Images

360°



"perubahan kamu itu dari Allah
dan yang layak untuk kamu
adalah mereka yang mencintai Allah"


Hafeez Darraji




Images

Final Exam


Final Semester 8 of (Manchester) Mansoura University
Faculty of Medicine


28 JUNE 2012
MCQ & ESSAY O&G

4 JULY 2012
MCQ & ESSAY PEDIATRIC

7 JULY 2012
OSCE O&G / PEDIATRIC

p/s: tawakal ala Allah !

Hafeez Darraji


Images

Baru


"dan kulit kulit turut bersalin,
membuang dosa dosa lama"

Hafeez Darraji



Images

Egypt


24/6/2012; setelah keputusan pilihanraya di tunda dari hari Khamis(21/6/2012) maka dengan rasminya Mohamed Morsi telah menjadi pilihan rakyat Egypt untuk memegang jawatan Presiden of Egypt. Mabrouk! Moga ada perubahan dalam rakyat dan suasana ummu dunia ini. Satu lagi hari bersejarah untuk Egypt. Bertambah tambah cuti lah Egypt :D


Hafeez Darraji








Images

Salam

rapat tumit ke tumit
antara bahu dan bahu
hentakan lutut pada tanah
rapat dengan dada
ucapkan salam
buat sekaliannya

p/s: sesetengah suara manusia berupaya menenangkan hati kita. Istimewa .

Hafeez Darraji




Images

Bangga

pada hidup yang buta
perjalanan tak dapat diagak
jatuh bangun kau tetap sempurna
berhadapan seluruh manusia

dalam nangis berteman tisu
robek hati bertikam sayu
topeng senyum tetap selalu
jadi muka seperti yang lain mahu

semua itu hanya sebelah tangan
setiap sulit kau rela gendongkan
kulit yang terbakar mentari
tidak kau kisah
asal dapat hidup untuk sehari lagi

fizikal dibayangi kuatnya hati
semuanya kau tetap tempuh sendiri
hati mencicit berbisik
bersangka baik pada langit dan bumi

setelah tempuh bencana
keluar masuk pintu neraka
hari ini
dari mata ke mata
akhirnya dapat mulut berkata
aku bangga !

p/s: perjalanan masih jauh. kumpul skil untuk diguna pakai semula.


oh ya. aku bangga!

Hafeez Darraji


Images

Susun

alif ba ta
ayat Tuhan Maha Tahu
membasah lidah tanpa tulang
dalam kumat kamit bibir
bagai magnet berkutub

sin shin sod
memberi tahu
pada manusia yang bodoh
mendalami dasar
keperihatinan yang fardhu

ain ghin fa
dalam tutur kata
tingkah laku manusia
bertebaran pada bumi
yang kaku

lam min nun
merangkak rangkak mengejar
baginya dua pahala
jangan malu mencuba

alif sampai ya
pada tertib sempurna
menjadikan yang hina
manusia paling sempurna

Hafeez Darraji


Images

Pelangi

saat senja itu berlabuh
di penghujung renyai hujan
bersama pelangi
dengan pelbagai warnanya

duduk yang kecil kecil
berebut rebut kitab
rapat dengan pendeta
haruman mewangi
menarik minat mereka
mendekati

wahai pelangi
titiskanlah warna indahmu
serikanlah warna cahayamu

supaya yang kecil kecil
menjadi kuat
dalam rahmat warna warni

di saat mereka kesepian
dan tidak tahu
apa yang menanti
di penghujung renyai hujan

p/s: moga anak anak kecil itu menjadi pelangi dalam warna warni dunia

selasa,
Hafeez Darraji


Images

Pagi yang aku rindu

paling aku rindu setiap pagi...

emak mengetuk pintu bilik "afiq, bangun subuh fiq".

bunyi deruman motor Vulcan, bila ayah pulas berkali kali untuk memanaskan enjinnya.

kecoh adik adik mencari kelengkapan sekolah, meminta emak membungkuskan bekalan.

