Images

.::menulis juga perlukan rasa::.


sejak pulang dari mesir ini aku dah malas nak menulis. takde ape yang aku hendak tuliskan. tulisan2 yang ada hingga kini hanya pelengkap sahaja. padahal perasaan di dada ini bercampur baur, hendak saja di lekatkan pada badan blog ini, tapi aku tidak mampu, masih tidak mampu dengan perkataan yang dinamakan 'berterus terang'. takut saja melukakan hati sesiapa yang berkenaan. tapi asyik menjaga hati sahaja, sampai bila harus memendam rasa??? ini kelemahan manusia, pantang orang menyatakan kelemahan dirinya terus memprovok samada secara terangan atau sulit. terangan masih boleh diterima lagi, boleh lagi diketahui lalu memperbaiki segala permasalahan. tapi jika secara sulit, terus disebarkan keburukan diri ini, dicanang2 bagai diri mereka sahaja yang betul. tapi apa bole buat memang itu jenis manusia. lantas terus kembali kepada Sang Pencipta. baik atau buruk yang manusia lakukan, nikmatNya tetap melimpah tetap berkali ganda mencurah. "eh di nas di???"...tapi melalui pengalaman diri, jujur aku katakan jika kamu rapat dengan YAng Esa, kau akan mudah hidup di dunia khususnya rezeki yang tak disangka dari kanan, kiri, belakang dan depanmu, juga sahabat2 sentiasa mahu mendekati diri apatah lagi status di akhirat kelak yang DIA akan pastikan. nak difikirkan tentang permasalahan dunia ini sampai bila belum tentu habis; tidak setuju dengan pendapat rakan2, sikap pentingkan diri, sifat cemburu dan dengki, sikap takbur dan sombong, sikap terhadap rakan sendiri dan infiniti permasalahan lagi tak dapat diselesaikan jika masih wujud lagi manusia yang tidak mumaiyyiz ini. biarkan, biarkan sahaja mereka, kita dengan cara kita. kita usaha dan menegur setakat yang mampu dan mengharapkan sinar itu tersuluh. kalau manusia tahu apa di dalam hati manusia lain, apa akan terjadi???

p/s; rasa kian gundah gulana

usai masjid,
aphids

3 comments:

  1. aku juga berada dalam gelojak yg sama afiq..tp xpa, ini semua pengalaman berharga yang harus dikutip

    ReplyDelete
  2. yeah pnglmn itu penting wlu sakit!!!

    ReplyDelete