Images

Visiting Aswan & Abu Simbel

menaiki train/bus/kereta untuk ke Aswan. Memakan masa selama 3 jam dengan menaiki train. bayaran 2nd class seat dari Luxor - Aswan sebanyak EGP 25.
manakala 2nd class seat dari Aswan - Cairo sebanyak EGP 55 dan mengambil masa selama 15 jam

tempat yang boleh dilawati di ASWAN seperti:
* harga yang dipamerkan adalah untuk student dan penduduk mesir. untuk pelancong, harga tiket masuk adalah 2x ganda
** dinasihatkan untuk mendapatkan tour guide supaya dapat tahu cerita dan sejarah di sebalik tempat-tempat lawatan

abu simbel EGP 53.50
memakan masa 3 jam pergi dan 3 jam balik dari/ke Aswan. bergerak seawal 4.30am dan melalui gurun sahara. konvoi beramai2 ke abu simbel berikutan dikuathiri ada ancaman oleh lanun padang pasir dalam perjalanan. terletak bersebelahan tasik nasser, menyebabkan abu simbel sangat sejuk.

nama diambil dari orang yang menjumpai tempat ini iaitu simbel. lalu ayah simbel sedih kerana simbel tidak letak namanya sekali. lalu diletakkan 'abu' simbel yang bermaksud ayah simbel.
terdapat 2 temple iaitu temple ramsis ii dan temple nefertari. temple nefertari dibina oleh ramsis ii yang sangat sayang dan cinta kepada isterinya nefertari. dikelilingi oleh tasik nasser yang sangat cantik

philae temple EGP25
terletak di sebuah pulau. tambahan le 7 untuk pergi dan balik menaiki boat.
orang2 nubian menggendalikan boat-boat ke temple.
campuran pengaruh rom, greek dan mesir dapat dilihat di tiang-tiang dan dinding temple.
seorang lelaki yang bekerja sebagai badut menyamar sebagai egyptologist, mencuri dan membawa pulang arca ke negaranya di uk

high dam EGP 20
terdapat tugu sebagai tanda persahabatan egypt dan soviet.
terbahagi kepada old dam dan new dam. dibina untuk mengharungi banjir besar yang sering berlaku di egypt.
perkampungan nubian tenggelam dek banjir besar yang melanda egypt satu ketika dahulu.

unfinished obelisk
ketika pekerja zaman firaun hendak membuat obelisk dengan mengukir dari sebuah batu yang besar, obelisk tersebut pecah lalu mereka membiarkan obelisk itu di situ tanpa menyambung proses pembuatan obelisk


penginapan di Aswan berdekatan souq aswan sebanyak EGP 55 (single bed), EGP 70 (2x bed), EGP 105 (triple), EGP 140 (4 beds)


0 comments: