Images

Nikah Muda


disebabkan kekurangan ilmu atau kurang pendedahan ibu bapa sekarang takut untuk lepaskan anak mereka berkahwin di usia yang muda, lagi-lagi anak-anak masih menuntut ataupun belajar. tambahan pengaruh media elektronik seperti drama melayu menyukarkan penyatuan cinta antara Adam dan Hawa.

"kau nak bagi anak aku makan apa? pasir??"

"muda lagi nak kahwin. biar dia ada kerja, kumpul harta dulu"

"Anak sulung aku dah la perempuan, kalau kasi kahwin awal, adik2 dia pun ikut nak kahwin awal"

akhirnya jadilah kelahiran anak luar nikah, masalah sosial yang sangat teruk dalam golongan muda, dan kes-kes pembuangan anak yang lazim diperkatakan sekarang ini. salah siapa?

ibu bapa sepatutnya berfikiran terbuka dan mendahulukan syariat agama berbanding masalah dunia yang akan timbul selepas anak-anak berkahwin. galakan dan tunjuk ajar perlu diberikan berbanding kritikan yang langsung tidak membina.

Sekiranya ada pemahaman yg mendalam tentang segala persoalan berkahwin muda sudah tentu ibu bapa lebih terbuka menerima. 2 perkara yang perlu dipahamkan:
1) Hukum yang memerlukan seseorang itu berkahwin
2) nikah khitbah @ nikah gantung



HUJAH
Seperti yang kita sedia maklum, hukum nikah tidak akan lari dari 5 hukum sedia ada. Samada ia menjadi wajib, sunat, harus, makruh ataupun haram. Maka, perbincangan tentang mahu membenarkan nikah awal ataupun melarangnya, sangat2 bergantung kepada 5 hukum tersebut.
Jadi, perlu faham dengan baik2. Saya ringkaskan seperti di bawah :
Situasi A : Seorang pemuda yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata2. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.
Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda.
Baik, sekarang saya nyatakan dengan jelas. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi B adalah wajib berkahwin. Dan saya sangat menyokong alternatif 'nikah khitbah' kepada golongan2 seperti ini. Dan selepas ini,perbincangan saya tentang 'kahwin muda' adalah khusus kepada golongan yang berada dalam situasi ini sahaja. Iaitu wajib kahwin. Bukan yang sunat, bukan yang harus.
-artikel penuh boleh di baca di sini

p/s: sudah terang lagi bersuluh



Images

Cara Nak Cantik Secara SemulaJadi / Natural Beauty

Semua orang suka cantik, tipulah kalau korang tak suke ada orang puji korang cantik (kan3?). tak kisahlah apa tujuan korang nak cantik. sesetengah tuh nak cantik sebab nak goda orang kaya, sesetengah tuh nak cantik sebab nak join group yg menonjol kat sekolah, yang laki-laki plak nak kacak sebab senang jadi playboy(hahaha).
yang perempuan rimas dengan dagu berlapis, yang lelaki sampai sekarang masih single(gituhh).

so macam mana nak cantik/kacak secara semulajadi? ini rahsianya;

selalunya kita tengok lelaki yg ada 6 packs or yg athlete semua kacak2. sebab apa? sebab diaorang bersukan dan bersukan itu sihat. macam tuh jugak dengan perempuan. contohnya tengok trainer The biggest loser/goalkeeper USA. Hot tuhhhh!!!

yupppp! BERSUKAN. mengeluarkan peluh secara berkala, konsisten dan istiqamah! nakkan sesuatu yang baik kita kena bayar harga yang mahal sedikit dari yang biasa (tak gitu?). bila bersukan kita jadi sihat, bila sihat toxin kurang itu yang jadi lebih kacak dan cantik

tengok mereka2 yang mengamalkan gaya hidup sihat:

Goalkeeper USA. HOT tuh!!!


Sazzy Falak ni pun pergi gym taw

Pelakon Kegilaan Ramai, Remy Ishak


Jillian Michaels, trainer Biggesst Loser

Bob Harper, trainer biggest loser

p/s; kalau kurus dan cantik cara selain daripada bersukan ketiak tetap busuk juga. kalau bersukan ketiak wangi, tak caya trylah