Images

Disclaimer


Kebanyakan penulisan aku berdasarkan pengalaman dan apa yang aku lihat. Itu sumber bagi kebanyakan penulis. Tak kisahlah dia/kau/kamu/awak/mereka itu merujuk kepada sesiapa pun. Tapi bukan lesen kita untuk menilai baik atau buruk orang itu. Aku harap pembaca ambil pengajaran untuk menjalani kehidupan dan dalam masa yang sama jadikan sajak sebagai wadah bacaan yang menarik. ATAU cara baru untuk mengambil hati orang yang kau sayang. *WINK*

Hafeez Darraji


Images

lima

lima. aku gembira. duri tajam tiada apa. ribut petir sementara. tapi kau rosakkannya. kitab kata. aib kena jaga. ada masalah. diam sahaja. mahu dan rasa. pendam saja. sampai bila. aku ada dunia. dan aku rajanya. kalau kau derita. jangan kau terima. tunjuk aku manusia sempurna. kalau ada. aku rela.
Images

aku lupa! aku lupa!

exam tak sampai 20 hari. 18 hari aku rasa. boleh rasa-rasa walaupun exam nak dekat eh? exam dekat pun semangat nak belajar pun takde. acube korang bagi aku idea nak kasi aku rajen stadi sket. ataupun idea bernas kalau agak-agak aku malas stadi so apa aku patut buat.

p.s: doakan aku berjaya
Images

motivasi bukan hipokrit

kau tahu. motivasi sebenarnya mainkan peranan penting dalam hidup kau. jangan kau rasa kau orang paling skema kalau kau mendaftar untuk mana-mana program motivasi. kau sepatutnya bersyukur bila mak dan bapak kau bersungguh-sungguh mendaftarkan kau dalam program motivasi. sungguh! bila lama tak terkena motivasi aku tak tahu macam mana nak memandu hidup aku. lebih-lebih duduk jauh dari mak dan bapak aku. tak ada panduan nak pilih mana yang baik dan mana yang buruk. kau kena pikir berjuta-juta kali nak buat setiap perkara dalam hidup kau. dulu aku rasa program motivasi itu membosankan tapi sekarang aku perlukan program motivasi tuh sangat2. untuk menaikkan semangat aku. sungguh!
Images

a new year begin

terbutaline sulphate, bromhexine hydrochloride, guaiphenesin, paracetamol. mereka teman aku untuk 7 hari yang lalu. cukup2 lah. aku dah malas nak kawan dengan korang semua. terfikir seketika bagaimana rasanya menjadi sihat ketika kau tengah sakit sampai tak larat nak bangun. nikmat gila rasa sihat tuh. Syukur, arini dah makin bertambah baik. malam tadi sempat bersama dengan rakan-rakan realiti. menyanyi, bergelak tawa, bersuka ria. harap-harap lepas nih rasa sihat-sihat je selalu. baru boleh senyum macam nih :)

ketinggalan, banyak benda dah ketinggalan. exam dalam belasan hari. nak tak nak kena start balik arinih. tak taw masa dan ketikanya bila nak start tapi memang kena start gak arinih. banyak sangat harapan dan wajah yang tak sanggup aku kecewakan.

p/s; selamat tahun baru. dah sihat baru sah tahun baru!
Images

cinta @ chinta

tak perlu nak menangis meraung atau kecewa sampai nak bunuh diri sebab cinta

atau

dengar lagu ni, mungkin boleh pujuk hati yang disakiti cinta;

Images

nanti sampailah tuh


seorang nenek dan cucunya menaiki bas untuk ke pekan bagi membeli barang keperluan dapur. sampai di tengah jalan pemandu bas memberhentikan basnya di sebuah stesyen minyak. cucu bertanya pada neneknya 'nek bila nak sampai ni?" nenek pula menjawab 'nanti sampailah tuh'. sekembalinya pemandu bas tadi mereka meneruskan perjalanan. bas mini buruk meredah tengahari yang panas terik menyebabkan kesemua penumpang berpeluh-peluh. si cucu bertanya lagi "nek bila nak sampai ni?' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'. tiba-tiba pemandu bas tadi memberhentikan bas di tepi sebuah kedai. ada seorang ibu mengandung mahu membeli air kerana kehausan. dengan nada yang sedikit tinggi dari biasa si cucu 'nek bila nak sampai niiiiii?' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'. sekembali ibu mengandung tadi, pemandu bas meneruskan perjalanan. di pertengahan perjalanan, seorang lelaki tua ingin menuruni bas. kerana tidak sampai hati pemandu bas tolong lelaki tua tadi mengangkat barang sehingga sampai ke rumah miliknya. si cucu dengan nada yang lebih tinggi 'nek bila nak sampai niiiiiiiiiii?????' nenek menjawab 'nanti sampailah tuh'.

pemandu bas meneruskan perjalanan lagi. tiba-tiba si cucu menjerit sekuat-kuatnya 'nek bila nak sampai niiiiii? nenek menjawab; 'nanti sampailah tuh, depan tuh je lagi. apabila nampak stesyen bas di depan si cucu duduk dengan rasa lega. sampai di stesyen bas semua penumpang meneruni bas. hari ni bas sampai lewat 30 minit dari selalunya. sewaktu menuruni tangga bas si cucu mendengar perbualan pemandu bas dengan rakannya. 'nasib baik kau lambat hari ni, kalau tak bas kau dengan penumpang semua maut dengan kemalangan kat simpang depan tuh, betul2 30 minit lepas.' berderau darah si cucu mendengar perbualan itu. terus tak bercakap sampai balik ke rumah.

**************************

HAHAHA! hebat en aku bercerita? tetiba keluar di pikiran pasal 'nanti sampailah tuh'. yelah antara kawan-kawan aku sibuk duk suruh aku cari pasangan untuk dia. apa diaorang ingat aku agensi cari jodoh ke? katanya lonely la, tak bahagia lah, jeles tengok orang lain happylah. satu benda yang kita semua ingat, semua tuh dah ditentukan. bukan DIA tak nak bagi mungkin DIA lebih tahu yang kitabersedia or tidak untuk memberi komitmen dan sebagainya. aku sendiri pernah merasa benda nih, and at last baru aku tahu kenapa DIA tak bagi aku awal2 dulu even sekarang nih aku masih tak bersedia aku rasa, aku rasa lah. tapi sebab aku hamba yang degil, mintak jugak. banyak kali mintak tuh yang DIA bagi juga. benda tak payah berharap sangat, biar masa tentukan.

p/s:alaaaaaaaaaa nanti sampai lah tuhhhhhh!
Images

hanya sementara

aku tak tahu ke mana menghilang kekuatan aku untuk menulis blog. jadi macam makan kari ayam tak taruk santan. makan pun takde umppphhhh! SEBAB AKU TAK TAHU NAK TULIS APA!!!

p/s: sampai perkataan umphhh dah jadi blank tuh yg CAPSLOCK tuh!

nanti dah ingat aku post balik. bye2