Images

menjadi diri sendiri

aku bukan seorang yang boleh melawak melalui penulisan. kadang-kadang antara orang yang tak berapa rapat dengan aku pun aku tak selesa nak berlawak. takut-takut tersalah lawak terasa hati pulak. kalau lihat kebanyakan penulisan aku banyak yang serius. yang tersirat, yang banyak dah aku tempuhi dalam hidup aku. sesekali aku baca balik penulisan-penulisan dulu untuk mengingatkan siapa diri aku. Pernah satu masa aku cuba tulis sesuatu yang umum supaya blog mendapat limpahan-limpahan traffic dari seluruh dunia. tapi aku tak berasa selesa. terus aku kembali menjadi diri sendiri dan menulis apa jiwa rasa.


terus:

Kereta mewah dalam bilik pameran yang lantainya bisa memantulkan wajah. disapu rapi oleh nenek tua untuk menyuap lapar perutnya. yang dicuci teliti untuk menghilangkan dahaga tekaknya. Berbumbung. sesekali datang orang menyapa, dan membelai dari kepala sampai buntut. rasa geli dan ngilu. tapi ada rasa bangga. berbanding yang luar, kereta buruk! kalau hujan tiada payung, kalau panas tidak berbumbung. masam mencuka. yang dalam berlagak tertawa. rasa cemburu bercambah jiwa. siapa sangka, satu hari kereta buruk itu di bawa pulang. meninggalkan yang dalam. masih di situ.

p/s; jadi diri sendiri. untungnya diri sendiri

credit picture to mde-art.com



0 comments: