Images

Angka

1 puisi aku lagukan
kisah tentang kita ber 2
sejak dari tarikh 3 puluh
aku pingin ada 4,5,6 dan seterusnya

10,13,17,20,31
biar berapa digit perpuluhan
biar berapa sifar yang menuruti
takkan habis membilang cerita kita.


Hafeez Darraji
Kuala Lumpur, Ogos 28



Images

Kuasa

kita hari ini tertewas
dek kuasa yang dimiliki manusia
berdiri bongkak memijak si lemah
hanya kerana tidak senada

mulut dikunci tangan digari
ugutan jadi mimpi di siang hari
terjelopok rebah
akur
tak mampu berbuat apa
kalau menentang buruk padahnya

ambillah semua kuasamu
gunakan sesuka hatimu
jadikan ia 'Tuhan' mu
semahumu kehendakmu

bilamana yang hak
jadi rupa yang tidak lagi indah
hanya kerana kau
mahu terus berkuasa


p/s: Anggap sahaja kau awal awal sudah menang dan tahniah atas Istidraj yang kau perolehi itu.

20 Augustus 2013
Hafeez Darraji
Mesir


Images

Bila Mata Terbuka

di setiap tidur yang tidak lena
bermimpi wajah wajah si penganggu
pada medan yang banyak cabarnya
terbangun menghadap hari yang sama

hari ini aku lihat
nyawa bukan lagi emas
yang tersimpan dan terjaga di balik pintu besi
terlalu sayang untuk dijual beli

hari ini aku lihat
nilai tukarannya hanya sebutir peluru
menghujani setiap degup jantung yang lemah
menebuk setiap inci yang dinama anggota
dirampas dan dinoda setiap kilauannya

serangan ghairah senjata modenisasi
kezaliman kuasa yang tidak henti
meratah satu persatu yang di hadapan
membakar satu persatu laungan
yang berperisaikan hanya satu kitab mulia

ketawa, ketawalah semahumu!
di setiap darah merah yang membasah
ada suara tangis yang menggila
meratap dan menggoncang tubuh yang tidak bernyawa
"bangkit ayahku" "bangkit sahabatku"
"jangan tinggalkan aku"
irama hati yang sukar dilupakan

dan anak kecil yang ditinggal sendiri
masih bisa tersenyum, yakin.
nanti kan ketemu di syurga



pedulilah jika masih berhati nurani

‪#‎prayforegypt‬



Hafeez Darraji
9.45pm, 18 Ogos 2013
Mesir.


Images

Hani

dalam waktu senang susah aku
masih ada kamu
walau dihalau berkali kali
sedikitpun kakimu tidak pernah pergi

penyelamat utama dalam drama sepi
menghidupkan senyum aku yang mati


Hani; happy, delight, content.


Hafeez Darraji



Images

Masih Cinta

takut nanti rindu
itu alasan yang aku ada adakan
untuk aku memiliki semua milikmu
segala benda yang kau punya.

agar nanti saat kita berpisah
segala punyamu itu bisa jadi asbab

kau masih mahu menyahut sapaanku


Hafeez Darraji


Images

Raya di Perantauan.

Beraya diperantauan memang totally different from beraya di kampung halaman; suasana, bersama sanak saudara, main mercun dan bunga api, buat persiapan hari raya, dapat duit raya, berborak sampai tengah malam dengan sepupu sepapat. tapi dek kerana tanggungjawab dan masa depan, perantau terpaksa melupakan keseronokan dan ingatan itu untuk sementara. itulah pengorbanan.

ini kali pertama aku beraya di perantauan. di mesir sambutannya tak semeriah di Malaysia. BOSAN, TAKDE SUASANA raya langsung. Takde mercun letup sana sini, pagi syawal hanya solat sunat raya dan kemudian pulang ke rumah. jalan jalan semua kosong, sebelah malam baru penuh dan si bapa akan bawa family diaorang makan di restoran atau berjalan jalan.

apa kitaorang buat di malam raya?
well, kalau society korang buat jamuan raya keesokannya maka korang bolehlah take part tolong tolong. at least dapat rasa sikit suasana tuh dengan kawan kawan. kalau tak, duduk rumah menghadap pc; main game, fb, twitter atau membuta. takpun pasang takbir dan lagu raya kuat kuat, bukan selalu dapat feeling beraya tanpa family. sekali sekala layan perasaan sedih dengar lagu raya apa salahnya kan? :p
Takbir raya di Egypt pulak sekejap sahaja iaitu selepas isha dan alunan dia monotonous tak berlagu seperti di Malaysia. 

Raya pertama
instead of join Egyptian punya solat raya, aku decide untuk join solat raya yang dianjurkan society melayu kat sini. at least sekali lagi dapat rasa suasana takbir seperti di Malaysia dan boleh faham khutbah. 
Even satu university, tapi kita tak berpeluang untuk jumpa senior/junior secara kerap. so lepas solat raya boleh bersua muka dan mengucap selamat hari raya dan meminta maaf antara satu sama lain.
Kemudian disusuli dengan rumah terbuka.


Raya is about kegembiraan, jadi di mana mana atau dengan siapa pun kita sambut, sambutlah dengan penuh kegembiraan. Sambut dengan gembira, dengan penuh syukur atas nikmat nikmat yang masih dikurniakan.
Raya di perantauan dapat mengeratkan ukhwah dengan kawan kawan. Tanpa kawan kawan kita mungkin beraya keseorangan, menangis dengar lagu raya sorang sorang. hahaha. Tanpa kawan kawan kita mungkin kebosanan sementara menunggu semester baru dibuka. 
Alhamdulillah kitaorang kat sini everyday ada jemputan rumah terbuka dan sebelah malam lepak lepak, karaoke dan gelak ketawa yang entah apa topiknya. Semuanya dapat mengubat kesunyian dan kesedihan beraya tanpa keluarga.

atau ini mungkin satu latihan, beraya tanpa keluarga sebab nanti dah kena beraya dengan keluarga mertua? kan? #eh. hehehe...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin



Hafeez Darraji
Mansoura, Egypt.


Images

Home

Satu ruang dalam hati
bisa untuk kamu mendiami
menghias tata susunan setiap satunya
agar kau tidak perlu pergi


Hafeez Darraji