emak berpesan "beli kelapa, basuh pinggan, nanti ambil adik balik dari sekolah, jangan tidur je"

ayah ringkas " jaga rumah elok - elok"

dalam beberapa minit rumah jadi sunyi tinggal aku seorang dalam kerinduan yang masih terngiang melihat satu persatu meninggalkan pagar usang berwarna coklat itu.

p/s: mana lagi asal kita kalau bukan dari keluarga :)


Hafeez Darraji


Images

Ayah

awal awal dahulu
walau sesibuk mana
di hujung minggu
pasti sedia lapangan masa

bawa aku ke kolam renang
tertawa bila aku terkapai kapai

tuntun di awal kayuhan
angkat bila aku terjatuh

teman aku berkhatan
dan membisik
"macam kena gigit semut je"

satu kau pesan
dua kau ajar
tiga kau ingatkan
empat kau diam
berdiri dari satu sudut
melihat bagaimana nanti
pencapaian dan kejayaan

ayah,
rotan yang dulu aku benci
menjadikan aku kini sempurna

terima kasih ayah !

p/s: bangga !Ya Allah, Kau tunaikanlah permintaan dan cita citanya. panjangkan umur dan murahkan rezeki ayah yang aku sayang.

Hafeez Darraji


Images

Perjalanan Malam

tepat
begitulah rencana Tuhan
yang memperjalankan hambaNya
pada malam hari

semacam rahmat
buat manusia
meminta kebaikan, kejahatan
selesa dalam fitrah
tergesa gesa

jangan nanti
bila jatuh dalam lubang
terseksa dengan pengakhiran
lalu berpaling dan menjauh
menyumpah itu ini
berkata begitu begini

manusia
cuma perlu buka mata
sembilan tanda tanda bagi Musa
tidak lain tidak bukan
semua dari Tuhan

p/s: selari dan tepat !

syukur,
Hafeez Darraji




Images

Gali

dari pagi hingga ke malam
terus menggali
untuk esok dan hari hari seterusnya

bukan tiada kerja
cuma dibayangi bimbang
tiada modal menanggung hidup
tiada atap untuk berlindung

gali dan gali lagi
masih belum sampai dasar
terkadang berhenti
kerna takut
kalau sambung
berharap untung

aku juga naik hairan
lalu menyapa
"why so serious?
dalam agama yang tidak pasti itukan syubhah?"

p/s: membinasakan akidah ! Yakin sahaja.


Hafeez Darraji


Images

Buruj

malam ini satu untung
di dada dada langit
berhias ceria
bintang bintang bercahaya
tapi bukan bintang biasa.

andromeda, orion, pavo
jadi tontonan kita
pada skrin gergasi
gelap segelap gelapnya

sedang kita bersaing
kau mencari biduk
aku mencari pari
kau tersedar dan menunjuk
mengikut jatuh laju
tahi bintang bersama jalurannya

bagai satu petanda
bukan yang biasa biasa
kau dan aku punya tujuan
untuk kita kongsi
bersama sama

permulaan yang tak dijangka
moga berakhir dengan redha
redha yang Maha Luas
segar seperti yang mula mula


p/s: pushhhhhhhh! yang terakhir sekali untuk final exam. Berdoalah kita !

Hafeez Darraji




Images

Pagi !

Pagi yang indah
Bersandar pada kepala katil
Sambil memetik ukulele
Menjerit nyanyi sepuasnya

Tiada bimbang
Pasangkan lagu kuat kuat
Terbaring
Melihat yang indah indah

Berselimut semangat
Dengan perasaan sendiri

P/s: mungkin 'suka' malam tadi masih belum lenyap?

