Images

lain dari biasa

korang normal jika ternampak perubahan pada blog aku ni. sekarang ni lebih trendy, sedap mata memandang, simple, sidebar lebih tersusun rapi untuk keselesaan para pengguna.

dah lama aku nak tukar background blog aku nih. cuma tak menyempat. seperti korang tahu aku dah abes exam an. masa nih orang2 cam aku nih, kena tunggu result dulu baru boleh balik ke tanah air. so nak dijadikan cerita adalah masa untuk aku menyempurnakan hajat diri yang sekian lama terpendam. malam tadi tak tidur kot edit dan siapkan semua.

masih lagi guna nama emansipasi. blog nih dibahagikan kepada beberapa bahagian. header, body, footer dan side bar. biar aku tekankan pasal sidebar je, malas aku nak cerita pasal benda lain. korang pun dah tahu kan?

side bar:
1) share : sila lah share blog aku yang menarik nih
2) suka-suka : semaikan sikap korang yg suka2 je tekan
3) post semasa : untuk baca 5 post yang terbaru
4) post lama : banyak cerita menarik kat blog aku nih. tak caya tekan la
5) tukang tengok : a.k.a follower la
6) kepala batu : siapa lagi kalau tuan punya blog ni
7) nota cinta : cari jodoh, berkenalan, jejalan, promote. semua kat sini
8) label : terbaru!
9) logo Gb : klik la utk join

Images

Selesai Ujian Dunia

Syukur! tamat sudah segala exam, ujian, peperiksaan dan swaktu dengannya! Aku kini bebas! nak ajak keluar? jom!!! ahahaha...

Secara umumnya tahun 2 nih aku jatuh teruk. Prestasi menurun, konsentrasi terganggu. secara hakikinya aku tak tahu sebab apa aku sangat teruk tahun nih. ada beberapa sebab yang boleh disenarai pendekkan untuk aku perbaiki pada tahun depan.

bayangkan dalam satu semester tuh kau boleh tak tahu sebijik apa yang kau patut belajar! apa fungsi kau belajar? untuk ilmu kah untuk exam kah? untuk semester 4 nih, secara rekodnya aku telah mendapat markah terteruk dalam seumur hidup aku. dalam kelas blur2 sahaja. kuliah kadang2 ada kadang2 takde. dan perlu cover lebih 70 tajuk dalam masa sebulan. boleh buat aku jadi gila.

Syukur! semuanya berjalan lancar. masih memohon dan memohon pada Ya Rabb moga ada peluang untuk aku berjaya dengan cemerlang tahun ini. tahun depan? perlu usaha lebih dari ini!

p/s; doa untuk kejayaan kau dan aku
Images

ada kuasa meramal 20 tahun akan datang

kalau kau 10 tahun maknyanya boleh tahu macam mana masa umur 30 tahun. kalau umur 40 tahun boleh tahu macam mana masa umur 60 tahun. hebat bukan? tengok dia ramal aku 20 tahun akan datang.

wa kacaknyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

ahahhaa...kacak kan? alah malu nk mengaku pulak! kalau nk tahu macam mana diri kau umur 20 tahun akan datang. buatlah kat sini

selamat mencubaaaaaa....

p/s; last paper esok. doakan aku!
Images

Rahsia Israel-Malaysia???



menurut perbahasan MP Pokok Sena di atas, semua pun akan setuju! Selama ini banyak kita dengar "bermula dari akar umbi". dari pembangunan bola sepak sehingga melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta. apa yang diperkatakan juga merupakan satu langkah "bermula dari akar umbi" iaitu menghapuskan secara total sebarang perhubungan yang berkaitan dengan barangan Israel. Kenapa kita tidak keluar dengan cara kita jika kita rasa kita tidak mampu hidup tanpa barangan mereka? tepuk dada tanya selera!


p/s; tinggalkan perbezaan pendapat politik sementara. Malaysia Boleh!

semua pasti mahu melihat kedamaian
Images

tutup facebook dan buat millatfacebook

JOM RAMAI-RAMAI TUTUP FACEBOOK DAN BERALIH KE MILLATFACEBOOK(MFB).



nak taw apa millatfacebook?
tekan sini @ sini

dalam beberapa bulan lagi aku mungkin akan bertukar ke millatfacebook. hidup millatfacebook!

p/s: exam da dekat!
Images

ini bukan masa yang sesuai


hahahaha...
sejak akhir2 ini dah kurang terisi blog nih. sana sini sawang dah boleh nampak. selain berkabung untuk gaza aku juga sibuk dalam menyediakan diri menuju peperiksaan final. al maklumlah stadi last minute, sampai yang lain pun tak de masa nak peduli dah. so mintak maaf lah kepada mereka yang menanti post2 daripada aku( macam ada je). bermula 8hb-12hb nih final aku akan menjelma. tinggal beberapa hari lagi.
xde masa dah nih kena sambung stadi balik nih. tata!

p/s; oh ye! jgn lupekan doa utk aku berjaya! terima kasih