Images

.::bila nikmat itu masih ada::.


lebih kurang 2 minggu aku di bumi mesir ini...segala-galanya masih sama cuma di beberapa tempat sahaja berubah wajahnya. kini baru aku ada masa untuk menaip kisah aku sejak pemergian aku dari malaysia, memandangkan aku sangat busy menguruskan beberapa program bagi pelajar2 baru GMN di mansurah ini. lantaran dek kesibukan itu, aku tidak sedar hari berlalu begitu sahaja, tarikh yang terpampang di kalendar mahupun di telefon bimbit langsung aku tidak ambil peduli apa yang aku tahu kerja2 berkaitan pelajar2 baru ini perlu diselesaikan. lantaran ini juga aku tidak teringat langsung tarikh keramat 13 oktober sudah menghampiri juga tarikh 3 oktober yang dahulunya sudah berlalu.
mujur ada benda yang dipanggil 'internet' ini, yang membuatkan aku sedar akan tarikh keramat itu, yang membuatkan aku tahu hari ini berapa tarikhnya.
entahlah, mungkin begini cara aku bekerja. aku tak pernah kisahkan aku dan mereka disekeliling aku. yang utama kerja dan tanggungjawab aku perlu disiapkan.
berat rasanya kerja ini, tambahan lagi aku kini dalam barisan tampuk kepimpinan. sudah lama aku tidak melibatkan diri dalam bidang kepimpinan ini, sudah tidak biasa lagi untuk menguruskan sesebuah organisasi tapi aku cuba untuk cuba mengumpul pengalaman lalu untuk dipakai semula di masa kini.
dan dengan nikmatnya, aku bersyukur kerna aku masih dihidupkan walau selama 20 tahun di dunia ini.moga rasa syukurku kian memekar dan mendapat keredhaan dariNYA

p/s: selamat hari jadi kepada aku(131089), akid(131089) dan aqil(131092). moga kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dipemudah segala urusan. dan terima kasih jua di atas 'wish2' kalian...aku amat menghargainya;)

mansurah,
aphids.

7 comments: