Images

Juara

mulanya dari bawah
mendaki lelah terasa payah
tapi tidak pernah berhenti
demi jaya dalam hati

bukan soal menang buta buta
saat piala dalam genggaman
sebaliknya ada cerita gila
pedoman hikmat jadi azimat

baginya begini;
tiada apa yang mustahil.
cuma belum punya manusia cukup berani
menakluk puncak 
berdiri tinggi


terus sabar -- bila menanti itu satu siksa




p/s: Syukur. 

Hafeez Darraji


Images

Kau Sedang Membesar

sekali ini
sudah mampu berlari
tidak perlu keringat tua
dukung cium di hadapan umum
lihat 
sudah mampu cebok najis sendiri

matang
itu definisi yang terpegang
berjalan hebat membongkak jiwa
berkawan si dunia yang serba gila

hati hati
kiranya mampu
takut sesal menunduk muka
hina nanti kan ditertawa


p/s: apakah kiranya kau telah dewasa, kau sudah tidak perlukan nasihat dari orang tua? Ingat!

Hafeez Darraji


Images

Kerna Sudah Cantik

malu 
keluar rumah pun tidak mahu

pakai yang sama sehari hari
ini tidak cantik itu terlalu biasa
ber-Tuhan-kan kalau;
punya badan bak peragawati

hati hati membalut tubuh
kain panjang berjela jela
jangan terdedah muatan lebih
nanti mana mahu letak muka

lalu
mengikat selera
mengunci azam tanpa asa
biar mati tertelan peluh sendiri
asal badan mampu menggiur lelaki

lengan pendek blaus gantung
jeans ketat melekat dipunggung
pakai tudung just ikat-ikat

kerna sudah cantik
manusia kufur nikmat

p/s: dari badan gemuk berisi hingga punya badan yang cantik hasil usaha sendiri yang gila babi boleh jadi motivasi terbaik untuk orang sekeliling. tapi kekalkan cantik tertutup yang sekarang seperti dulu dulu. Kan lagi cantik

Hafeez Darraji



Images

PilihanRaya - Ini Zaman Anak Muda


aku lihat anak muda
tidak lagi dibelakang tangga
bukan lagi hamba gajet arus perdana
kini di baris hadapan
mereka bersiap siaga

bangkit mereka kerana meronta
dicucuk dirobek tergari terlutut
dinafi segala ditutup mulut
jadi boneka mengiya sahaja

anak muda
jiwanya merah
semangatnya segar
lagaknya perkasa
mengumpul jurus memecah gempita

semboyan mereka kan bergema
dari hujung timur merentas ke barat
putaran halilintar membawa keramat
mendongak keadilan
memijak kezaliman

p/s: Selamat melaksanakan pilihan masa depan

Hafeez Darraji


Images

duapuluh haribulan empat

satu
dua
tiga
empat
lima

lima tahun dahulu
kita budak baru belajar
kutip ilmu buat modal niaga
jual sama sama manusia

hari ini
kita membesar
meniup lilin yang lima
walau tua masih berjiwa muda


20 April 2008 - 20 April 2013
kalau aku tidak mula menulis 5 tahun yang lalu, agak agak aku di mana?


Emansipasi & Hafeez Darraji


Images

Hujan

semalam
langit jadi mendung
kelam membangkit suram
diselubungi persoalan
resah apa kan tiba esok hari
menyulam takut segala isi bumi

hari ini
berat yang dikandung awanan
jadi titis titis air
menyubur segala tanaman
membasah dunia dengan jawapan

p/s: Hujan turun di Egypt hari ini. Pelik.


Hafeez Darraji




Images

Aku -- Tahu. Cuba. Mampu


aku tidak perlu kuasa
untuk berlakon hebat
aku tidak perlu kacak
untuk disukai siapa siapa

aku cuma biasa biasa
bisa lontarkan kata
dalam melodi dan irama
buat orang gembira

aku berada di depan depan
lemas dalam pelukan ritma
asal bisa kaki menari
lalu badan ikut bergoyang

aku menyanyi
aku menari
aku curi hati kamu


Hafeez Darraji


Images

Lakar Rindu

Lakar Rindu Bagai Bayu Malam

Sesekali Deras Dipukul Ombak Ke Tepian

Sesekali Perlahan Dibuai Tiupan Angin Manja

Alunan Dan Ritma Itu

Melakar Rindu Aku Kepadamu


by NR.
Edit by Hafeez Darraji


p/s: Not bad for first timer :p


Images

Perihal Satu Tubuh dan Mahunya

Setahun yang lalu satu jiwa terjatuh ke atas tanah. Jiwa yang sempurna di tempatnya akhirnya dikotori dengan debu dan pepasir yang memungkinkan ia terkena jangkitan kuman. Meronta ronta tubuh, menangis mata siang dan malam merayu patuh dan tunduk pada Tuhan "beri aku jawapan beri aku jawapan". Jiwa itu tidak patut keluar dari tempatnya, ia perlu kekal di peluk organ organ rohani yang suci. Kerna jiwa yang pergi, hati jadi lopong tiada kawan berkongsi beban dan berkatalah ia "aku berserah pada Tuhan, aku cuma mahu lihat satu tahun akan datang"

Setahun itu sudah tiba, telinga masih lagi mendengar jelas seperti baru semalam ia terngiang ngiang disapa. Jawapan sudah tiba, gambaran sudah depan mata. Dalam perjalanan menempuh setahun itu banyak risau dan duka yang mengiringi. Hantu hantu kalah menghasut "berputus asa sahaja, kau tidak mampu". Acapkali terjatuh, merakam luka dan parut pada pemain kulit kulit mulus. Sesekali pemain itu dimainkan, menyegar kesakitan parut pedih nan bisa. Tubuh bergoncang hampir melempar organ organ jasmani terpisah dari tempatnya mengikut jiwa lari, sayangnya bercantum pada satu tubuh berkongsi kelemahan bersama tapi ego satu satunya meletuskan perang dunia. Lalu membentak masing masing kesekaliannya "pergi kamu dari sini, ikut jiwa pergi  . Sudah tidak layak lagi organ organ busuk seperti kalian ini kekal pada tubuh tuan kami yang mulia ini". Yang kalah berlalu pergi, tinggal yang terang benderang mukanya penuh cahaya Tuhan tanpa punya satu titik buta yang bisa meranap runtuh tubuh ini lagi.

Untuk berubah dari satu kejahatan kepada kebaikan Allah sediakan satu ujian. Untuk melihat kita mampu bertahan dalam perubahan itu Allah sediakan lagi satu ujian. Untuk orang orang baik/bila sudah jadi baik Allah sediakan satu lagi ujian. 

"Dan apakah kamu mengata kamu sudah beriman, sedangkan kamu tidak diuji seperti umat terdahulu diuji?"

Untuk mendapat kenikmatan dan keindahan dalam hidup fasa dunia, wajib kita melalui ujian dan kesusahan sebelum boleh bersorak gembira dan berpesta dengan kejayaan itu. Sekurang kurangnya hasil yang kita perolehi kita dapat hargai dan berkongsi dengan manusia lain.

Untuk setahun yang sudah tiba, aku panjatkan syukur pada Tuhan yang Maha Esa kerana telunjukNya memberi aku sabar dalam setiap perjalanan dan kekuatan menempuh perancanganNya.  SEtahun yang sudah tiba aku suka, puas dan bersyukur sedalam dalamnya. Mutiara syukur itu aku suka cambahkan bila bila masa aku ukir ketawa dan senyum yang diberi Tuhan.

p/s: Tuhan, jangan biar yang lama datang menjenguk kembali membantutkan yang baharu.

Hafeez Darraji



Images

Skipping Rope


"Saat kilang kilang peluh sibuk merembeskan sisa sisa kumuhan dua koperal mata yang bertugas memerhatikan dari jauh gelagat 2 orang manusia. Dua orang lelaki dewasa yang mahu bermain skipping rope tetapi sayangnya tidak tahu bagaimana caranya. Setelah menerima laporan dari korperal, syarikat saraf express menghantarnya terus ke headquaters otak. Syarikat gah yang sudah sinonim dengan ciri bangunan yang paling unik dalam dunia, mempunyai struktur bangunan yang bertingkat tingkat dan terbahagi kepada bangunan hemisfera kanan dan bangunan hemisfera kiri. Satu satunya syarikat yang mengawal seluruh operasinya dari hujung utara."

Skipping satu permainan paling mudah dan seronok. Ia  sangat bagus untuk cardio dan untuk calf muscle. Aku paling pelik bila ada manusia yang tak reti berskipping. Lagi aku pelik kalau ada manusia yang tak reti skipping dan tidak mahu belajar skipping. Salute aku untuk pioneer atau mungkin pengasas tali skipping nih. Dia bukan senaman semata mata tapi kalau dilihat dengan teliti ada art disebaliknya. Seseorang tak berskipping hanya melompat dari awal dia belajar sampai bila bila dia tetap hanya melompat. Tanpa art dalam berskipping ia hanya jadi satu  senaman atau permainan yang biasa seterusnya tidak dapat menarik minat orang orang baru dalam dunia skipping. 

Lihat bagaimana otak syncronize antara tangan yang memusingkan tali dan kaki yang menunggu masa melompat. lancar... 
Kemudian diselang seli pusingan silang, pusingan 2,3 kali pada satu lompatan.  
Lihat bagaimana seni kaki itu menari, bertingkah sedikit  demi sedikit sebelum menunggu giliran melompat.

Dah skipping belum hari ini?


Hafeez Darraji


Images

Ini Kisah Seorang Penulis

Aku kalau mahu menulis puisi/cerita/motivasi selalu sahaja ditemani 3 benda. Lagu laguan yang kena dengan tema, sebatang rokok dan secawan kopi atau teh panas. Tanpa salah satu otak aku boleh buntu atau mungkin penulisan aku tergantung di separuh jalan.

Berselang seli satu rangkap bau rokok menyudahkan rangkap seterusnya.
Berselang seli satu rangkap hirupan teh atau kopi menukar idea hodoh kepada baikk bohh!
berselang seli satu rangkap ritma lagu di padan padan dengan setiap rasa dan kata.

ini cerita aku, kamu mungkin tak setuju. (minum teh jap) ahhhhhhhh...
tapi hasilan karya ada inspirasi dan peneman peneman yang khusus bagi menerbitkan drama drama dalam penulisan itu sendiri.

Akhir sekali bila karya sudah siap, baki baki teh, rokok dan lagu boleh jadi peneman lagi sewaktu mahu meneliti dan menyemak karya yang berkualiti.

Amboi !


Hafeez Darraji


Images

NR

tutup mata
tenangkan seketika
leburkan pejal pejal kerisauan
bernafas secara norma
mengikut ritma nadi

malam ini
hilangkan cair cair serabut
biar mengalir kosong
berganti udara syurga

tutup mata
mimpikan kita berdua
berlagu di langit biru
ketawa di belakang pintu

p/s: Hey, Hey, Hey !

Hafeez Darraji


Images

SatuApril

sunyi mengulit tenang
dalam lautan segalanya hitam
terbentang tanpa ombak
luas seluas mata memandang

renang terus menggagah arus
dalam sibuk bintang dan bulan
menjadi sinar gemerlapan
menerangi pekat malam

wadah sang pungguk tersusun
mengalun indah lagu rindu
cuba mencuri ikhlas
hati cerah sang gerhana


p/s: Bagi aku list perempuan/lelaki idaman tuh buat kau jatuh dalam ruang perfection. When u are hoping for something perfect then u cant accept the weakness


Hafeez Darraji