Images

Akademi Fantasia 9

selalunya aku tak amik port pasal akademi fantasia nih. lagipun dah lama aku tak follow program2 dia dan takde rasa ghairah pun nak amik tahu. tapi disebabkan dalam akademi fantasia 9 ni ada member aku, so aku terpanggil untuk mempromote dia agar diserap sebagai pelajar akademi fantasia ke 9. nama dia AZHAR. kalau pergi sini cari nama azhar dan UNDI!

aku bukan nak promote dia sebab dia kawan aku je. tapi memang dia berbakat. betul! aku tak pernah tipu orang dan tak pernah paksa orang lain pasal sesuatu yang tak benar. semuanya benar2 belaka. AZHAR nih memang dahsyat suara dia dan berbakat. dia ada tone suara zamani, ala zamani kumpulan Slam tuh. masa sekolah dulu dia vokalis utama nasyid, kalau qasidah yang panjang meleret tuh si AZHAR ni xde hal punye. aku memang jeles dengan suara dia, AZHAR nih pernah amik kelas vokal dengan guru vokal terkenal, aku dengar2 dia pernah dpt tawaran syarikat rakaman tapi sebab belajar lagi dia terpaksa tolak. bukan takat suara je sedap, muka pun jadi pujaan ramai wanita2. kawan-kawan pun ramai, AZHAR nih dia tak sombong and mudah mesra dengan orang. kalau baru kenal kemesraan dia dgn orang lain mcm dah kenal lama pulak.

Pada penilaian aku kat peserta2 lain yang dapat undian tertinggi setakat nih, aku rasa si AZHAR nih lagi better. bukan sebab aku bias ke apa, korang tak percaya tgk video audition dia and bandingkan dgn peserta lain. aku just xnak orang yang betul2 berbakat tak dapat peluang seperti mana yang berlaku kat program2 realiti selama nih.


nak mengundi?
pergi http://web03.astro-emails.com:81/video_list.php?uid=undefined&page=2#aMsg lepas tuh cari nama AZHAR dan undi tiap2 hari!

1 comment: