dia ibarat DADAH
kali pertama membuat aku terpesona
tidak mahu melepaskannya.
semakin aku menjauhinya
semakin meronta-ronta jiwa.

aku tercari cari setiap masa
aku perlukan setiap masa
'pusher' mana aku mendapatkannya?
tempat mana aku bertemunya?

aku tenang dengannya
dia teman aku setiap masa
resah, gundah aku lupa semuanya
macam dunia aku yang punya

aku gulung bersama pembalutnya
lalu aku bakar hujungnya
kadang-kadang, aku rebus
sebagai tambahan perasa minuman

0 comments: