Images

nanti sampailah tuh


seorang nenek dan cucunya menaiki bas untuk ke pekan bagi membeli barang keperluan dapur. sampai di tengah jalan pemandu bas memberhentikan basnya di sebuah stesyen minyak. cucu bertanya pada neneknya 'nek bila nak sampai ni?" nenek pula menjawab 'nanti sampailah tuh'. sekembalinya pemandu bas tadi mereka meneruskan perjalanan. bas mini buruk meredah tengahari yang panas terik menyebabkan kesemua penumpang berpeluh-peluh. si cucu bertanya lagi "nek bila nak sampai ni?' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'. tiba-tiba pemandu bas tadi memberhentikan bas di tepi sebuah kedai. ada seorang ibu mengandung mahu membeli air kerana kehausan. dengan nada yang sedikit tinggi dari biasa si cucu 'nek bila nak sampai niiiiii?' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'. sekembali ibu mengandung tadi, pemandu bas meneruskan perjalanan. di pertengahan perjalanan, seorang lelaki tua ingin menuruni bas. kerana tidak sampai hati pemandu bas tolong lelaki tua tadi mengangkat barang sehingga sampai ke rumah miliknya. si cucu dengan nada yang lebih tinggi 'nek bila nak sampai niiiiiiiiiii?????' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'.

pemandu bas meneruskan perjalanan lagi. tiba-tiba si cucu menjerit sekuat-kuatnya 'nek bila nak sampai niiiiii? nenek menjawab; 'nanti sampailah tuh, depan tuh je lagi. apabila nampak stesyen bas di depan si cucu duduk dengan rasa lega. sampai di stesyen bas semua penumpang meneruni bas. hari ni bas sampai lewat 30 minit dari selalunya. sewaktu menuruni tangga bas si cucu mendengar perbualan pemandu bas dengan rakannya. 'nasib baik kau lambat hari ni, kalau tak bas kau dengan penumpang semua maut dengan kemalangan kat simpang depan tuh, betul2 30 minit lepas.' berderau darah si cucu mendengar perbualan itu. terus tak bercakap sampai balik ke rumah.

**************************

HAHAHA! hebat en aku bercerita? tetiba keluar di pikiran pasal 'nanti sampailah tuh'. yelah antara kawan-kawan aku sibuk duk suruh aku cari pasangan untuk dia. apa diaorang ingat aku agensi cari jodoh ke? katanya lonely la, tak bahagia lah, jeles tengok orang lain happylah. satu benda yang kita semua ingat, semua tuh dah ditentukan. bukan DIA tak nak bagi mungkin DIA lebih tahu yang kitabersedia or tidak untuk memberi komitmen dan sebagainya. aku sendiri pernah merasa benda nih, and at last baru aku tahu kenapa DIA tak bagi aku awal2 dulu even sekarang nih aku masih tak bersedia aku rasa, aku rasa lah. tapi sebab aku hamba yang degil, mintak jugak. banyak kali mintak tuh yang DIA bagi juga. benda tak payah berharap sangat, biar masa tentukan.

p/s:alaaaaaaaaaa nanti sampai lah tuhhhhhh!

0 comments: