Images

(PANAS) Apa nak jadi Amy Search...


Amy search sekarang dah banyak duit rasanya. Al Maklumlah Restoran Cheng Ho dia kat Wangsa Maju menjadi. You'all pernah try ke makan kat situ??? Dengar kata boleh tahan jugak makanan2 kat situ. Baru-baru ni keluar pulak cerita pasal si Amy Search nih. Jom baca, phewittttttttttttttt...





KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.
Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas.

Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai
pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku dinamakan sebagai defendan.

p/s: oh cerita pasal saman je ke!

2 comments:

  1. tbaca dak tu mmg melecur teruk tahap 2 x silap...baru jer 4 tahun dh merana kesakitan..

    ReplyDelete
  2. ann macam tuh ke cite dia? tahap 2 tuh teruk tuh. dapat duit pun still merana kesakitan

    ReplyDelete