Images

Manusia Gembira

Buat sementara
biar aku jadi manusia gembira

asalkan aku okay
duit dalam kocek
hidup dalam sederhana

keluarga semua okay
masa depan cantik
hidup jauh dari narkoba dunia

asalkan aku okay
hidup macam tauke
teman ada sentiasa
menyanyi dan karaoke
hidup tanpa masalah dunia

hidup mewah tanpa berhutang
hati bersih tak lupa sembahyang
otak cergas selalu bersenam
muka tenang dengan senyuman

Hidup ini indah, aku kata
Hidup ini indah, ya benar
Hidup ini indah, lawa
ternyata hidup ini indah

buat sementara
biar aku jadi manusia gembira


:D

Hafeez Darraji




2 comments:

  1. Kalau boleh biarlah gembira selama-lamanya...usah sementara sahaja...

    ReplyDelete
  2. @papa

    bagi saya definisi gembira selama lamanya hanya wujud
    di syurga.

    'buat sementara' di dunia selagi mencukupi keperluan,
    itu sudah memadai.

    dambaan manusia; moga kita semua gembira di dunia &
    akhirat. inshaallah.

    thanks btw :)

    ReplyDelete