KANGAR: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.
Kegiatan itu terbukti apabila statistik pernikahan yang direkod Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Thailand, mendapati ramai wanita tempatan berkahwin dengan lelaki Pakistan berbanding lelaki warga negara lain. Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, sepanjang tahun lalu 45 kes perkahwinan membabitkan wanita tempatan dengan lelaki Pakistan direkodkan di selatan Thailand dengan sebahagian besarnya dilakukan di wilayah Songkhla.
Menurutnya, jumlah perkahwinan membabitkan lelaki Pakistan itu tertinggi berbanding lelaki negara lain iaitu sembilan membabitkan warga Bangladesh, India (lapan) dan Nepal (tiga).
“Kami percaya pasangan terbabit bernikah di selatan Thailand menggunakan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan dengan kami untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Menurutnya, kemunculan ramai warga Pakistan berkahwin dengan warga tempatan, khususnya wanita Melayu di selatan Thailand dianggap fenomena baru yang jarang berlaku berbanding pernikahan membabitkan pasangan lelaki atau wanita dari Thailand dan Indonesia.
“Pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan mudah di selatan Thailand, terutama membabitkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh serta warga asing lain dari seluruh dunia.
“Ini kerana kita curiga perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapat PR dan MyKad,” katanya.
Selain itu, menurutnya, berdasarkan statistik, seramai 782 daripada 3,260 kes pernikahan di selatan Thailand yang dicatatkan tahun lalu membabitkan warga Malaysia dengan warga asing dari 31 negara, termasuk dari Korea, Denmark, Sweden, Amerika Syarikat dan Iran.
“Saya pun terkejut apabila mendapati wanita tempatan hadir bersama pasangannya dari Pakistan untuk berkahwin di rumah saya. Selepas melepasi hukum syarak ditetapkan agama, saya bersama pembantu melangsungkan perkahwinan secara sah sebelum meminta mereka mendaftarkan dengan pihak Konsul Malaysia di Songkhla,” katanya.
(Harian Metro Sabtu, 19 Mac)
Rupa-rupanya ramai rakyat Malaysia masih tak tersedar dari terhantuk selepas perkahwinan dengan warga Pakistan akhirnya menuju ke arah FAILURE. Dah tak ada lagi ke kaum Adam kerakyatan Malaysia sampai nak kahwin dengan bangla jual karpet? sebab bangla-bangla karpet semua kaya? ohhhh jadi harta la yang dikerjar bukan kemanisan perkahwinan itu sendiri? Bila ada Poligami sibuk-sibuk bantah, bangkang, tak setuju; abestuh bila dah takde kaum Adam warganegara Malaysia yang terpikat, terus kahwin dengan bangla. Asalkan aku berkahwin. ye tak???
Memang tak dapat kita nafikan jodoh, pertemuan di tangan Allah S.W.T. Kalau betul dah tangkap cintan dengan orang hidung mancung, muka ala-ala Shah Rukh Khan atau Salman Khan selidik dulu. Solat istikharah betul-betul kalau-kalau orang hidung tinggi and mancung nih benar-benar ikhlas nak mendirikan Masjid bersama-sama bukan sehari dua tapi ke hujung nyawa. Mana-mana lelaki tak kisah hidung tinggi ke, mata sepet ke kalau sebelum kahwin memang banyak janji manis. tabur itu, tabur ini. 'Hanya engkau seorang sehingga akhir hanyatku' tapi lepas kahwin bertukar jadi 'hanya engkau seorang sehingga semalam'. Kadang-kadang rakyat asing nih ada niat terembunyi dalam diri diaorang. Semata-mata nak dapat taraf penduduk tetap di Malaysia sanggup jaga hati gila vavi, engkaulah paling lawa padahal si perempuan tuh muka sehodoh2nya. Jangan jadi orang paling BODOH sampai terpedaya dengan janji-janji manis lelaki yang cuba amik kesempatan nih.
p/s: lain kali kat sekolah belajar sungguh-sungguh. mak mertua sekarang pun dah pandai nak cari menantu yang berpelajaran tinggi yang boleh didik cucu diaorang nanti. Kalau belajar tinggi-tinggi kerja dah masyuk tak nak kahwin pun takpe tapi seelok2nya kahwin lah kan itu Sunnah. Kang kawan2 lama tanya 'suami kau orang mana?' takkan nak jawab "suami aku orang bangla." tak ke malu tuh...huhuhu
Jap, bagi lelaki luar yang berkahwin dengan orang Malaysia. senang ke nak dapat kan PR? apatah lagi kerakyatan sebagai Malaysian? ramai kawan kawin dengan orang luar, ada yang bertahun2 nak dpatkan PR. ada yang 10 tahun dan ada yang lebih. Bukan kawin boleh terus apply dapatkan PR. PR pun bukan boleh mengundi pun di sini.
ReplyDeleteTapi risikonya besar kahwin pakistan ni,tak kiralah nk pr atau tak.menghindari adalah yg terbaik
ReplyDelete