Images

.::berkorban dan terus berkorban::.


salam eid adha.
aphids sangat sibuk kebelakangan ini, kerana itu blog ini tidak terisi dengan post2 baru...
baru sahaja selesai dengan program sambutan eid adha anjuran GMMSC. aphids di beri tugas yang sangat berat sebagai Pengarah Program perlu memastikan program ini berjalan dengan sangat lancar. walaupun banyak dugaan dan cabaran di dalam merancang program ini, Alhamdulillah akhirnya program ini mendapat feedback yang positive dari semua pihak...setinggi2 penghargaan ditujukan kepada barisan ajk2 program ini dalam memastikan program ini berjaya dengan lancarnya. akhirnya segala penat lelah terbalas dengan kejayaan ini...syukurrrr....

sejenak hari raya ketiga eid adha, kelihatan satu keluarga arab berkumpul di hadapan blok. aphids memerhatikan sahaja tindak tanduk keluarga itu. satu persatu beg dimasukkan kedalam 'buntut' kereta, kemudian dikeluarkan balik dan kemudian dimasukkan semula tidak muat barangkali...
mengingatkan aphids kepada suasana eid adha di Malaysia bersama keluarga. saat ini, kami sekeluarga bersiap2 untuk pulang ke kampung. bersama2 hendak meraikan hari yang mulia ini...tapi itu ingatan di malaysia, realitinya di bumi mesir ini aphids berada dan hidup perlu diteruskan sebenarnya. itu semua pengorbanan yang sangat mulia demi mencapai cita2. moga peluang itu akan hadir kembali...

p/s: salam eid adha ditujukan utk famili di Malaysia...kullu sanah antum taibb...

sangat berat pengorbanan ini,
aphids

0 comments: