Images

.::ini yang aku maksudnya::.

ini bukan bicara cinta dan madah pujangga
cuma luahan hati yang terbuku di dada
ungkapan biasa tiada istimewa
hanyalah karang rasa yang selalu tergoda.

dengan perilaku, gerak geri kamu
lembut sentuhanmu selembut bayu mendayu
gelak tawa manis memancar sinaran
sempurna lenggok badan di setiap ukuran.

kau ku katakan...

kau memang cantik
bikin hati tertarik dengan gaya yang menarik
buat hati tertawan lirik senyuman menawan
pastinya kau jadi pujaan.

kita boleh jadi teman, atau lebih dari teman
asalkan kita berteman
pastinya kan kekal aman, sepanjang zaman.

ada diriku biarlah untuk mencintai
ada dirimu 'to be my shining'

ku hanya mahu kau dihatiku
kasih dengarkanlah, untukmu...
'u my shining, u my girl'
iya, kamu!

ku tahu kau rasa apa ku rasa
dari bahasa tubuhmu bila berdansa
tiada pura pura kita selesa
biar masa berlalu kita berkuasa.

alah dan bisa dah tegal biasa
tetap serasi walau beza cita rasa
ku dengar aku kau mahukan salsa
ku baca bungkusan cinta novela.

aku mahu kamu dihatiku
dan di dalam mimpi untuk ku rindui
dan juga di sisi tuk ku dekati
janjiku tak akan kau ku sakiti....


p/s: rasa ini, tak tertahan lagi...


viva la vida,

.::APHIDS::.

3 comments: