Semalam...
"arggghhh ko!, ko tuh keje nak membodek jerk" bengang afiq dengan supervisornya.
Serabut kepala otak dia hari ini, dengan manager yang boleh buat hatinya berbulu ditambahkan lagi dengan supervisor yang entah ape ape, membuatkan afiq sudah malas mahu terus bekerja.
dari dalam kedai, 2 kali dia ternampak pegawai MPAJ menyaman keretanya.
"bodoh tol la mpaj tuh, 2 kali saman aku" luah afiq kepada teman sekerjanya.
"biasalah nak raya, dah mula cari duit la tuh, hahaha" respon teman sekerjanya
hari ini banyak sungguh rasa bengang menular dalam hatinya, tak tahulah kenapa.
jam menunjukkan pukul 4 petang...
"madam, saya pergi 'rest' dulu la"
setelah mendapat kebenaran, afiq terus keluar dan bergegas ke bank. duit yang diminta adiknya belum sempat dia masukkan pagi tadi.
setelah selesai memasukkan duit untuk adiknya, afiq keluar menuju ke keretanya, kelihatan 2 keping surat saman dari MPAJ dan sekeping iklan pada 'wiper' keretanya.
terus dia menarik ketiga tiga keping kertas itu dan membuang kepingan iklan tadi.
"bodoh, tepilah sikit aku nak undur kereta nih" getus afiq di dalam hatinya apabila melihat sebuah kereta menghalang perjalanannya.
"lain kali 'parking' tempat lainlah" sambung afiq lagi sendirian.
sejak dari dalam kedai lagi, dia mahu mendengar cd yang telah dicetak secara haram olehnya. lebih lebih lagi lagu konpirasi dari plague of happiness.
semasa keluar ke jalan besar sambil tangannya meraba-raba poket simpanan cd, sebuah kereta cuba memintas di hadapan keretanya yang sedang dipandu laju.
"sial tol la kereta nih, naseb baik tak eksiden, kl eksiden memang aku keluar aku pukul!!!"
marah afiq sendirian sambil membayangkan tangannya menumbuk pemandu kereta itu.
kerana tercabar dek dipintas, afiq cuba memintas kembali. Ketika keretanya bergerak seiring dengan kereta tersebut, kelihatan seorang lelaki 40 an memakai kopiah berwarna putih. terus lembut hati afiq, kemarahan dia sebentar tadi reda sekejap.
"mana cd nih???" sambil tangannya meraba raba di poket simpanan cd.
satu persatu cd dicubanya, namun lagu yang didengari masih belum memuaskan hatinya.
kemudian cd ketiga dimasukkan...
"bukan yang ni" sambil tangan hendak menekan butang 'eject'
namun setelah mendengar permulaan lagu, afiq mengalah.
"dengar sekejap lah cd nih..."
melodi yang indah, susunan bait lirik yang hampir sempurna.
"lama gile tak dengar nasyid" monolog afiq dalam hatinya.
kali ini dia tidak lagi meraba raba poket simpanan cd sebaliknya turut menyanyi bersama lagu-lagu nasyid yang satu masa dahulu pernah menjadi siulan bibir merahnya.
satu persatu pemain cakera memainkan peranannya dengan menukar lagu dari satu trek ke trek yang lain.
rasa marah tadi sudah beransur-ansur surut dan sambil menghayati lrik-lirik yang dilontarkan oleh penyanyi, afiq mula membayangkan tentang kehidupannya kini.
perbezaan hidup yang dahulu dan sekarang dirangkumkan menjadi satu oleh minda hebat ciptaan Tuhan.
semua kelemahan dan kelebihan di ungkap, proses muhasabah diri mucul tanpa sedar. dan satu konklusi diterbitkan berdasarkan kelemahan hidup sekarang yang tak sehebat dahulu. Bukan hebat dari pandangan manusia tapi hebat dari pandangan Sang Pencipta...
p/s: masih mencari hala kehidupan...
yeahhh
ReplyDeletemcm tuh r kter kawal kemarahan kter...
n one more thing...
bibir merah n kilat...
heeeeeeeeeee.......
ReplyDelete