'Happiness comes from within'

Hafeez Darraji
Images

Less Effort, Achieve More

selalu kita dengar "with more effort we can achieve more". tapi sebenarnya with less effort pun kita boleh achieve more. Terus masuk kepada 4 P untuk mencapai "less effort, achieve more"

1) Passion
be motivated by your passion
- buat perkara yang kita rasa kita paling bagus. yang mana bidang menjadi kekuatan, bakat kita then kita fokus on that thing. something yang bila kita buat kita rasa semangat dan bangga.
"if you don't like what you're doing then don't do it" - Ray Bradbury

2) Profit
- hidup always about profit. profit untuk diri sendiri, profit kepada manusia lain. sebab dengan profit, tak kisah pada diri sendiri atau orang lain, kedua duanya akan buat kita gembira bukan? so how to earn profit? banyakkan bergaul. misal kata kita jumpa seseorang yang kita tak kenal di tengah jalan, amik profit/learn something from orang itu sebelum dia pergi dari kita.
"When you work alone you need to socialize at some level" - Jeffery Deaver

3) Partnership
- cari orang yang mempunyai sumber yang anda perlukan. tak sepertinya dia ada persamaan seperti anda. yang paling penting perbezaan buat manusia dan kerja itu lengkap. sebab perkara lebih mudah bila dilakukan lebih dari seorang.
"yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" - pepatah melayu

4) Proactive
- urus masa, urusan. Yang mana perlu dilakukan dahulu dan kemudian. tetapkan tujuan dan matlamat kita, so that bila ada benda yang distract, kita tak akan goyang.
"Affirmation without discipline is the beginning of delusion." -Jim Rohn

secara pendeknya, 4P boleh disimpulkan pada satu perkataan iaitu KUALITI. katakanlah kita punya 30 minit masa untuk membaca. jangan fokus on berapa banyak page yang dapat kita baca tapi fokus on kualiti. sebab kualiti itu lah yang menyebabkan kita ingat apa yang kita baca.

wish you guys have a super fantastic day!

p/s: bahasa rojak. maaf

Hafeez Darraji


Images

Sangka



kalau daki hingga perlu lompat dan sesak
waktu turun nanti
bukan masa merangkak dan berjalan
bukalah kepak hayunkan sayap
hasil nikmat hikmat pada satu pelajaran

moga sangka kita terus agung


p/s: kalau manusia tahu apa dan mengapa dalam rencana Tuhan pasti tiada satu yang akan bersedih. tapi itulah kehidupan. terus menggagah !

Hafeez Darraji


Images

Muzik

engkau muncul...


bila petik gitar menyanyi
bila ketuk drum membentak
bila goncang shaker membisik

turutkan
ikutkan
biar sebati

kaki kaki keras menghentak
tangan tangan lembut melambai
badan badan lenggok melayang

melangkah ke alam yang baru
tiada kebimbangan
hanya keindahan
mencapai awan



Hafeez Darraji



Images

Bintang 2.0


kalau dikurnia bintang dari langit
sanggup aku tunggu semalaman
untuk kutip semuanya
hiaskan ruang ruang bersegi
pada enak tidurmu
menceriakan pagi
dengan bentuk bentuk bintang
menceriakan malam
dengan cahaya cahaya bintang


p/s: "kita satu kepala, tunggu masa nak bersatu" - aa

kembali ke syurga,
Hafeez Darraji




Images

Tujuan




sesat dalam dunia asing. menunggu detik terakhir. duduk. berdiri. berfikir. menyanyi. menari. kesian. kesian melihat manusia yang punya bahagia. tapi tidak diguna sebaiknya. harusnya. berhenti pada jalan yang tiada penghujung. bukan pada jalan mati. saat spontan. yang manusia kadang kadang tak reti. bertuhankan takdir, tanpa tujuan. gila. tunggu daging daging tinggal tulang. jadi buruan serigala jadian. rasa ini rasa syurga. hidup jadi terang. berjantungkan tiga. abadi pada Tuhan, persembah pada bonda berdua, masyhur buat kekanda dan adinda. moga sejahtera. walau saat roh sudah entah ke mana.

p/s: exam just around the corner. doakan untuk saya dan kawan kawan sekaliannya :)

dunia asing,
Hafeez Darraji