Images

Perjalanan Rahmat

Perjalanan Rahmat
kau temukan kami kembali
mengenali hati hati kami
merapatkan ukhwah kami

sudah lama suasana ini
tidak dirasai
asing barangkali

kita berpeluang
bergelak ketawa, beramah mesra, berkata kata
kita kongsi suka dan duka
satu harapan, ke pengakhiran yang sama

dalam perjalanan rahmat ini
kita tidak kosong
walau sesekali luka lama menyinggah
tapi setiap kita bahagia

walau diakhirnya nanti kalah
dengan penuh pengharapan,
Perjalanan Rahmat ini
terus Allah rahmati

usaipsd, 227am,31mac2012


Images

Men are from Mars & Women are from Venus


Buku "Men are from Mars & Women are from Venus" adalah buku yang sangat terbaik untuk di baca. Saya mengeshorkan setiap peserta kursus kahwin perlu membaca buku ini. Menceritakan sifat lelaki yang sangat berbeza dari perempuan. Kebanyakan point yang dinyatakan akan reflek pada diri kita sendiri. Bagaimana menjaga hubungan, memahami perbezaan, menyelamatkan rumahtangga dan sebagainya. Mempunyai 13 bab beserta contoh-contoh situasi yang biasa dihadapi yang membawa kepada keretakan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dari tajuk buku "Men are from mars & Women are from Venus" sendiri telah memaklumkan kita bahawa memang wujud perbezaan antara lelaki dan perempuan yang perlu difahami agar hubungan berdua dapat diteruskan hingga keakhirnya. Selamat Membaca :)

p/s: seriously worth it!



Images

menunggu jawapan Tuhan

dunia ini
penuh teka teki
silangkata yang kau isi sehari hari
jika kau jemu
hari kan tetap berlalu pergi

seperti rasa ini
aku selalu meneka
kadang kadang YA kadang kadang TIDAK
hingga saat penetapanku mutlak
Dia perlihatkan segala

lihat pengorbanan Ayub
sanggup terima kembali isterinya
lihat pengorbanan Asiah
dijanji syurga walau suaminya derhaka

untuk engkau
simpan rasa dalam dalam untuk aku
jangan pernah takut/penat
aku kan sentiasa menunggu
untuk penuhi hidupmu dengan rahmat

bagi aku ini bukan
kelemahan siapa siapa
tapi rahsia Tuhan
untuk lihat hebatkah setia kita

kalamakhir,827am,28mac






Images

yang indah tetap indah

untuk kita lihat satu keindahan itu bukan mudah. aku sendiri pernah katakan yang untuk mendapatkan kegembiraan kita perlu melalui sesuatu yang sukar. ambil sahaja contoh;
menyelam ke dasar laut misalnya. pada awalnya kau tidak biasa. minit pertama kau rasa kau mampu melakukannya. tapi tiba tiba datang situasi bahaya. mulut masuk air misalnya. kau kelam kabut , bernafas laju, kau rasa sesak, seperti mahu mati. saat itu kau mengalah dan mahu keluar dari air untuk selamanya.

tapi instuctor menyakinkan kau. dia pujuk perlahan lahan. kau ikut sebab terpaksa.
kau cuba semula. walaupun kau tidak yakin. bila kau selam dalam demi dalam kau rasa selesa. bila kau lihat keindahan aut di bawah sana kau terpesona. kau gembira. mulut kering, telinga sakit, hidung dipenuhi air. kau tidak peduli sebab kau nikmati. nikmati indahnya dasar laut semulajadi.

bilakau timbul, kau puas, kau sedar dan gembira yang bukan mudah untuk peroleh satu keindahan, dan kau lega kau tetap melakukannya.

tempatduduksama, 822pm, 26 mac



Images

harapan

aku tidak tahu kenapa aku masih berharap
adakah ini hint Tuhan atau permainan rasa
nak tahu apa aku harapkan?

aku berharap dapat bawa kau kesini
dan rasa pengalaman yang aku rasa sepanjang hari ini
sebab aku tahu kau pasti sukakannya

tapi Allah lebih mengetahui...


ufuk senja, 625pm, 26 mac 2012




Images

satu hari nanti...

satu hari nanti
cuba kita fikir semula...

apa yang buat kita
ambil keputusan begini?
apa yang buat kita
nak lepaskan sahaja apa yang kita rasa?
apa yang buat kita
rasa sakit tidak terhingga?
apa yang buat kita
nak musnahkan sahaja impian kita?
apa yang buat kita
ambil keputusan begitu
walau kita tahu ianya bakal menyakitkan kita
apa yang buat kita
lepaskan semua dan korbankan kebahagiaan kita

masa itu
kita tidak ada jawapan untuk semua soalan itu
masa itu
kita rasa menyesal kerana ikutkan rasa
masa itu
kita harap masa dapat diputar semula
untuk kita pertahankan peluang yang kita ada

dan masa itu kita fikir
kalau kita mengerti semua...

laut dalam, 357pm


Images

semua dalam satu

melihat langit
seumpama berada dalam studio
langit tampak dekat
dan dihujung sana ada dinding
yang terlukis dengan sempurna

********************

sebenarnya berjalan seorang diri
bukan menunjukkan kita lemah
bukan menunjukkan kita asing
tapi sebenarnya kekuatan untuk kita
pelajaran untuk kita
kenal diri kita

untuk pengetahuan semua
bercakap seorang diri bukan gila
untuk orang normal seperti aku

********************

aku bukan sengaja hendak begini
dan selalunya aku tak begini
tapi kerana memikirkan masa depan yang aku impikan
akan musnah begitu sahaja

entahlah, mungkin aku kuat berkhayal
seperti mat jenin dengan angan angannya
mungkin impian masa depan aku itu
cuma RASA aku sahaja
rasa yang kuat bila tiada
dan hilang bila ada

sebab aku pernah kata
rasa jangan sebarang rasa

********************

benda yang terjadi buat aku keluar dari dunia
tapi bukan alasan aku
untuk aku tidak teruskan
apa yang aku buat selama ini
untuk aku tinggalkan perkara yang membahagiakan aku
sebab sekembalinya aku
ada tugas penting
untuk aku juangkan

untuk perkara yang terjadi
bagi aku peluang
untuk aku atasi ra takut aku

********************


Images

hujung dunia

di sebuah perkampungan
pulangnya seorang hamba dengan bot buruknya
entah sejak bila dia keluar?
mungkin sebelum subuh tadi

selalunya kita rasa jengkel
jengkel dengan bisingnya bangsa arab
tapi kali ini tidak
aku tenang
aku tenang mendengar 2 percakapan manusia
dengan bahasa asing mereka
memuji satu sama lain

ditempat duduknya aku
berpasir lembut
angin sesekali bertiup
bunyi air memukul
ketenangan ini sudah lama aku mimpi

waktu senja ini
mata aku masih dapt melihat
meneka sejauh mana hujungnya dunia
yang pasti ada pengakhirannya di hujung sana

untuk aku
aku masih lagi di sini
bernyanyi tak berlagu
menjerit dan merayu
fikir aku
ini tamatnya dunia
tapi aku masih disitu

sepatutnya aku perlu berjalan
perlahan lahan cuba memijak air yang tenag
walau aku tahu mustahil
tapi aku perlu cuba
untuk cari hujung dunia

dan sepanjang perjalanan aku
mungkin ada bot bergerak laju
mungkin ada ikan mengejar
mungkin ada ombak besar yang membantai
yang perlu aku hadapi dan belajar bagaimana menghadapinya

dan matlamatku bukan lagi dia
dia bukan lagi sebab untuk aku kuat
dia bukan lagi sebab untuk aku lemah
matlamatku kini untuk hujung dunia
aku aku berjalan dan berlari
walau penat
aku perlu tahu
rahsia apa untukku di sana

jus mangga masam, 6.16pm




Images

love - unconditional love

' at the moment i started to realize the real meaning of love - unconditional love. i had always thought of myself as a loving person. but she was right. i had been fair-weather friend. as long as she was happy and nice, i loved back. but if she was unhappy or upset, i would feel blame and then argue or distance myself'


Images

Ampun


sejak tarikh itu, aku banyak berfikir.
aku lebih suka berjalan seorang diri, bercakap seorang diri.
engkau yang paling faham.
engkau faham yang aku perlukan masa.
tapi dalam masa itu kau tanggung derita.

seorang diri.
bertopeng senyuman bila berdiri.
murung bila sembunyi.
aku tahu aku bukan manusia yang layak bagi pandangan kau.
aku tahu sifat aku akan dan pernah memakan diri.

waktu ini.
aku tetap bersendiri.
memikirkan silap dan salah yang menggunung dan kebaikannya hanya di celah gigi.
rasa aku ini bercampur baur.
mungkin sementara.
mungkin selamanya.
tapi jauh dari lubuk hati, aku ingin betulkan segalanya.

yang bangkai aku harap dapat hidupkan semula.
yang biru dapat aku putihkan semula.

Images

perasaan



sakitnya membawa perasaan ini
seperti anak dalam kandungan
menyepak-nyepak dinding perut ibunya

letihnya membawa perasaan ini
seperti anak dalam kandungan
mahu bersama setiap masa

minta tenangkan ini
jika mahu bersama ucapkan pujangga
jika tidak segera surut

supaya ibadahku tidak mengarut

p/s; letihhhhhhhhh


Images

Peluang


manusia tidak pernah puas dengan benda yang mereka kecapi.
pada awalnya, they aim for 1 thing and they said "i'll stop after all this end"
tapi mereka tidak.
bagi mereka peluang walau sekecil zarah adalah peluang yang sangat besar.
dan mereka terus mengejar cita-cita mereka yang tiada penghujung.

ambil masa untuk menghadiri ilmu/agama.
walau kita rasa sudah cukup ilmu di dada, tetap lapangkan diri untuk pergi.
walau dalam 2 jam ceramah/kelas kita tersentuh dengan hanya lisan selama 5 minit
itu adalah sebaik-baiknya.
lapangkanlah diri walaupun terpaksa.

p/s: untuk aku, kamu dan kita semua


Images

Selamat Hari Wanita, wanita.




wanita

setiap bulan
berbeza rasa, berbeza gembira, berbeza emosi.
sungguh fragile
pada environment, pada manusia, pada cuaca.
kawan/teman
pelengkap, perincian, pengingat.
isteri/ibu
berat, sakit, sabar.

semua itu
yang menjadikan mereka unik

SELAMAT HARI WANITA!
kepada wanita seluruh dunia

p/s: development perempuan lebih cepat berbanding lelaki pada usia 13-15 tahun. mereka juga lebih advance dalam menguasai perkataan. oleh sebab itu, mereka selalunya banyak bercakap :p

Images

Lebih Baik

Jangan terlalu gembira
Jangan terlalu sedih
Jangan terlalu menghakimi
Jangan terlalu lebih

Kadang-kadang Allah bagi dugaan/kesusahan sekarang untuk kita nikmati gembira/kesenangan di hari nanti. Lebih Baik dari orang lain


p/s: kamu punya nanti lebih baik dari kami semua.








Images

Pediatric Round

sudah 3 minggu dekat round pediatric (kanak-kanak). sekarang nih dah takde ponteng-ponteng kelas, tuh yang bila balik rumah kalau tak tidur dah kira gagah dah tuh. sampai terkejar-kejar waktu lunch and waktu kelas. tapi maximum kelas sampai pukul 4pm jela. Kalau dah pukul 4pm and kelas tak habis lagi memang aku cabut keluar tanpa rasa bersalah.

Round kali ni very interesting! macam-macam budak dengan macam-macam penyakit jumpa. bayangkan umur tak cukup setahun lagi dah ada penyakit liver. Perut kembung, mata, muka, kaki bengkak-bengkak. Sepatutnya umur-umur sebaya mereka dipenuhi dengan kegembiraan dan keseronokan. tapi bagi sesetengah orang penderitaan.

Eventhough budak-budak nih ada penyakit but mereka ada otak yang bijak, jiwa yang kental. Ada satu patient berumur 10 tahun, dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan ke atas sistem pernafasan. Secara accidentally sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor menemui liver & spleen dia membesar. selalunya pesakit kanak-kanak mesti ditemani ibu/bapa/penjaga untuk menerangkan kondisi anak/jagaan mereka. but that day kemungkinan emak dia go somewhere else then terpaksa patient tuh masuk sorang-sorang. yang uniknya patient tuh sangat peramah dan tak malu untuk bercakap pasal kondisi dirinya. dia boleh terangkan satu persatu symptom yang dia alami, boleh menjawab soalan yang dikemukan oleh doktor secara lancar & dia tidak berasa malu untuk berinteraksi dengan orang yang bukan sebangsa dengan dia. sesekali kebijaksaan dia boleh dilihat apabila dia menterjemahkan perkataan *mama yang disebut oleh doktor kepada 'mother'.

Selain itu, berada di round pediatric bukan sahaja mempersiapkan diri menjadi seorang doktor tetapi sekaligus mengetahui selok belok menjadi seorang ibu/bapa dalam monitor/menjaga kondisi anak sejak dalam perut ibu sehingga dia berumur 12 tahun.

p/s: dah sedia ke nak jadi ayah?

*mama-lazim di egypt anak-anak memanggil ibu mereka 'mama' dan memanggil bapa mereka 'baba'