Images

PilihanRaya - Ini Zaman Anak Muda


aku lihat anak muda
tidak lagi dibelakang tangga
bukan lagi hamba gajet arus perdana
kini di baris hadapan
mereka bersiap siaga

bangkit mereka kerana meronta
dicucuk dirobek tergari terlutut
dinafi segala ditutup mulut
jadi boneka mengiya sahaja

anak muda
jiwanya merah
semangatnya segar
lagaknya perkasa
mengumpul jurus memecah gempita

semboyan mereka kan bergema
dari hujung timur merentas ke barat
putaran halilintar membawa keramat
mendongak keadilan
memijak kezaliman

p/s: Selamat melaksanakan pilihan masa depan

Hafeez Darraji


3 comments:

  1. whoa semangat sangat! :D

    pemuda pemimpin masa hadapan.
    cantik masa sekarang, elok la masa depan nanti.

    moga selepas ditimbang tara, majoriti bisa lihat apa yg terbaik utk semua.

    selamat berpilihanraya! :D

    ReplyDelete
  2. @cikpaz ismail

    dah mendaftar belum nih ? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar memang dah. tapi daftar utk undi pos tu yg tak buat. sedikit menyesal. huhu.

      Delete