Images

tips maintain berat badan semasa cuti


cuti merupakan perkataan keramat bagi pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti. tak kurang juga cuti memberi makna yang cukup bereti kepada pekerja-pekerja. Berat badan pula merujuk kepada berat badan seseorang(hahaha). perkataan berat badan cukup sensitif bagi kaum wanita. cuba korang tanya berat badan salah seorang kawan perempuan korang. mesti dia malu nak jawab... hahaha
cuti memberi peluang kepada semua orang untuk makan melebihi kadar yang biasa. selain tiada apa yang nak dibuat, menjadikan makan sebagai hobi menyebabkan berat badan korang naik.
so, bagi mereka2 yang amat sensitif dengan isu berat badan, ikuti langkah ini supaya ayat "sarah, kau nampak makin gemuk" dan "cuti arituh mesti kau banyak makan!" dapat dielakkan.

1) SEDIAKAN SNEK RINGAN
ke mana-mana korang nak pergi jangan lupa selitkan snek2 ringan seperti biskut, gula2, kacang dalam poket korang. selain seseorang akan menegur korang "kalau memang dah kuat makan, kat mana2 pun ada makanan" korang juga dapat mengelakkan daripada memakan makanan yang berat

2) MAKAN APA YANG KORANG SUKA
sekiranya ibu anda memasak lauk pauk kegemaran anda. almaklumah anak pulang sekali sekala. pilih satu lauk yang korang paling suka selain nasi (nasi lauk ke?). tapi dah kalau semua lauk pun korang PALING! suka, pesan ibu anda yang lauk feveret korang dah bertukar kepada telur mata dan ikan bilis!

3) MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Perut korang mengambil masa lebih kurang 20 minute untuk 'full'. jadi makan perlahan-lahan. selain dapat mengelak daripada tercekik, kunyah banyak kali kan sunah!

4) DUDUK BERAMAI-RAMAI
Bila korang tiada aktiviti korang akan duduk sorang2. bila korang duduk sorang2 maka akan cepat merasa bosan. bila dah berasa bosan korang akan merasa hendak makan. jadi duduk bersama-sama kawan2 sambil membincangkan perihal isu semasa ataupun berdebat tentang nak ke tak nak pakai seluar dalam semasa valentine day nanti. ini dapat melupakan hasrat korang untuk makan.

5) CERGAS SELALU
orang selalu kaitkan seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan nih sebagai seorang yang tak suka bersenam, duduk umah-makan tidur, makan tidur. jadi dengan mengambil masa 10-20 minit sehari berjalan-jalan di kawasan perumahan ataupun menjemur kain, anda dapat usha anak jiran sebelah dan kekal cergas dalam masa yang sama

6 comments:

  1. tapi anak jiran saya semua lelaki. kalau ade girl pon dak tadika lagi. so how?

    ReplyDelete
  2. ahahaha...usha orang gaji pun ok ma! ahahaha...

    ReplyDelete
  3. tapi berat badan saye naik ketika musim exam.macamne ni abang bed? hehehe...giler byk u update...byk sgt idea u nih..bgus2..i suke :D

    ReplyDelete
  4. hahaha...faz, jgn la stadi sorang2. wat stadi grup kan lagi best and lagi senang, boleh mengelak dari makan juga...heehehehe:)

    ReplyDelete