Images

.::malam merdeka yang gileerrr::.

hahaha...
actually bile tiba 31 aug aku tak pernah sambut pun the independence day. juz feel like cam hari2 biase la, nothing special except it's history la an...
so cam bese aku ngn membe2 juz lepak2 bese kebetulan rmi plak cuti, so tonite is the day.
so al kesah lepak kat paparich kat sri rampai tuh. lepak2 borak2 gelak2 kutuk2 rancang masa depan2...hahaha
afta that dah buhsan lepak, salah seorang dari member ku bertanya:
"mana lepas nih??"
yg len smue cam tak taw nak lepak mane, sbb smue tempat dah pegi and quite buhsan. so suggestion seperti -look out point, bukit G, bukit Puchong, putrajaya, hartamas,subang jaya, damansara, rasta, uptown, downtown, asia cafe, Petaling jaya, genting highlands keluar...
nak pegi KL takle plak sbb afiq akmal taknak keta dia kantoi ngn Jpj...smpi kat keta, daripada nak pegi look out point, trus tukar haluan menghala ke dataran merdeka. since puase so malam nih mercun kurang. so gerak ar g dataran.
samapi kat jalan TAR, banyak plak makhluk2 yang membonceng motosikal di kanan dan kiri jalan juga kereta2 yg tak putus2 sejak dari bulatan pahang. tapi seronok gak melihat aweks2 rempit yg seksi membonceng motosikal si mat rempit, smpikan one of my member said;
"pasni aku nak cari awek rempit, tak kesah ar korang nak cakap ape"...hahaha
oleh kerana sesak di dataran, kami pun menukar haluan ke petaling jaya, singgah A&W utk tandas.
agak lama lepak di A&W PJ smpi my frens mau makan sane, disbbkan otak2 yang tidak sehaluan kiteorang pon grak gi MCD PJ, kempunan member aku nak makan A&W, bukan tak nak lepak situh tapi ramai gler, sesak so malas ar.
pastuh smpi MCD, sape ntah cadang gi cni last2 tak nak makan pun, beli aiskrem sorang satu lepak kat atas nak isap rokok nye pasal...buduhhhhhhh, pastuh nak pegi kfc plak coz nak isap rokok kat sane tapi tak jadi...
last2 pegi nasi lemak PJ and lepak sane, smbil bersahurkan nasi lemak, otak2 dan minuman...
then shoot balik melawati dengan rembatan max 180 km/j...
tapi malam nih mmg giler n ntah ape2 ntah arr, smue skali mmg tak masuk akal...
hahaha...

p/s; hepi merdeka day.pengorbanan2...
Images

.::aku sukakan ini::.

-Orang yang berakal tidak berdukacita
lantaran ada cita-citanya di dunia yang
tidak sampai atau nikmat yang meninggalkannya.
Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya
dengan tidak merasa kecewa dan tidak
putus-putus berusaha. Jika rugi tidaklah cemas,
dan jika berlaba tidaklah berbangga.
Kerana cemas merendahkan himmah dan
bangga menghilangkan timbangan...
-hamka-
Images

.::bila orang politik bercakap tentang agama::.

susulan daripada "ahli UMNO tak akan masuk syurga" yang hingar bingar di akhbar Utusan bangsat beberapa hari lalu. ini semua gara-gara Tuan Guru Nik Aziz yang membuat kenyataan berikut telah menyebabkan semua yang kroni2 yang terasa ibarat ditusuk keris ke ulu hati terus membuat kenyataan peribadi utk disiarkan di surat khabar No 1 Malaysia, Utusan Malaysia...
"Tuan Guru sesat"
"Tuan Guru mesti bertaubat"
"tuan Guru berdosa besar"
"tuan Guru penipu kuat"
"tuan Guru penyeleweng Agama"
dan banyak lagi kenyataan2 yang dilakukan berikutan ketidakpuashatian pihak2 tertentu.
apa yang diaorang tahu halal, haram, dosa besar, masuk neraka, tak masuk syurga. bila disuruh mengamalkan agama islam, disoal tentang hukum2 islam semua lari, semua senyap. bila ditanya tentang masalh umat di malaysia semua pakat cakap "kita ada ulama' lebeih baik kita rujuk mereka", pandai pula bercakap. abes nak menentukan seseorang berdosa ataupun sesat boleh pula....

bukan itu sahaja, tidak sampai beberapa hari keluar pula Fatwa mengatakan kenyataan Tuan Guru menyeleweng dari agama Islam. "memfitnah itu lebih bahaya dari membunuh", mana pergi kekuatan ayat ini dlam surah al baqarah??? tak rujuk kepada Tuan Guru terus siarkan yang Tuan Guru menyeleweng. menunjukkan kepada kita kemungkinan ada sedikit bias dalam organisasi fatwa masa kini. kl suami orang kuat fatwa tapi isteri di rumah sidai baju depan rumah pon tak menutup aurat ape cerita!!!!

pikirlah doe gune kepale otak, blaja tinggi2 jadi org besar2 tak gune gak kl otak tak gune!!!

buka mata hati, tutup mata dengki...

P/S;bukan memihak sesiapa cuma luahan rase.
1mALAYSIA, islam didahulukan, akhirat diutamakan...

viva la vida,

aphids
Images

.::ramadhan al mubarak; satu peluang::.

ramadhan kali ini lain btul berbanding ramadhan terdahulu...
tanpa sedar dah masuk bulan ramadhan yg mulia nih, aku pun tak percaye yg dah kene stat berpuase balik...yela bz nye pasal smpi buln ramadhn pon tak sedar..
tapi aku bersyukur kerna aku dipertemukan kembali dgn bulan yg mulia nih, sebenarnye satu peluang utk kita top up atas amalan2 yg kita tak pernah terpikir atau takde 'mase' nak wat...
bagi aku, bukan stakat berlapar dahaga aje tapi secara keseluruhan kene jaga, as manusia yg lemah nih aku akui mmg aku lemah dan dhaif tapi setiap kali dtg ramadhan aku tetap memasang niat utk mendamba kasih dan cintanNya kembali...iye kembali!!!

p/s; skema tol aku, anwy hepi berpose dan selamat bersibuk2 di bulan pose dgn ibadat sebenarnye....renung2kan dan selmat beramal

viva la vida,
aphids
Images

.::mengapa bercinta kalau hanya pura-pura??::.



siapa sangka perempuan sebegitu hati, jiwa dan perasaannya sangat sensitif...

p/s: lawak gler citer nih...hahaha


viva la vida,

aphids
Images

.::ape cerite::.

tak perlu tonton harry potter utk mndpt kepuasan total, cuma beratur utk tiket G.I JOE dan nikmatinya...

p/s: pasti terpesona

viva la vida,
aphids
Images

.::kepaksian tersasar::.

setelah 10 hari tanpa panduan hari ini kembali ke landasan....

p/s: moge berterusan

viva la vida,
aphids
Images

.::subsidi diri::.

hari ini kembali lagi aku memikir perihal pekerjaan yang semakin lama semakin malas hendak aku teruskan. kl tak kerana memikirkan wang yang akan aku perolehi yang mana dapat aku gunakan utk memenuhi nafsu dunia ku sudah pasti aku dah berhenti satu masa dulu.
hidup sebagai part time driver, part time waiter, part time son, part time member sangat memenatkan kepala otak apatah lagi anggota badan lain.
banyak yang boleh aku lakukan sebenarnya bagi mengisi masa lapang aku kini, dan aku masih memikirkan samada aku hendak meneruskan pekerjaan ini di bulan ramadhan al mubarak...
entahlah, sudah malas rasanya...

p/s: arini dari pagi takde mood bekerja, dan esok kembali kerja...aishhhhh!!!

viva la vida,

aphids...
Images

.::sinopsis melodi::.


tercari cari syair yang lebih bereeti
lirik yang membawa makna kepadamu
sukar tuk ku menulis puisi cinta kita
yang bermula tiba tiba...

sinopsis cerita yang penuh dengan suka duka
ku gembira, ku bahagia
melodi lagu serupa yak pernah berubah
inilah oh buktinya

bermulanya cerita
baru tuk kita berdua
mari kita lagukannya

pada awalnya
agak sukar
utk ku pahami
gerak hati ,fantasi janjimu

ku cuba tuk merungkai maksud yang misteri
selama ini
yang terjadi

ku rasakan sesuatu yang tidak pernah berlaku
diantara kau dan aku
warna2 pelangi kini menghiasi mimpi dan realiti
hidup ini

bermulanya cerita
baru tuk kita berdua
mari kita lagukannya

p/s: sangat cooooooooollll kebelakangan ini...hahahaha




Images

.::bersukan kan menyihatkan badan::.

semalam balik awal, 6.30pm dari tempat kerja coz tomorrownye aku cutiiiiiiiiiiiiiii.....
so balik tuh, tdo sebentar utk mengumpul energy pada kol 11pm nanti...
sudah lama rasanye tak bermain badminton, bile member ajak trus setuju, main 2 jam tapi 4 orang letih gak arr, berpeluh2 cam lepas mandi tuh...tak sangka rupenye skill badminton aku masih belum pudar dan masih hebat rupenye...sungguh tak sangka....

p/s: ade brani mau lawan??? hahaha

viva la vida,

aphids
Images

.::tak pernah aku jumpa orang macam kau::.


"selamat datang"...


ayat ini pasti mengingatkan aku kat kau wahai budak...hahaha
tadi puas kene ragging cam budak sekola, sepuluh tanya sepatah jer jawab...hahahaha

p/s: bukan nak buli nak ajar, utk kebaikan dia juga...heeeeeee
Images

.::segalanya baru bermula::.




"dengan harapan permulaan ini akan sampai ke pengakhiran yang sangat menggembirakan..."



p/s: penuh harapan

viva la vida,
aphids
Images

.::ini yang aku maksudnya::.

ini bukan bicara cinta dan madah pujangga
cuma luahan hati yang terbuku di dada
ungkapan biasa tiada istimewa
hanyalah karang rasa yang selalu tergoda.

dengan perilaku, gerak geri kamu
lembut sentuhanmu selembut bayu mendayu
gelak tawa manis memancar sinaran
sempurna lenggok badan di setiap ukuran.

kau ku katakan...

kau memang cantik
bikin hati tertarik dengan gaya yang menarik
buat hati tertawan lirik senyuman menawan
pastinya kau jadi pujaan.

kita boleh jadi teman, atau lebih dari teman
asalkan kita berteman
pastinya kan kekal aman, sepanjang zaman.

ada diriku biarlah untuk mencintai
ada dirimu 'to be my shining'

ku hanya mahu kau dihatiku
kasih dengarkanlah, untukmu...
'u my shining, u my girl'
iya, kamu!

ku tahu kau rasa apa ku rasa
dari bahasa tubuhmu bila berdansa
tiada pura pura kita selesa
biar masa berlalu kita berkuasa.

alah dan bisa dah tegal biasa
tetap serasi walau beza cita rasa
ku dengar aku kau mahukan salsa
ku baca bungkusan cinta novela.

aku mahu kamu dihatiku
dan di dalam mimpi untuk ku rindui
dan juga di sisi tuk ku dekati
janjiku tak akan kau ku sakiti....


p/s: rasa ini, tak tertahan lagi...


viva la vida,

.::APHIDS::.