selalunya...
amri duduk sambil memegang bungkusan bekalan yang baru didapatinya daripada seorang 'pusher' di tempat biasa dia melakukan perniagaan. terus dia keluarkan kertas pembalut dari bawah tempat duduknya. perlahan-lahan dia menggulung 'bekalan' nya dengan kertas pembalut satu persatu. Setiap kali ada bekalan baru, dia akan terlebih dahulu membalut kesemuanya, bagi dia mudah untuk hari-hari seterusnya. Selesai membalut, Amri mengambil gulungan pertama dan meletakkan di bibir mulusnya dan membakar di penghujungnya.
"fuhh"...berkepul-kepul asap dihembus dari mulutnya.
Amri menggerakkan kakinya mengikut rentak lagu ska punk yang dipasang sebaik sahaja dia tiba di rumah tadi. Mulutnya tak habis-habis menghembuskan asap, sambil matanya melihat ke arah gulungan yang sedang dipegangya.
Amri dapat rasakan darahnya mengalir laju, kepalanya semakin berat kaki, yang digoyangnya semakin laju. Amri rasa nikmat, badannya rasa ringan, dia rasakan bagai terbang di awanan. Dia suka begitu, dengan begitu segala masalah, kepenatan dan perkara yang mengganggunya hilang seketika. Amri ketawa kecil sebaik sahaja gulungan pertama habis. Lalu dicapainya gulungan kedua dan terus menyalakannya.
malam ini...
bekalannya tiada. 'pusher' yang sering ditemuinya dikatakan sudah berpindah ke tempat baru berikutan 'ambush' besar-besaran yang telah dilakukan oleh polis kelmarin.
Amri bingung, fikirannya buntu memikirkan di mana dia boleh mendapatkan bekalan hari-harinya itu.
Arghhh...
jeritannya memecah kesunyian rumah sewa yang hampir setahun didudukinya. badannya tiba-tiba menggigil, Amri tak dapat duduk diam, dia masuk ke bilik dan menggeledah setiap penjuru bilik, habis bersepah biliknya, susunan perabot terjatuh akibat keghairahannya mencari. Amri tidak berpuas hati, lalu dia keluar ke ruang tamu dan menggeledah pula di bahagian itu.
Amri terduduk di atas kerusi biru yang biasa dia duduki. tanggannya meraba-raba di bahagian bawah tempat duduk kalau-kalau ada saki baki 'bekalan' nya.
hampa, Amri mengeluh panjang, dia terbaring dan badannya masih tidak berhenti mengggigil, matanya merah terbeliak. Amri terasa sangat sakit di setiap inci anggota badannya. badannya seperti meraung-raung menginginkan 'makanan' harian, kakinya membentak kerana tak tertahan. Amri hilang kawalan...

p/s: aku juga seperti itu!
0 comments: