Images

Tiga Hari

Selasa
letakkan segala kepakaran
kata kata, buah minda
jangan biar satu terlepas
terperangkap sepi dalam sangkar neuron
biar tersembur pecahan sakti
otak kecut simpan sendiri

Rabu
tanam dalam dalam
segala rasa dan perasaan
tak perlu mula mengundang
tutup segala kepayahan
hidup satu keriangan
bermain realiti di jalanan
berputar atas paksi kebahagiaan

Khamis
sesak
kepulan asap di liang peparu
hilang segala rasa suka
tinggal hiris jadi kepingan
rangup menikmati zaman

p/s: nota akhir untuk ummat dunia.


Hafeez Darraji


Images

Dua Dunia

jatuhan kaki kecil
terburu buru di hadapan
tidak sabar
pulang ke ribaan

     lenggok bahasa purba
     senyuman terkunci kelat
     sikap pelahap

     kereta beroda meluncur ganas
     "pon pon pon"
     bunyi hingar gampang
     paranoid di satu titik

     kotor berbau hamis
     contengan jijik
     sisa sampah di setiap tempat

terkacau
menghangatkan api marah
dua dunia berbeza
seperti tidak ingin kembali

p/s: Egypt, sayangnya negara besar yang masih mundur. tertinggal di belakang dalam segenap aspek.


Hafeez Darraji


Images

Skrip Finale

sekelip mata
cahaya yang memancar
bertukar gerimis hujan
cerah pipi langit
bertukar mendung
menahan air mata

jalanan lantai perang
ada dua tiga manusia
membawa bagasi
melunas kerja

dinding dinding bangunan
menjadi pintu terbuka
terikut setiap satunya
sedikit cahaya
membunyi irama
menarik si pejalan kaki lima


XXX, 10.55am, 7 feb 2013


Hafeez Darraji



Images

seuntai kata untuk dirasa


Terima kasih
Kata kata kau
Telah beri aku kesenangan
Kesenangan memilih

Sekurang kurangnya
Aku tak perlu fikir
Dua tiga kali
Lagi.

 P/s: sebelum emansipasi, nama blog nih "seuntai kata untuk dirasa". Sudah lama rupanya aku menulis


 Hafeez Darraji


Images

Jagi


Kedengaran bunyi pintu menguak terbuka. Jagi seorang lelaki Slovenia berusia awal 30 an melangkah masuk ke lobi Aroza Hostel. Dia mengambil keputusan untuk merokok sebelum pulang ke biliknya.

"Fuhhhh."

 Hembusan pertama menghasil kepulan asap tebal memenuhi hampir separuh bilik merokok yang tidak sebesar mana itu. Dalam fikirannya sedang mengatur kejutan untuk berjumpa buah hatinya Sara.

 Sara gadis molek dari Holland sebaya jagi, kulit kuning langsat dan berlesung pipit. Tahun ini sudah masuk 8 tahun usia perkenalan. Pertemuan mereka bermula di kemboja ketika kedua duanya sedang melancong ke negara tersebut.

 Esok pagi Jagi bakal memberi kejutan kepada Sara. Dua tahun masa hanya berkomunikasi di alam maya tapi kelak mereka akan bertentang mata.

Jagi tersenyum, teruja...


#Love story of Jagi and Sara. God bless!

 p/s: siapa kata cinta jarak jauh itu sukar?



Hafeez Darraji


Images

Dari Jauh

i
sayang
hari ini kita jauh

biar dipisah lautan
biar dibeza benci

aku cuma mahu tahu
apa kau cinta padaku?



ii
aku angkasawan
melayang dibulan

mendengar lagu lagu bintang
tersenyum melihat bayang


Zurich, 2013


Hafeez Darraji



Images

Manishhh

makan cuma tidur
jaga cuma mahu

tinggi batu batu
mengejar langit
dalam angan kewarasan
mahsyuk perasaan


'nieuwendijk 2013

Hafeez Darraji