orang msia panggil 'cuti semester'. orang oversea panggil 'winter break'. sudahpun bermula seminggu yang lalu. sekonyong-konyong manusia mempersiapkan beg pakaian mereka untuk pulang ke kampung mahupun melancong ke negeri asing. aku masih lagi di negara 'ummu dunia' yang rata-rata rakyatnya makan kushairy dan tokmiah sebagai sarapan pagi.
ramai yang bertanya. kau banyak duit, bisnes itu ini patutnya kau pergi europe. aku hanya mampu gelak sahaja. untuk pengetahuan semua, walaupun bisnes aku mencurah-curah bak jatuhnya air dari kepala paip tapi keuntungan tak nampak pun. aku tak tahu keuntungan tuh pergi mana. samada aku tak pandai mengurus kewangan dengan cekap atau tuh jela kot alasannya.
siapa takde impian untuk bercuti luar negara? yang paling sedih junior-junior aku yang sampai lebih dahulu ke sana berbanding senior dia yang 4 tahun kat sini. dahlah 4 tahun, rambut beruban pulak tuh.
itu semua rezeki dariNYA juga. mungkin bukan sekarang masanya untuk aku menjejakkan kaki ke sana lagi. harap ada kesempatan satu hari nanti
p/s: berharap sampai pasti
0 comments: