Images

Perihal Satu Tubuh dan Mahunya

Setahun yang lalu satu jiwa terjatuh ke atas tanah. Jiwa yang sempurna di tempatnya akhirnya dikotori dengan debu dan pepasir yang memungkinkan ia terkena jangkitan kuman. Meronta ronta tubuh, menangis mata siang dan malam merayu patuh dan tunduk pada Tuhan "beri aku jawapan beri aku jawapan". Jiwa itu tidak patut keluar dari tempatnya, ia perlu kekal di peluk organ organ rohani yang suci. Kerna jiwa yang pergi, hati jadi lopong tiada kawan berkongsi beban dan berkatalah ia "aku berserah pada Tuhan, aku cuma mahu lihat satu tahun akan datang"

Setahun itu sudah tiba, telinga masih lagi mendengar jelas seperti baru semalam ia terngiang ngiang disapa. Jawapan sudah tiba, gambaran sudah depan mata. Dalam perjalanan menempuh setahun itu banyak risau dan duka yang mengiringi. Hantu hantu kalah menghasut "berputus asa sahaja, kau tidak mampu". Acapkali terjatuh, merakam luka dan parut pada pemain kulit kulit mulus. Sesekali pemain itu dimainkan, menyegar kesakitan parut pedih nan bisa. Tubuh bergoncang hampir melempar organ organ jasmani terpisah dari tempatnya mengikut jiwa lari, sayangnya bercantum pada satu tubuh berkongsi kelemahan bersama tapi ego satu satunya meletuskan perang dunia. Lalu membentak masing masing kesekaliannya "pergi kamu dari sini, ikut jiwa pergi  . Sudah tidak layak lagi organ organ busuk seperti kalian ini kekal pada tubuh tuan kami yang mulia ini". Yang kalah berlalu pergi, tinggal yang terang benderang mukanya penuh cahaya Tuhan tanpa punya satu titik buta yang bisa meranap runtuh tubuh ini lagi.

Untuk berubah dari satu kejahatan kepada kebaikan Allah sediakan satu ujian. Untuk melihat kita mampu bertahan dalam perubahan itu Allah sediakan lagi satu ujian. Untuk orang orang baik/bila sudah jadi baik Allah sediakan satu lagi ujian. 

"Dan apakah kamu mengata kamu sudah beriman, sedangkan kamu tidak diuji seperti umat terdahulu diuji?"

Untuk mendapat kenikmatan dan keindahan dalam hidup fasa dunia, wajib kita melalui ujian dan kesusahan sebelum boleh bersorak gembira dan berpesta dengan kejayaan itu. Sekurang kurangnya hasil yang kita perolehi kita dapat hargai dan berkongsi dengan manusia lain.

Untuk setahun yang sudah tiba, aku panjatkan syukur pada Tuhan yang Maha Esa kerana telunjukNya memberi aku sabar dalam setiap perjalanan dan kekuatan menempuh perancanganNya.  SEtahun yang sudah tiba aku suka, puas dan bersyukur sedalam dalamnya. Mutiara syukur itu aku suka cambahkan bila bila masa aku ukir ketawa dan senyum yang diberi Tuhan.

p/s: Tuhan, jangan biar yang lama datang menjenguk kembali membantutkan yang baharu.

Hafeez Darraji



4 comments:

  1. sedang berada dalam fasa yang sama, lainnya sedang menuggu setahun yang ke depan. apapun post ni, dapat sampaikan sesuatu. trimas!

    ReplyDelete
  2. @aisya

    sabar dan redha. Masa kan memulihkan segalanya. Allah itu tetap dan sentiasa ada di sisi. Setiap kali berdepan dugaan dan cabaran, TERUS SABAR menunggu 'satu tahun akan datang'. Saat itu tiba, kamu akan jadi manusia baru yang hebat yang berdiri lebih tinggi dari sebelumnya. All The Best :)

    ReplyDelete
  3. omg bedot is in love! :D is it is it?? :p

    ReplyDelete
  4. @cikpaz

    omg camnee tahuuu? HAHHAA! memandai je. belum smpi masa, nnti sudah smpi masa baru seronok tenggelam dalam cinta. hehehe.

    ReplyDelete