Images

.::Nigella Sativa::.

hari ini hari isnin...aku keliru, masa dan hari seperti tidak jelas bagi aku. aku pun tidak tahu mengapa, aku tidak tahu mana silapnya....pagi2 bangun, niat untuk pergi ke kelas Group lagi satu terbantut melihat jam yang suda melepasi 10.30am. lalu dibukakan sahaja laptop ini, untuk melihat apa yang berlaku di seluruh dunia di ketika ini.
Pagi-pagi begini pun internet lembap! Ping tinggi-tinggi belaka, membentak jiwa ini kerana rasa bohsan menunggu. nak kata semua berjaga, mereka ini bukan boleh percaya...hahaha...semuanya seperti aku juga barangkali.
Seperti aku telah berubah dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain. apa buktinya??? Blog ini sudah tidak ku guna lagi sebagai tempat meluahkan kata-kata, hidup ku juga sudah tidak seperti biasa semuanya luar biasa, masa dan waktu kali ini sangat tinggi rasa cemburunya. tapi yang aku bangga, jiwa aku tetap kuat bila dirundum malang tetap sabar bila dilanda nestapa. betul kata mereka, hidup ini pasti berubah dan kerananya kita pelajari, rasai segala pengalamannya.
begitu juga aku, tidak sama besar kuntum bunganya tidak sama sedap rasa buahnya tapi TETAP kepada yang ESA....

p/s: aku rasa aku sudah kembali

pagi hari,
aphids

0 comments: