Images

Boleh ke aku jadi Medical Student???


Seringkali pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menghadapi keputusan yang sukar dalam memilih bidang pengajian untuk melanjutkan pelajaran samada di Universiti awam/swasta dalam ataupun luar negara. Oleh dengan sebab itu, pergantungan terhadap ibu bapa sejak kecil menyebabkan anak-anak ini akur dan tunduk dengan keputusan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka menjadi seorang Doktor yang berjaya.

Harus di teliti bahawa menjadi seorang medical student bukannya mudah. Di awal tahun pertama lagi Medical Student sudah diberatkan dengan Anatomy of Upper Limb & Lower Limb yang memerlukan seseorang pelajar bukan sahaja mengetahui nama tetapi perlu tahu Muscle Attachment, nerves, tendon, ligament, canal dan sebagainya. Di tahun ke 2 pula human skull menjadi topik penting dalam penguasaan para medical student. Bukan setakat itu sahaja, pelajar-pelajar perlu juga menghafal nama nama ubat dalam subjek Pharmacology, nama-nama Virus dan bacteria dalam Microbiology, normal and abnormal dalam Pathology, nama-nama parasit dalam parasitology, mengetahui histological picture dalam Histology, hukum kimia dalam Biochemistry. Normal function of cell dalam Physiology dan tambahan-tambahan lain seperti ethics dan medical community. Tambahan lagi di waktu kritikal sewaktu dalam clinical training. Sangat-sangat banyak perkara dan medical terms yang perlu di hadam oleh medical student itu sendiri.

Kebanyakan Medical Student menghadapi tekanan sewaktu pembelajaran mereka dan apabila sudah masuk tahun 2 atau tahun 3 mereka mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dan menukar kursus dalam bidang lain. bukankah sudah rugi masa di situ?

Mereka yang ingin memilih bidang perubatan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran harus meneliti sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Bukan sahaja sewaktu belajar malahan juga sewaktu housemanship dan apabila menjadi seorang Doktor, tekanannya semakin meningkat. Jadi tidak dinafikan yang kebanyakan doktor mengalamai kemurungan dan masalah mental ketika berkhidmat.

Adalah dinasihatkan untuk memilih bidang Pharmacy sebagai bidang melanjutkan pelajaran. Di samping tempoh pembelajaran yang lebih pendek iaitu 4 tahun (berbanding medic; 5-6 tahun), gaji pharmacist kadang kala boleh melebihi gaji seorang doktor. Menjadi seorang pharmacist bermaksud mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga dan juga diri sendiri. Tempoh bekerja di dalam 'office hours' selain berhadapan dengan ubat-ubatan tidak memberikan tekanan yang tinggi seperti seorang doktor.

Sekiranya sudah sebati dengan diri anda untuk berkhidmat dengan masyarakat, sedia untuk mengorbankan masa kepada orang lain lebih dari diri sendiri maka anda dialu-alukan untuk mengambil perubatan sebagai pilihan utama. Time management memainkan peranan yang penting sebagai seorang medical student. Cuba untuk membahagikan masa antara pelajaran dan juga aktiviti di luar bagi mengelak sebarang tekanan ke atas diri sendiri. Seorang medical student tidak semestinya "skema" dalam setiap perbuatannya seperti membawa buku ke hulu ke hilir atau belajar di perpustakaan 12 jam sehari. tetapi 'study smart' lebih ditekankan untuk mengecapi kejayaan sebgai medical student.

Akhir kata selamat berjaya dalam memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran. Semoga anda yakin dan tidak akan menyesal dalam pemilihan anda.