Images

Eid Adha


"5 tahun; korban tapi masih hidup" - AMR 2012


malam ini indah
pada latar cerita terdahulu
aku mencatur bait lagu
mengutip kata atmosfera dalam puisi
penangan neon warna putih
menghayati pengorbanan masa

malam ini malam raya 



p/s: Salam Eid Adha 1433. Kol sana wa entm 7ybeen

Hafeez Darraji



Images

Satu Fikir

ada orang yang gayat 
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut tinggi
tapi...
dia takut jatuh

ada orang yang takut laju
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut kelajuan
tapi...
dia takut accident

ada orang yang takut berenang
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut air
tapi... 
dia takut lemas

ada orang takut bercinta
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut manusia 
tapi...
dia takut kesakitan lama datang lagi

it is how we interprate each problems/obstacle that might come in our way. kannnnnn? jadi mat salleh kejap.

setiap halangan yang akan kita lalui itu bagaimana kita pandang ia, kita mungkin pandang masalah itu sebagai satu sebab perhentian kita, kelemahan yang tak mampu lagi kita atasi. tapi orang lain pandang masalah kita sebagai satu cabaran untuk mencabar kelemahan diri sendiri. Keluar dari ketakutan yang sudah menjadi keselesaan diri, minda kita dan memulakan hidup baru dari satu titik permulaan yang keliru.

something to ponder upon: cuba kalau kita buang tapi... dan ayat yang seterusnya. Lihat bagaimana nanti ia mengubah ketakutan anda kepada satu keberanian. 
Sesungguhnya kenikmatan itu bukan datang dengan sendirinya :)

bukankah bricks wall are there to prove how badly we want something ?


p/s: the best way out is to walk through it



Hafeez Darraji






Images

Usik

hendak berkata kata
sudah buat aku ragu
semacam kau dirikan tugu tugu
teguh melindungi tubuh
mungkin prinsip hidupmu
atau kau
sedang menanti seseorang
yang jauh kau masih rindu

adakah punya peluang untuk kau mendarat di hati aku?


p/s: Tuhan juga buat aku berani memimpikan hal yang besar dan aku akan mencuba keras untuk berjuang pada mimpi tersebut. Ya! siapa lagi kalau bukan kamu...


Hafeez Darraji




Images

Kelebihan

lipis lipis lidah menggubah bait
mengunyah hadam sampai ke halkum
mengepung jerit sampai ke telinga
menyilau pandangan empat mata
nanti jangan sampai tergigit


kalau Tuhan anugerahkan aku kelebihan, aku tidak mahu terbang. sedang berjalan pun aku pernah malas. aku mahu kelebihan untuk memahami manusia. atas alasan kenapa dan mengapa dan tapian yang memenjara. sudah nama pun kelebihan pasti ada kebaikan yang boleh aku dan kita semua perolehi nanti.


p/s: bukan salah kau tak paham. hahahaha....


Hafeez Darraji



Images

Selamat Pulang Siang !



bunyi angin ketenangan
memerangkap gegendang telinga
membuka mata 
menunggu kau pulang

hari ini semacam tenang
tiada bunyi dera dera kilat
memukul awan, memuntah titis titis air
langit lapang menerima tusukan
cahaya matahari keindahan





dengar kata ibumu
ada waktu yang perlu kau faham
bila masa kau perlu pulang

bukan menghalau kau pergi
apatah lagi bertukar ganti
tapi kau harus pulang
kerana esok 
kita hendak bertemu lagi

Selamat Pulang Siang !


p/s: Apapun yang kita buat, paling kuat mesti datang dari hati


Hafeez Darraji


Images

Buruk

bagaimana huruf huruf itu ditakdirkan bertemu?
membentuk satu perkataan, satu frasa yang indah
paling tidak ada unsur humor yang buat manusia ketawa
selebihnya buat manusia suka dengan segalanya


sebab penulisan aku buruk...


p/s: inferior membaca blog manusia hebat di luar sana. informative. addictive.
 kalaulah aku pemilik setiap kata kata itu... Itu selfish pula!


Hafeez Darraji



Images

Doa yang kita minta & Kelahiran


"doa yang kita minta"

rupa rupanya banyak yang buruk
berbau bangkai dan terikat resah
duri panjang menjalar
diselaput api menyala merah
bunyi bunyi dosa gempak gempita

jalanlah, keluarlah
biar 1000 tahun tetaplah
perlahan lahan biar merangkak
asal tidak kali ke dua

xxx


"kelahiran"

raksa raksa tulang
naik lagi seinci
langkahan tirus
bertambah lagi sekaki
kematian sudah mendepa
tunggu masa mendakap erat



Selamat Hari Jadi kepada aku. Syukur! Kelahiran atas kelahiran.

Cinta Allah yang satu. Cinta mak ayah membawa ke syurga. Cinta manusia sekeliling menyemai kasih. Syukur. Terima kasih atas perkongsiaan rasa cinta. Nikmat mana yang mahu didustakan. Semoga kelahiran akan datang lebih baik #13October2012


p/s: Selamat Hari Jadi kepada insan bertuah Akid dan Aqil. Moga dalam naungan Allah selalu, beroleh kejayaan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aminnnnn...


Hafeez Darraji






Images

Tanpa Tajuk

post kali nih aku nak lari dari kebiasaan aku, kebiasaan menulis dengan bahasa bahasa indah lagi puitis. kali ini aku nak bercerita tentang hari yang telah aku lalui. eh, bukan ke blog dicipta untuk kita sampaikan kisah kisah peribadi kita sehingga warna seluar dalam sekalipun?! (baca: bagi sesetengah orang). 
so, izinkan aku bercerita...

hari ini hari yang baik, berjalan dengan seorang sahabat Amin namanya. Seorang sahabat yang baik, masih solo, anak yang soleh, abang yang mengambil berat, kacak. setiap kali pagi ke kelas dia pasti menunggu aku, untuk sama sama kami berjalan menuju ke kuliah. walaupun aku selalu lambat dan buat dia tertunggu tunggu, dia sabar menanti. Ibarat jarum jam yang panjang dia masih menunggu aku di situ walau aku si jarum pendek terhegeh hegeh mengejar.

haaaa... itu dah macam cerpen #homoseksual. jadi izinkan aku menceritakan cerita yang sebenar....

hari ini hari yang baik *ini serius.

sejak kebelakangan ini, hobi masa dulu dulu, muda muda dulu yakni membaca bagai mati hidup kembali. Kalau tidak kerana mengulangkaji kitab kitab perubatan, mudah sekali aku habiskan satu buku setebal 200 muka surat cuma dalam masa dua hari. dari novel bergenre cinta, motivasi, agama kepada buku kanak kanak "perlumbaan sang kura kura dan sang arnab" tak pernah aku sombong untuk menghabiskannya. Ya, aku masih keliru sama ada "membaca" perlu di berikan peluang semula untuk mendiami carta hobi aku yang terkini. 

dan melalui pembacaan, aku banyak mengetahui, mempelajari, mendapati. dan rupa-rupanya semua pembacaan itu hanyalah bacaan 'kosong' atau bacaan 'tahu' tanpa kita mempraktikkan unsur unsur kehebatan yang terkandung dalam buku itu. yelah, buku bestseller tapi adakah kita sekadar berbangga "aku pernah baca buku bestseller tuh" tanpa kita fahami yang "bestseller" itu bukan sekadar dorongan untuk orang ramai membaca tetapi kerana ada harta didalamnya yang tidak boleh didapati walau kita gali sampai ke lapisan teras dalam sekalipun.

setiap perkataan yang kita baca bukan milik mata dan akal sahaja tetapi ia juga milik setiap anggota badan yang lain yang mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan setiap patah perkataan. dari situ, masa yang kita gunakan untuk membaca dapat dimanfaatkan walau buku itu hanya dibaca sekali lalu atau sekali seumur hidup. 

dan aku masih mencuba cuba untuk mempelajari dan mengingati setiap perkataan walau jumlahnya hampir 10,000 dan mungkin 1,000,000 huruf dalam setiap buku dan walaupun ada cubaan cubaan makhluk gelap yang cuba mengagalkannya. 


"Knowledge can be called wisdom, when we start using it and benefiting from it. It takes action to transform knowledge into wisdom"
Ernie J. Zelinski -


p/s: bukan senang senang aku nak letak nama manusia lain selain keluarga aku dalam blog nih. Gila untung kau Amin.


maaf, cubaan (penulisan) untuk lari dari kebiasaan gagal.

aku,
Bed The Mattress











Images

Rindu

Rindu
rupanya ruang rindu tidak bersempadan

kau rindu Khaliqmu
aku rindu Muqitku

rindu kita berhubung pada kerinduan itu
berpeluang mencelah

bertemu...
di ruang tanpa sempadan



p/s: sebatang rokok buat pemisah masa


Hafeez Darraji



Images

Bayangan

tanpa sedar kita hidup dalam bayangan orang lain. bayangan kedua ibu bapa kita atau mungkin bayangan orang yang sangat dekat dengan kita. perangai, kelakuan, cara berpakaian, cara pemikiran dan sebagainya. yang menjadi asas kepada corak hidup kita dalam memakmurkan hari hari sakral. Tanpa kita sedar, kita masih terpaut pada bayangan itu, meniti hari hari dengan bayangan itu.

Lalu kita bangga kita hidup di atas kaki sendiri, sombong dan berlagak atas keupayaan sendiri. tanpa wujud hati yang mensyukuri dan penghargaan berterima kasih. Apa yang dibanggakan dengan bayang bayang sendiri? sedangkan ia juga pergi meninggalkan kita. 

dan satu hari bayangan yang kamu warisi itu akan berpindah alir kepada generasi seterusnya. Mereka bukan hidup dengan bayang bayang sendiri. Pasti!


p/s: bagaimana kita meminjam bayangan manusia lain, maka coraklah ia dengan sebaiknya. Kita hanya meminjam.


Hafeez Darraji