Images

.::aku belasah arab sampai mati::.


sejenak di restoran GMN tadi, ade seorang junior takut dgn aku. sebab ape??? aku pun tak taw, lalu aku pun postkan ia di fb sbgi status aku. maka banyaklah jwpn2 yg aku terima...aku tak pernah kesah dgn ape tanggapan orang lain terhadap aku cuma aku ingin tahu sahaja, apa sebabnya. sebab aku adalah aku, dan "ini memang jenis aku" dan bagi aku, aku lebih suka memilih untuk dikenang sepanjang hayat berbanding mempunyai berjuta-juta jenis kenderaan yang mewah. dan aku selesa dengan diri aku ni, walaupun tak ramai yg menyukai tapi cukuplah sekadar yg ada, kerna bagi aku 'aku tak perlukan beribu cukup hanya Satu'...
ini jenis aku, aku memang tak reti senyum. byk 1st impression yg 'bad' pasal diri aku. diri aku memang begini, mari aku ceritakan kisah hidup aku... aku lahir dari keluarga yang mana sifat tegas itu tunjang utama kehidupan. bapak aku sendiri pernah bercerita macam mana garangnye datuk aku, lalu dia yang mewarisi sifat itu mempergunakan dalam mendidik anaknya. garang memang tak igt, kami adik beradik ada peraturan dan jadual sendiri yang perlu di patuhi. akademik perlu setaraf dengan apa yang ditetapkan sampaikan tak hafal 2x10 pon kene libas dengan tali pinggang. apatah lagi dalam mengawal kenakalan anak-anak; hanger, tali pinggang, tongkat, rotan menjadi alat untuk 'mendidik' kami adik beradik.
lalu aku yang dikenali dengan disifat panas baran di kalangan keluargaku, mungkin juga mewarisi sifat itu. sekolah rendah masih belum nampak taringnya, tapi pabila masuk sekolah menengah taringnya mula kelihatan. aku pernah bergaduh ketika dalam perlawanan bola, bergaduh dengan kononnya gangster sekolah, walhal dengan guru2 juga aku sound direct sahaja. kemudian, aku memegang jawatan dalam persatuan keagamaan di sekolahku bertanggungjawab untuk mengawasi dewan sekolah aku setiap kali waktu solat. aku memang tegas, bak kata orang senyum pun aku tak pernah pamerkan di wajahku yang sememangnya serius ini, dalam mengawasi anak2 buah aku juga aku mengamalkan sikap tegas ini, sampaikan anak2 buah aku takut untuk berada di bawah aku. seterusnya masuk pula ke satu sekolah berasrama penuh di selangor, aku sekali lagi bernaung di bawah persatuan keagamaan. yang mana tugas aku kali ini memastikan semua pelajar putera turun menunaikan solat khususnya subuh. kelantangan suara aku digeruni semua pelajar, keberanian aku menegur menyebabkan pelajar2 menjaga tatasusila mereka sebagai seorang muslim. dari itu mereka yang dekat dan mengenali aku sahaja kenal dengan diri aku yang sebenar;betapa periangnya aku, betapa kuatnya hilai tawa aku. tapi di hadapan mereka yang asing dengan aku, aku serius, muka aku ketat. aku tidak pandai senyum langsung!!!
mula masuk ke matrik aku mula mengawal rasa amarah ku, cuba tidak amik port dengan mana2 pergaduhan dan bernaung di bawah pembimbing rakan dinamik matrik. aku belajar mengawal seberapa amarah aku. dan aku berjaya sampaikan sehingga kini aku tidak boleh marah untuk benda2 yang remeh, yang mana aku sangat tidak menyukainya. walaupun begitu aku tetap tidak reti senyum, mungkin juga aku ini jenis yang berfikir. aku terbawa-bawa pemikiran itu ke mana mana aku berada, yang juga penyebab aku tidak nampak ramah dan sombong pada mereka yang jumpa aku kali pertama. lihat sahaja rambut putih di kepala aku, bak kata orang tua itu tanda banyak berfikir, dan lihat sahaja kerut didahiku hasil dari masalah2 yang tidak pernah selesai yang sentiasa terbawa2 dalam buah fikiranku. tapi mimik muka itu merupakan prinsip hidup aku, yang supaya diri aku ini tak mudah diambil kesempatan oleh mana2 pihak, tidak diberi muka pada mereka yang mahu mengada ngada bersandar di bahuku ini. yang mana biar orang kenal aku dari awalnya seorang yang garang dan tegas, tapi setelah kenal dan bergaul diri aku, baru mereka tahu bagaimana diriku...
terpulang pada anda, nak takut atau cuba mengenal. pilihan di tangan anda sebenarnya...

masa untuk tidur,
aphids

3 comments:

  1. hahahahah! tu laahh...tapi i tak takot pon ngn u..da la tgn cantik (takde kene ngene) hehehe...

    intenet dgn u mmg sinonim kot.stiap kali connection ilang mmg rase nk calling u jer.ngeeee... ;p

    eh tpi bed,i rase u da brubh ouh.i xrase u pns baran kot..sbb klo u baran msti u da marah2 dak bilik i tmasuk i yg x abes2 kaco u bile intenet xde kan3..changes for smthing better can also b a good thing u see :D

    ReplyDelete
  2. huhhhu,,, koooll doe entry,, n also conversation nehh.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. cool da planet...hahaha
    caya2

    ReplyDelete