Images

.::kehidupan, ini aku rasa...::.


Hidup ni penuh dengan pura pura.Betul ? Sebagai manusia paling tidak mesti kita impi menjadi somebody.Tak kisah sama ada kaya, terkenal, berjaya dan sebagainya.Paling tidak pun jika tak berjaya, kita berusaha untuk mendekati mereka.
Mengaku atau tidak,kita selalu ingin dikelilingi mereka yang terkenal.Kita cuba menarik sejalur perhatian yang ada dari mereka.Supaya kita boleh berbangga kerana kita memiliki mereka.Sedangkan kita tiada apa.
Satu kisah, kisah yang aku percaya kamu juga merasa.Mana-mana manusia juga merasa.Kalau kamu lelaki kamu cuba mendampingi wanita yang cantik dan jelita.Yang ada gaya.Perempuan yang tidak punya rupa,kamu buang ke tepi.Kalau kamu wanita,Kamu cuba dampingi lelaki yang punya kuasa dan pengaruh,yang memiliki rupa wajah yang menawan manakala yang sebaliknya kamu pandang enteng.
Dalam satu kelompok,mereka yang berkuasa, mereka yang ada sesuatu seperti rupa dan sebagainya sentiasa menjadi perhatian.Kadang kala kamu yang tidak punya apa ini,tersorok sendiri di balik tiang kecil merenung nasib diri.Dan bila kamu berjaya dekati mereka, kamu berusaha pula untuk menarik perhatian mereka supaya kamu boleh berkata dengan bangga yang kamu bersahabat dengan mereka.Dan bila mereka dikalangan ‘mendapat perhatian’ ini berinteraksi sesama mereka,kamu dipinggirkan.Ahhh sentap jiwa,terobek hati kecil dan kamu kecewa.Kenapa dunia ini tidak pernah adil ?
Kamu sedar,aku sedar.Kita didunia ni memang memerlukan perhatian.Untuk senang dikenali,untuk senang didekati.Kemana pergi tak lekang ucapan hi,paling tidak pon senyum mesra.Itulah hakikatnya.Kadang kadang hati kecil turut bertanya untuk apa semua ini ? Tapi lumrah manusia tiada yang dapat lari daripadanya.
Kadang kadang kamu bertanya kenapa semua ini terjadi ? Dan di akhirnya kamu tiada jawapan untuk itu,Aku juga.Tapi percayalah nikmat kemahsyuran itu tidak lama.Sebentar sahaja.
Hari ini kamu di atas,esok lusa siapa tahu kamu dibawah pula mungkin tidak akan naik semula.Bersyukur untuk segala yang ada,peringatan untuk aku juga.
Mungkin ada sesuatu yang terbaik dicipta untuk kamu pada masa akan datang.Tunggu dan terus bersabar dalam menunggu ’sesuatu’ yang boleh membuat kamu tersenyum sendiri.Smile makes everything beautiful.Dan ketika itu kamu akan berkata,inilah diri aku yang sebenarnya.
p/s: thanks En. kembar si pemikir bijaksana, sang lincah menyusun kata
aku juga rasa ini,
aphids

2 comments:

  1. 'hidup ini penuh dengan pura pura'

    Betul.aku juga rasa ini.
    :)

    ReplyDelete
  2. Yeahh.. Hell For Publisiti.. hihi

    ReplyDelete