hujan yang lebat turun dgn tiba tiba pag tadi
buatkan mannusia jadi tak menentu, kelam kabut
di buatnya. berlari lari selautan manusia mencari
tempat berteduh, terutama penunggang motosikal,
mujur kotaraya kuala lumpur banyak tempat tempat
berteduh.
kelihatan seorang amoi meredah hujan dengan payung
di tangan kirinya,baru pulang dari membeli sarapan
agaknya, habis basah seluar hitam yang dikenakan
dengan baju merah jambunya.
di perhentian bas pula bersesak sesak golongan
pertengahan sambil melihat keadaan langit,
tak ketinggalan ada juga yang meredah sahaja hujan
yang lebat itu dengan harapan segala urusan dapat
diselesaikan hari ini juga...
"kosnpirasi di zaman ini punya seribu cabaran
yang sukar dierti" lagu plague of happiness yang
ditetapkan sebagai nada dering berbunyi.
"hello can i talk to Mr afiqrozain?" seorang
wanita dalam lingkungan 40an memulakan bicara
dalam pelat cinanya.
"yes, afiqrozain speaking"
"you suppose to come for work this morning"
sambil melihat ke arah paparan jam digital pada
telefon bimbit 10.38am...
"hahaha, sorry madam terlajak tidur la
"aiyaaa, so pukul berape you mau datang?"
"pukul 12pm boleh madam?"
"manyak susah la budak nih, make sure you datang,
jangan tak datang pulak"
"hahaha, ok2 madam, see you"
___________________________
afiqrozain melihat kembali ke paparan jam digital
pada telefon bimbitnya dan baru menunjukkan 10.45am
"apsal la hujan plak pagi nih, nak bangun pun malas
japgi ar bangun"...
jam penggera diaktifkan lalu cadar ditarik kembali.
rasa malas memang telah menular ke tubuh tegap
anak muda ini. memang terbuku niat dihatinya
hendak berhenti sahaja kerja, tapi memikirkan
tiada aktiviti yang bisa memenuhi masa senggang
di rumah maka niat itu tertangguh seketika
lagipun jika bekerja ada juga sumber pendapatan
tambahan.
"check yes juliet, are you with me"
jam penggera dimatikan dan jam menunjukkan
jam 11.15am.
afiqrozain menggagahkan diri untuk bangun
dan berjalan ke bilik air sambil tuala ditarik
dari belakang pintu.
setelah usai, uniform hitam disarungkan dan
minyak wangi dikenakan, dia turun ke bawah
terus menuju ke meja makan.
melihatkan tiada makanan tersedia, dia terus meluru ke
dapur dan menggeledah peti ais. juga tiada makanan.
kelihatan nasi goreng tersedia di dalam kuali,
afiqrozain melihat ke arah jam di ruang tamunye.
11.30am...
"awal lagi nih, malas arr makan nanti beli
roti je la kat kedai"
afiqrozain keluar rumah lalu menghidupkan
keretanya. selalunya dia memakai kasut tapi
disebabkan hujan dia memakai selipar
sahaja ke tempat kerja sambil kasut diletakkan
di dalam bungkusan plastik.
sambil ditemani celoteh dari dj radio afiqrozain
memandu dengan tenangnya ke arah tempat kerja.
sengaja dipandunye perlahan kerana dia tahu dia
akan sampai awal ke tempat kerjanya...
dalam perjalanan, afiqrozain sempat singgah ke kedai
untuk membeli roti buat alas perut.
hujan yang lebat menjatuhkan semangat afiqrozain
untuk ke tempat kerja, hari ini dia malas-malas
saja.
"cinta bawa ku pergi, bawa ku lari dari disini,
cinta bawa ku pergi jauh dari, jauh darimu"
afiqrozain turut menyanyi lagu dendangan
little daniel, sambil membayangkan jika
dia masih lena di waktu ini...
p/s: 12 jam setiap hari...perfect!!!!
pnat je mak bgun masak pagi2
ReplyDeletesedap kot nasi goreng
mane ley dpt kt mesir
hahhaha...bukan tak nak makan, takde mood pepagi mau makan...tapi time rehat aku balik, aku bantai smue gak pe...hahaha
ReplyDeletelawa doh blog ko skunk nihhh
ReplyDeletelbey mesra alam...