make a cheer, give advice. 'Action speaks louder than words' that's the sum of being supportive. 

Sebagai contoh, kawan/suami kau nak berhenti merokok. Bukan sahaja kata semangat 'u can do it' je but our being supportive mestilah sama level dengan kesusahan dia nak berhenti merokok. So why not you being supportive by belikan dia nicotine chewing gum or electronic cigar or the new trends sekarang vapor. Buy for them and let them continue their effort from there. At least kita dah senangkan proses dia untuk berhenti merokok. Bukan setakat komplen, 

"my family takde sorang pun merokok so i tak suka orang merokok. I nak you berhenti sekarang!" 

or 

standard lah kalau nak berhenti merokok kekadang tewas sebatang dua nak isap jugak, and frankly speaking your complaint doesn't help at all 

"kata nak berhenti merokok tapi still isap lagi da da da di da di we love to party bla bla bla"

As for the opposite gender, when you nampak your wife dah berisi and you don't like that changes, apa kata one day you balik dari rumah and you surprise her with this new limited edition nike shoe with her name on it (okay, kasut nike yang biasa pun dah nice what) and say

"sayang, abang ada beli kasut untuk sayang, weekend we go for jogging at klcc nak?"

Instead of complain complain and complain why not you be supportive like you really mean it. Help them, ease them into every step they'll take. Sambil menyelam minum air and in return you get her/his appreciation in a wonderful way.

Ini duk komplen orang nih merokok lah busuklah, kalau kenal approach them practice small kindness and help them. huh?


Hafeez Darraji


Images

Tetaplah Terus Di Bahuku

buat sang ratu,

tetaplah terus dibahuku
kan kuterus usap ubunmu
menghilangkan segala sakit
membuang segala lelah
cintaku kan jadi penawar
merawat parutmu yang luka

tetaplah terus dibahuku
pejam matamu rasakan masa berlalu
tenggelam terus dalam dodoian
sehingga kau lena dipeluk bahagia


Hafeez Darraji