Showing posts with label motivasi. Show all posts
Images

Mr Right & Mrs Right

'persamaan itu disyukuri, perbezaan itu diraikan'

Seringkali dalam satu satu perhubungan pastinya manusia mencari Mr. Right & Mrs Right. Itu tidak dinafikan, menandakan bahawa yang benar benar hadir sebagai pasangan itu dapat membahagiakan. Tidak ada tanda atau cop serta tag nama yang menandakan pasangan itu milik kita melainkan itu dalam pengetahuan Tuhan. Kita hanyalah berusaha mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan mencari Mr Right & Mrs Right kita terlalu bergantung pada ciri ciri kesamaan yang ada pada pasangan, manakala perbezaan buat kita curiga dan risau akan nasib yang akan terjadi dalam perhubungan di masa hadapan. 

"Apa lagi persamaan antara kita berdua?"

"ermm...membaca?"

"lagi...?"

"errrr"

"saya rasa kita tidak ada banyak persamaan"

Bila wanita/lelaki mendapati pasangan mereka tidak mempunyai / tidak banyak persamaan, maka mereka merasakan itu bukanlah Mr Right or Mrs Right mereka. Apabila ini yang ditekankan maka bagaimana sesuatu hubungan mahu berjaya? Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang bahawa antara setiap pasangan itu ada satu persamaan iaitu perasaan cinta/sayang terhadap satu sama lain. Ini adalah persamaan yang PALING KUKUH sehingga tidak perlu lagi mencari persamaan lain lalu menutup segala perbezaan yang ada. 

"Apa perasaan awak terhadap saya?"

"Saya cintakan awak! Apa perasaan awak terhadap saya pula?"

"Saya juga cintakan awak!"

Impian untuk bersama, mempunyai anak anak, rumah, kereta dan segala perancangan bersama bukankah itu persamaan yang paling hebat?

Ingatlah bahawa mana mana manusia pun tak akan pernah sama (identical) atau tak akan dapat menjadi seperti yang kita mahukan. Manusia mempunyai cap jari yang berbeza setiap satunya, begitu juga dengan personaliti masing masing. 

"Don’t expect her to be like you. She’s not like you and she never will be like you. She is a unique individual, with her own personalities."
-Aiman Azlan


Hafeez Darraji


Images

Supportive

I have my own definition of being supportive. Being supportive is not all about being there, make a cheer, give advice. 'Action speaks louder than words' that's the sum of being supportive. 

Sebagai contoh, kawan/suami kau nak berhenti merokok. Bukan sahaja kata semangat 'u can do it' je but our being supportive mestilah sama level dengan kesusahan dia nak berhenti merokok. So why not you being supportive by belikan dia nicotine chewing gum or electronic cigar or the new trends sekarang vapor. Buy for them and let them continue their effort from there. At least kita dah senangkan proses dia untuk berhenti merokok. Bukan setakat komplen, 

"my family takde sorang pun merokok so i tak suka orang merokok. I nak you berhenti sekarang!" 

or 

standard lah kalau nak berhenti merokok kekadang tewas sebatang dua nak isap jugak, and frankly speaking your complaint doesn't help at all 

"kata nak berhenti merokok tapi still isap lagi da da da di da di we love to party bla bla bla"

As for the opposite gender, when you nampak your wife dah berisi and you don't like that changes, apa kata one day you balik dari rumah and you surprise her with this new limited edition nike shoe with her name on it (okay, kasut nike yang biasa pun dah nice what) and say

"sayang, abang ada beli kasut untuk sayang, weekend we go for jogging at klcc nak?"

Instead of complain complain and complain why not you be supportive like you really mean it. Help them, ease them into every step they'll take. Sambil menyelam minum air and in return you get her/his appreciation in a wonderful way.

Ini duk komplen orang nih merokok lah busuklah, kalau kenal approach them practice small kindness and help them. huh?


Hafeez Darraji


Images

Cinta Kesian

Kebelakangan ini ada dua tiga orang datang dan menyapa aku meminta pendapat tentang tajuk cinta ini. Aku mengaku, aku bukanlah hebat sangat dalam bab nih. tapi dari pengalaman, sedikit sebanyak aku boleh tolong dan aku lebih suka untuk share pengalaman instead of mengajar bagaimana... 

Banyak banyak persoalan, paling menarik minat aku tentang bab cinta kesian. 
Mencintai seseorang sebab kesian, samada usaha dia terlalu banyak nak memikat maka kita pun kasihan dan terima cinta dia. atau kita tak sanggup memalukan, melukakan, menghampakan atau katakan tidak pada seseorang maka kita terima cinta dia. 
Aku sendiri pernah mengalami situasi ini, menerima cinta atas rasa kasihan dan aku mengaku yang ianya tidak berjalan dengan lancar.



Satu dan Paling Utama - Jangan membelakangkan cita cita atau impian yang telah lama kita impikan.

Situasi 1: Faiz cuba mengorat seorang gadis, tapi gadis itu menolak cintanya. Faiz tekad untuk fokus kepada hidup dan cita citanya. Ada beberapa goal yang Faiz mahu capai dalam tempoh tempoh tertentu. Beberapa bulan kemudian, gadis itu menegur Faiz menyatakan kesudian untuk menerima cinta Faiz. Faiz berasa kasihan dan tidak mahu melukakan gadis itu lalu menerima cinta tersebut. BAMM!!!

Situasi 2 : Bob dan Lina sepasang pasangan kekasih yang sudah berpisah. Lina merayu rayu kepada Bob supaya tidak memutuskan hubungan itu. Hari demi hari, Lina masih merayu dan tidak berhenti menangis. Atas rasa kasihan Bob menerima cinta Lina kembali. BAMM!!!

Dalam hidup, selain keluarga cita cita antara modal yang paling penting. Bagaimana kita mahu mengarahkan hidup sekarang supaya senang di masa hadapan. Lebih lebih lagi di usia muda.



Dua - Jujur dengan perasaan sendiri

Kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Something yang mudah tapi sangat sukar dilakukan. Lebih lebih lagi orang melayu kita yang hidup dalam kiasan dan norma sopan santun. Berlaku tegas pada diri sendiri selalunya akan menyelamatkan masa depan kita. Belajar katakan tidak dengan cara paling baik. Terangkan sebab kenapa kita tidak mahu menerima cinta itu. Mungkin berkawan dahulu cara yang terbaik, sebab lambat laun cinta itu boleh dipupuk. Worst case scenario mungkin korang tak akan berjumpa atau bercakap sesama sendiri selama lamanya. but hey, itu lumrah hidup yang kita kena hadapi, bukan kau sahaja malah semua orang.

Pernah dengar jodoh di tangan Tuhan? salah satu dari 3 perkara yang telah Dia tetapkan untuk kita sejak dari azali lagi. Jadi mengapa risau dan gelisah sampai depress berhari hari? kau takut sendiri? 
Tuhan selalu ada di sisi.

Samada kita mendapat seseorang yang dapat membawa kita menuju dan mencapai impian dan cita cita kita tetapi banyak kekurangan (tidak kacak/cantik, kurang romantik, etc..) pada diri individu tersebut
atau
Seseorang yang punya banyak kelebihan tetapi sukar untuk kita mencapai cita cita dan impian masa hadapan. 

More or less it depends what we want in life. So, choose and live it. 



p/s: Antara Cinta Tuhan tiada warranty tapi punya guarantee dan Cinta manusia yang ada warranty tapi tiada guarantee. Kalian pilih yang mana?


suburkan cinta,
Hafeez Darraji


Images

Duka


Pasti kau tertanya tanya kenapa duka kau tak pernah berakhir. Bukan? sedang berbaring hendak tidur dan juga bangun pagi kau jatuh dalam kedukaan yang sama. Setiap kali masa lapang, masih jatuh dalam kedukaan yang sama. Tidak ada peluang untuk lari dan berlari. Walaupun kau cuba buang perasaan itu jauh jauh, berdoa itu ini, merayu dan mengadu acapkali, kau masih dan terus jatuh dalam kedukaan yang sama.

Kau mengeluh bertanya bila semua ini akan berakhir dan menyakinkan diri yang semua itu akan berakhir satu hari nanti lalu meneruskan hidup seperti biasa dengan ketawa dan senyum yang kau reka sendiri. Kekadang kau merasa sesal dengan kedukaan itu dan berharap semua itu tidak pernah berlaku sejak dari awalnya dan tetap menyakinkan diri dengan pujangga pujangga asing dan kitab kitab suci wahyu Nabi. Tapi selepas itu kau tetap jatuh, jatuh dan jatuh dalam kedukaan yang sama.

Apa yang kau perlu/mampu lakukan adalah berdiri, berjalan, dan berlari mengikut kesesesuaian masa. Bergaul, bersosial lebih sedikit dari biasa. Makan dan minum secukupnya. Beribadat sepuas puasnya dan menikmati hidup dalam gerakan takdir yang sempurna dengan redha yang memenuhi setiap aliran darah.

Untuk melihat pelangi yang indah itu kau perlu menikmati hujan lebat dengan guruh dan kilat yang menjadi takut manusia.
Untuk melintas jalanan kau perlu berani menghadapi gertakan kenderaan berbahaya
Untuk mendapatkan pedang yang tajam kau perlu merasa bahang dan lecuran api membara
Untuk memiliki mutiara selamlah ke dasar lautan yang bergelora
Untuk mendapatkan syurga kau perlu diuji dan merasai ujian seperti mana umat terdahulu pernah melaluinya

Akhir sekali, aku doakan moga gembira dan bahagia menjadi asset dalam dakapan pada suatu masa.


p/s: Wahai manusia yang berduka, moga semuanya baik baik sahaja :)


Hafeez Darraji


Images

Fight

Most people don't experience the life of their dreams simply because they quit way too easily. Not giving up on your dreams also means to be smart however. You can try all you want but if you're taking the wrong set of actions, you're not going to get very far.

Life is going find way to test you. At times, you may feel that life is unfair. The urge to quit during these times are the highest but don't give in. Whatever your dream is, if it's important to you, then fight for it. Just remember that there is more than one way to achieve your dreams. If one way doesn't work, just change your strategy. Never giving up doesn't mean you keep doing the wrong things over and over, it means to be smart and figure out the correct actions to take and then taking them until you achieve your dreams.



p/s: We are still young, and young people don't have any real problems


adios,
Hafeez Darraji



Images

Reversible

Hidup atas dunia yang sangat mencabar ini, buatlah apa sahaja samada yang baik atau buruk ianya tetap betul. apa keperluan dan kehendak yang hendak dicapai? Target dan goal yang telahpun disasarkan sejak bertahun dulu mahu dipadam begitu sahaja? 

Sudah tentu keperluan dan kehendak antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Lelaki lebih kepada diri sendiri dan sumbangan mereka kepada masyarakat sekeliling. Kepuasan dicapai dengan kejayaan atas segala usaha mereka terhadap perkara perkara itu. Manakala perempuan lebih kepada bergantung, memerlukan tempat mencurah dan menerima kasih sayang dari jantina yang sama atau yang berlawanan dengannya. Menerima balasan hasil pemberian kasih sayang itu sudah cukup untuk beri kepuasan atau kegembiraan kepada mereka.

Lelaki bila dah obses, sesiapa atau apa apa tak akan mudah untuk menghentikan mereka. Duduk dalam gua berjam jam, proposal kena reject then masuk balik dalam gua, orang kata anti social pun lantaklah. Asalkan mereka tahu dan suka apa yang mereka buat, so it is worth of time to spend on. On a research, about 50% of successful men, they don't have any girlfriend/partner till age of 35. 

Tapi aku tak hairan kalau ada perempuan yang lebih obses kepada goal mereka. Mereka letak tepi sifat natural/fitrah seorang perempuan seperti aku sebut di atas dan They stay on "priority is priority, never make it secondary".  Mungkin ada sebab tersendiri untuk mereka obses, dan bukan subjek obses mereka yang aku kagum tapi determination untuk perkara yang mereka obses itu. Itu buat aku kagum, dan mereka layak menerima respek daripada aku lebih dari orang lain.Tapi kalau dah ada keluarga tapi still obses tak ingat, itu major turn down !


p/s: it is gonna be easy when you don't have to choose.


Hafeez Darraji



Images

Rules 3 Bulan

Rules 3 bulan telahpun sebati dalam hidup aku sejak sekolah menengah lagi. habis tingkatan 3, berbekalkan keputusan PMR cemerlang aku ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).  Terus terang aku bukan jenis manusia yang mudah adapt dengan situasi baru. Jadi bangun seawal 500pagi, nak mandi dan makan kena beratur, habis sekolah ada prep sampai ke malam bukanlah rutin yang aku suka. 

Dan pernah aku berputus asa untuk berhenti dan keluar dari SBP, lepas sedikit terapi bersama mak ayah aku nekad untuk bagi masa 3 bulan kat diri sendiri. Kalau  lepas 3 bulan aku masih tak suka duduk SBP, aku nak keluar! tapi 3 bulan kemudian aku semakin selesa, jadi aku berjaya tamatkan persekolahan sampai ke tingkatan 5 di SBP. 

Begitu juga kalau aku rasa down dengan workout aku. Workout macam orang gila, sampai nak tercabut tangan tapi badan takde sikit pun bayang nak besar macam The Rock. Then aku apply balik rules 3 bulan kepada diri sendiri. In Progress...

After aku putus dengan seseorang which is perempuan lah of course, aku bagi 3 bulan tempoh aman / calm down before kenal or jatuh hati dengan perempuan lain. Tempoh aman / calm down nih bagi masa kat aku untuk berfikir sebaik baiknya dan secara tak langsung respect perasaan perempuan tuh. 

Nak main permainan 3 bulan ini tertakluk kepada terma dan peraturan seperti berikut:
a) 3 bulan. NOT LESS, NOT MORE
b) Kalau dalam 3 bulan tuh masih belum ada apa apa perubahan maknanya aku masih belum usaha secukupnya.
c)  Dalam sesetengah perkara yang penting, even sebelum tempoh 3 bulan itu tamat dan ada something good happens, aku masih belum boleh terus stick kepada good things itu. Makesure habis 3 bulan ( see (a) ), baru decide. Aku tak pernah rasa rugi sebab aku tahu kalau aku hilang good things tuh sekalipun, Tuhan akan replace that good things dengan sesuatu yang lebih baik.
d) Rules 3 bulan ini applied for all situation and condition.



p/s: if you don't like the rules than break it, make your own rules !



Hafeez Darraji




Images

Greatness

aku ada satu diari (bukan diari sangat pun lebih kepada organizer, sebab diari untuk perempuan je :D) yang aku percaya salah satu benda penting yang wajib ada untuk diri aku. itu dulu. tapi kepercayaan aku itu terbantut sampai ke matrikulasi sahaja, keluar matrikulasi aku percaya smartphone lebih compatible dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Jadi, aku berhenti membawa organizer ke mana mana dan angkat satu smartphone yang pasti akan aku bawa ia ke mana mana.

cukup cerita smartphone, kita fokus pada cerita diari/organizer tadi. dalam diari/organizer tuh banyak menceritakan tarikh tarikh penting dalam hidup aku dari tingkatan 3 sampai habis matrikulasi. dari alam cintan cintun tali kecapi cinta terbang patah hati kemudian kisah ligament lutut kanan aku putus terus ke cerita aku wakil itu dan ini di sekolah, aku pergi conference sana sini di matrikulasi dan achievement sepanjang zaman, target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang dan banyak lagi. 

tak perlu aku nak cerita details apa yang berlaku kan, yang aku nak tekankan beberapa target yang hendak aku capai 10 tahun akan datang tuh. Target tuh aku tulis sejurus sahaja keluar matrikulasi, sementara menunggu tawaran menyambung pelajaran. ada target yang BESAR telah aku tulis. dan sejak dari tarikh itu, hari ini sudah 5 tahun tempoh itu berjalan dan tinggal 5 tahun lagi. 

Untuk sekarang ini aku sangat berpuas hati kerana hampir 50% target yang aku sasarkan telahpun tercapai. more or less nak mencapai target/kemahuan itu bukan semudah yang disangka. Hanya aku sahaja yang tahu berapa banyak celaka dah aku temu, berapa banyak mulut laser dah menembak ke muka, berapa banyak lif yang aku ambil kebanyakannya stuck kat tingkat entah berapa dan ada satu satu masa kau rasa kau tidak layak untuk perkara yang kau impikan dan semakin kau cuba berdiri ada satu daya yang menolak kau duduk semula. Itu Hidup.

50% lagi target aku rasa tak realistik untuk dicapai dalam masa 5 tahun akan datang. sebab itu semua realistik untuk dicapai masa aku dah kerja sekurang kurangnya berpuluh tahun nanti. Kata pun target, selalu main tulis je tak pakai otak. Samada kau boleh cabar diri atau tidak. Itu sahaja.



lapuk


p/s: You want to be great? Then have a courage to fail big and stick around. Make them wonder why are you still smiling. 



Hafeez Darraji



Images

Lesson to be taught

When I was in secondary school I always thought that, a person who can twirl/spin pen on his fingers is so cool. I decided to give it a try, so i could be cool like them. But you know, how many times I tried yet I still fail to do it. I started to think, maybe only certain people with specific type of fingers will be able to do it. So I stop trying and accept the fact that I'm not cool at all.

One year after that, during my night prep session. While I'm concentrating on my reading, suddenly I grab a pen and try once again. Surprisingly I manage to spin it well. Since that when ever I'm holding a pen and try to spin it I will remember those failure that I've made before.

In life, when i'm having trouble/problems in doing something or stuck at dead end i will always remember this "how to spin pen on your finger" story. Which at first i already knew that i will not be able to make it. I keep on trying until I manage to get it done. and it can always be done!


There is nothing impossible in this world. If others can do it, why can't we?



Hafeez Darraji



Images

from spert to sweat


"The cowards never started. The weak died on the way. Only the strong arrived. They were the pioneers." - Schmidt


"If we don't go all out, why we go at all?" - Anon




More than 7 checkpoints and 18 hours journey on the road, 11 hikers, 2,285-metre
(7,497 ft) high, rocky and steep path, less than 2 hours. 

Mission Accomplished !

of
29 Oct - 31 Oct 2012, Mount Sinai Expedition , Crossfit Oomph




Hafeez Darraji




Images

Satu Fikir

ada orang yang gayat 
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut tinggi
tapi...
dia takut jatuh

ada orang yang takut laju
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut kelajuan
tapi...
dia takut accident

ada orang yang takut berenang
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut air
tapi... 
dia takut lemas

ada orang takut bercinta
sebenarnya... 
bukan sebab dia takut manusia 
tapi...
dia takut kesakitan lama datang lagi

it is how we interprate each problems/obstacle that might come in our way. kannnnnn? jadi mat salleh kejap.

setiap halangan yang akan kita lalui itu bagaimana kita pandang ia, kita mungkin pandang masalah itu sebagai satu sebab perhentian kita, kelemahan yang tak mampu lagi kita atasi. tapi orang lain pandang masalah kita sebagai satu cabaran untuk mencabar kelemahan diri sendiri. Keluar dari ketakutan yang sudah menjadi keselesaan diri, minda kita dan memulakan hidup baru dari satu titik permulaan yang keliru.

something to ponder upon: cuba kalau kita buang tapi... dan ayat yang seterusnya. Lihat bagaimana nanti ia mengubah ketakutan anda kepada satu keberanian. 
Sesungguhnya kenikmatan itu bukan datang dengan sendirinya :)

bukankah bricks wall are there to prove how badly we want something ?


p/s: the best way out is to walk through it



Hafeez Darraji






Images

Bayangan

tanpa sedar kita hidup dalam bayangan orang lain. bayangan kedua ibu bapa kita atau mungkin bayangan orang yang sangat dekat dengan kita. perangai, kelakuan, cara berpakaian, cara pemikiran dan sebagainya. yang menjadi asas kepada corak hidup kita dalam memakmurkan hari hari sakral. Tanpa kita sedar, kita masih terpaut pada bayangan itu, meniti hari hari dengan bayangan itu.

Lalu kita bangga kita hidup di atas kaki sendiri, sombong dan berlagak atas keupayaan sendiri. tanpa wujud hati yang mensyukuri dan penghargaan berterima kasih. Apa yang dibanggakan dengan bayang bayang sendiri? sedangkan ia juga pergi meninggalkan kita. 

dan satu hari bayangan yang kamu warisi itu akan berpindah alir kepada generasi seterusnya. Mereka bukan hidup dengan bayang bayang sendiri. Pasti!


p/s: bagaimana kita meminjam bayangan manusia lain, maka coraklah ia dengan sebaiknya. Kita hanya meminjam.


Hafeez Darraji



Images

Surrender



Somehow with the passage of time, and the deadlines that life imposes;
surrending became the right thing to do




p/s: A matter of time

Hafeez Darraji


Images

Speaking Words of Life

After each obstacles we going through, we will found more truly about ourselves that we never realized before; even the most simplest thing such as 'shoe size'. Create happiness by knowing ourselves is such a blissful moment that we will appreciate for the rest of the life.

When we take a step out of our comfort zone, sure we will push our limits, and we may feel all the discomforts that come with change, but at least we're growing. And by that I mean learning, and becoming aware of the miracles that come our way; they are all there to teach us something about ourselves and in the end knowing ourselves is really the most important thing because if we know ourselves we know what we want, we know where we are and where we need to go, and we know our power to change and grow.

And we will realize that life truly is less complicated once we take full responsibility for it.

p/s: At my best :)

Hafeez Darraji





Images

Kelompok



'cintailah sesuatu itu sekadarnya, boleh jadi ia menjadi kebencianmu pada suatu masa,
& bencilah sesuatu itu sekadarnya, boleh jadi ia menjadi kecintaanmu pada suatu masa'

kekadang pengetahuan dan mata pemerhatian kita terhad kepada perkara yang dekat dengan kita atau dalam kelompok kita sahaja. Kalau kita selongkar kehidupan kita berjalan, melihat dan mentafsir sesuatu yang baru. Keluar dari zon selesa, meneroka tempat tempat baru, berkenalan dengan jasad jasad baru. Masa itu kita dapat lihat yang selama ini kita terkurung dalam kesempitan kelompok. KECIL.

"kalau kita cuba luaskan horizon horizon itu, kita akan nampak kelebihannya"

Hafeez Darraji




Images

Sidestep

i used to remember when i played rugby during my school age. My Coach which is also Head of Disciplinary Teacher in School, with his mustache and no-smile-face all the time used to treat me hard during rugby training. I remember one practice in particular.

"You're doing it all wrong. Go back! Do it again!"

I tried to do what he wanted. It wasn't enough. He said again;

"You owe me. Lembik! You're doing push ups after practice. You seem the worst to represent the school"

When i finally dismissed, one of my senior came over to reassure me.
"Coach seem a little bit harsh on you, didn't he?" he said.

and I stare down to earth and said "yes."

"That's a good thing," the senior told me. "When you're screwing up and nobody says anything to you anymore, that means they've given up on you."


from zero to hero. when i first played rugby, I was this weak boy with no skills, no strength, no pace, know nothing about rugby. but now i'm still playing this so called gentlemen games. and i'm proud of it.


p/s: instead of labeling someone as 'membebel', 'jaga tepi kain', or try to change you. take that as a positive manner/way to reform the better you

because they love and care for you

Hafeez Darraji



Images

#Nota

(Ilmu) usaha bagi mantap. (Pengalaman) usaha bagi banyak. (Pandangan) usaha bagi luas. (Wang) usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. (Peribadi) usaha bagi mantap. (Akal) usaha bagi matang. (Akhlak) usaha bagi bersih. (Maksiat) usaha bagi padam. (Kebaikan) usaha bagi tambah dan istiqomah. (Hubungan dengan Allah) usaha bagi rapat.




Images

Kosong Kecewa Kosong

sedang suka blogwalking di blog manusia manusia marhaen sesekali terkesan dengan karangan panjang berjela manusia yang dikecewakan manusia lain. aku turut sedih, sebab aku sendiri pernah berada di tempat yang sama. tapi masalahnya apa lagi yang kau dapat bila kau mengenangkan kejahatan pencuri hati lalu dilelongnya dia sesuka hati? apa lagi yang kau dapat dengan menghuraikan satu satu keburukan dia?

