subhanallah. kembara ke selatan egypt- Luxor & Aswan benar benar meninggalkan 1001 persoalan. zaman kegemilangan firaun turun temurun yang penuh rahsia dan tanda tanya merangsang diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana manusia dahulu menjalani kehidupan mereka. berpeluang bertemu dengan rakan baru dari egypt dan korea dan betapa mulia dan gahnya nama MALAYSIA dalam diri dan fikiran rakyat egypt.
tempat yang wajib dilawati bagi mereka yang mahu mengetahui tentang sejarah lama egypt.
terima kasih kepada nasser yang bercita cita untuk membuka syarikat travel untuk negara islam, ceria dan lazim dengan 'oh my gaddd'. mahmoud yang mesra dan fasih berbahasa sepanyol. muhammad tour guide yang tegas dan arif tentang sejarah memberi penerangan yang cukup mantap, muhammad seorang egyptologist yang hebat dan begitu menghargai sejarah sejarah ini. Taha yang sabar melayan karenah semua dan tak lupa kepada zakariya yang sanggup menunggu lebih 2 jam untuk menyambut dan menghantar kami ke stesyen. harap ada peluang lagi bersua muka dengan mereka ini
p/$: nnti akan update cerita dan sejarah yang ada di luxor dan aswan
dari dalam keretapi egypt. 15 jam sebelum tiba di stesyen cairo
0 comments: