Images

Definisi Cinta

cinta
bukan laungan buta buta
ia satu janji setia
hidup berkongsi dua

segalanya indah
membawa tubuh ke awanan
terapung di antara bintang
berkilau menerangi malam

cinta buat pencinta gila
bisa menebar racun
di balut perhiasan indah
sebelum pecah segala harapan

dan

jangan cakap pasal cinta
kalau kau belum bersedia


Hafeez Darraji




6 comments:

  1. aku suka betul ayat-ayat yang kau tulis fiq..

    ReplyDelete
  2. @akmalism HAHHAHA! cehhh ini perli ke apa??? thanks btw bro !

    ReplyDelete
  3. aku menyayang si sosok setia
    menyinta tidak hanya di bibir saja
    lelah lemah aku dengan yg pertama
    tak mahu lagi cakap pasal cinta

    ReplyDelete
  4. @lela majnun

    hey lela majnun! thanks sudi singgah :)
    tidak semestinya cinta itu berakhir untuk yang pertama. sampai waktu sudah ditakdirkan kau bersedia, Tuhan akan kurniakan cinta mulia, kurniaan Tuhan yang bisa buat kau bahagia, mengukir senyum tak kira masa ;)

    ReplyDelete
  5. cinta bukan kita yang mau, cinta datang sendiri tanpa dijemput.
    itu masalahnya.

    ReplyDelete
  6. @prastanta
    dikatakan cinta itu seperti satu tasik hijau biru yang meluas. ditadahnya hujan sehari hari tapi bergantung ikan di dalamnya memilih habitat yang sesuai baginya.
    cinta itu benar tanpa dijemput, manusia seringkali berfikir dia menerima cinta kerana berhak dengan cinta itu. cuma sifat manusia itu, setiap kali pun dia fikir dia berhak. walau sebenarnya dia masih tidak berhak :)

    ReplyDelete