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa di kenang

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

orang kata, seseorang tak dapat mengatasi kekecewaan itu selagi dia tidak bertemu dengan seseorang atau sesuatu yang lebih baik. kita manusia tidak dapat lari dari kekosongan dan setiap detik masa berpusing pusing dalam kekosongan itu buat jiwa lebih parah. solusinya? kekosongan itu perlu diisi dengan segera;(kata kunci : Lebih baik)

kalau kamu berfikiran untuk mengisi kekosongan itu dengan seorang yang bernama (manusia) lalu dikhuatiri kesakitan itu kan berulang kembali walau kali ini dengan sosok tubuh yang berbeza; kenapa tidak kamu isi kekosongan itu dengan sesuatu yang lebih TERANG, NYATA dan JELAS. yang bila kamu bersama dengan 'sesuatu' itu kamu sudah tahu kebaikan yang akan kamu perolehi di masa akan datang.

jatuh cinta dengan sesuatu yang lebih hebat. melebihi hebat sekalian manusia yang ada di dunia ini. jatuh cinta dengan sesuatu yang lebih jelas. kejelasan itu daripada janji janji yang telah kamu yakini dengan iman kamu.

jatuh cinta dengan Allah
dengan itu kamu berupaya tenang
mengenal segala ciptaanNYA
biar DIA menghadirkan impian kamu

p/s: sesetengah petikan di alih bahasa dari artikel 'Fall in Love with The Real Thing' karangan Yasmin Mogahed

"dan mungkin kamu terlalu mesra bergaul dengan ramai orang asing yang hanya berpura pura menyokong, tapi dibelakang mempersoal kebodohan kamu."

Hafeez Darraji





Images

The Lens of Heart

If you’re facing a difficult situation or decision, be careful not to try to see with the eyes. To move only by what is seen of the outer world is the greatest deception and cause for ruin and misguidance. Close your physical eyes. And ask Allah to move your heart. It is only by the heart that you will *really* see. It is only with the heart that you will be able to see through the illusions created by pain or pleasure or fear. It is only with the lens of the heart that you will see through the creation and all created circumstance. It is only with the lens of the heart that you will see Allah in everything. But know that only the lens that is clean can see anything at all.
Images

Takut

satu perkataan yang membuatkan seorang kanak kanak menolak gula gula pemberian dari orang asing. juga menyekat kemampuan seseorang untuk explore sesuatu yang baru. takut tidak berjaya, takut dengan kesudahan yang entah bagaimana, takut buat seseorang jadi penakut. kalau kita tidak tahu erti takut itu sudah tentu kita bebas menerobos jalan jalan tanpa perlu risau dengan setiap langkah yang akan kita hadapi.

kita tidak perlu takut untuk berubah sebab hidup ini sendiri memang akan berubah. samada kita mahu atau tidak, hidup akan tetap dan sentiasa berubah. berubah ke arah kebaikan dan kejahatan itu atas jalan kita sendiri. kalau kita berjaya menguasai ketakutan itu, pasti kita bisa menemukan sesuatu yang lebih baik yang tak pernah kita temukan.

ketakutan menghadapai hari hari mendatang hanyalah satu permainan perasaan. kita terikat dengan ketakutan yang kita sendiri ciptakan tanpa berlapang dada dalam menciptakan hasil yang kita inginkan. untuk mengatasi rasa takut itu apa yang perlu kita lakukan adalah dengan memulakan langkah pertama. dan langkahan pertama itu diikuti dengan langkah langkah seterusnya tanpa ada rasa bimbang atau takut.

takut membuatkan kita bermain dengan pelbagai andaian yang kita reka. dan andaian itu menghantui setiap masa dan hidup kita sehinggalah kita menyelesaikan rasa takut dengan kekuatan kita sendiri. kenapa perlu rasa takut? mungkin jawapan di akhir sekali untuk kita adalah YA !

dalam menghadapi hidup tukarkan takut itu kepada sifat ingin tahu. sebab sewaktu orang lain takut dengan satu satu risiko kita menjadikan risiko itu sebagai satu peluang. peluang yang mana tahu akan merubah nasib kita.
Jadi jangan takut !

"apa ditakutkan pada malam, kerana esok akan tetap siang"

p/s: fear is a mind killer, don't let it stop you from experiencing the world

Hafeez Darraji