Showing posts with label cerita pendek. Show all posts
Images

Sebelas

"huhhhh" Karl mengeluh panjang.

Dia rasa kesal kerana melayan Mika sebegitu. Bukan dia sengaja tapi kadangkala dia tewas melayan keletihan yang dihadapi sehari hari. Dengan jadual kelas yang padat, ditambah dengan beberapa perniagaan yang diuruskannya membuatkan Karl letih dan sibuk lebih dari biasa. Lewat ini Karl sendiri merasa dia kurang meluangkan masa dengan Mika.

Mika itu gadis yang memahami, kalau Karl penat dan tidak mahu diganggu maka Mika tahu yang waktu itu bukan waktu terbaik. Tidak pernah ada terdengar keluhan sekali pun yang terhambur dari mulut Mika apatah lagi mahu menarik muka atau meninggikan suara bila dirinya dilayan sebegitu. Bak seorang pelajar, Mika akur dengan apa apa arahan dari gurunya. Namun Karl tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Segala masanya adalah milik Mika, baginya Mika punya kuasa untuk menuntut hak hak masa itu supaya diperuntukkan ke atas dirinya.

Karl tahu betapa gembiranya seorang perempuan apabila dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Seperti excited nya mereka untuk bangun di setiap pagi, menerima mesej atau panggilan selamat pagi. Tidak sabar menunggu kepulangan pasangan mereka ke rumah, memeluk dan berinteraksi antara satu sama lain sambil bertanyakan 'how was your day?' dengan senyuman yang mekar terlukis di bibir. 

Karl juga tahu, jauh di lubuk hati Mika ada sedikit terasa dan terguris dengan sikap dirinya. Karl tidak pernah berniat mahu menyakiti dan membiarkan Mika memendam rasa sebegitu. Tidak mahu ada sedikit pun buruk buruk kesedihan bersarang di hati Mika. Itu belum lagi menempuh kesibukan bekerja nanti.  Karenah pesakit yang pelbagai ragam, dimarahi doktor doktor senior dan nurse yang buat perangai di setiap hari. Bagaimana agaknya dia akan melayan Mika nanti?

Hati perempuan itu hanya ingin disayangi. Mahu seorang lelaki mendengar cerita cerita yang ingin mereka kongsi di penghujung hari. Mereka mahu tahu samada kamu akan berada di sisi saat mereka memerlukanmu. Supaya nanti mereka dapat menemukan jawapan kepada persoalan mereka, "is he worth it?"

"Mika, maafkan Karl"


Hafeez Darraji



Images

Aku Putus Cinta Lagi.

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini. keluar rumah dari pagi, konon konon gigih mahu menuntut ilmu. terkadang tewas dan tersengguk sengguk sewaktu pensyarah di depan menerangkan sesuatu. pulang di lewat petang sambung pula dengan kelas tambahan dan terus ke hospital di sebelah malam untuk menyelami sendiri hidup hidup realiti sebagai seorang doktor di masa akan datang. 

entah berapa lama aku tidak merasa penat sebegini?

lama. sangat lama seingat aku. selama ini hidup hanya tertumpu kepada kemahuan diri sendiri tanpa aku sedar yang aku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk memberi bakti kepada masyarakat. kena mula bersusah susah separuh mati dari saat ini supaya nanti dapat membiasakan diri dengan kehidupan yang dua atau tiga kali lebih penat dari ini.

moga Tuhan beri aku kekuatan. mohon juga doa dari kalian.


p/s: bikin gempak bukan tajuk kali ini? har har har!



Hafeez Darraji
Images

Kembara

Setelah kesekian kali lamanya tak travel seorang diri, hari ini aku berpeluang untuk kembali merasai peluang itu. Lama tak petik kata kata imam shafie yang berkata lebih kurang terjemahannya 'berjalanlah / menggembaralah kamu nescaya kamu akan pelajari sesuatu' .

Along the way, sambil ditemani lagu lagu 'manis', aku kerap kali mengucapkan syukur sebagai simbolik rendah diri atas keindahan hidup yang dikurnia Tuhan yang Maha Tinggi. Betapa indah percaturan hidup yang dikurnia Dia sehingga menemukan aku pada titik yang sekarang ini. 

Selain syukur, aku ingin sekali lagukan ucap kata terima kasih buat insan insan yang ada dan hadir di waktu ini ke dalam hidup aku. Pengalaman dan senyuman yang ditemankan telah beri aku ketawa yang terlalu riang untuk aku sembunyikan. Buat manusia yang paling aku sayang, terima kasih kerana sudi berada sebelah sebelah walau hujan turun bertimpa timpa. 

Dan kali ini Tuhan, jadikan aku hamba yang bersyukur yang acapkali mengucapkan syukur atas syukur syukur yang aku perolehi. 

 P/s: dalam hujan yang turun bertimpa timpa itu pun kita seringkali membiarkan ia terus turun sambil bergelak ketawa bersama di dalamnya. 

travelling is really my thing;
Hafeez Darraji


Images

Hiasan Dunia

Sesekali terpana melihat kecantikan gadis gadis di instagram. lalu bermainlah kata kata antara dua hemisfera minda akan 'kalau' yang mengelirukan, nafsu yang tidak pernah puas memainkan peran tatkala waktu yang lain ia diam membisu tapi kali ini dia mendominasi:

'perfect dia nih'

'cantiknya, rusuk kiri siapa lah ni'

'woahh rambut dia'

'sexy bakhanggg'

'so talented lah ini perempuan'

'awat selfie comel sangat'

'memang ikut trend lah dia nih, tudung lilit melilit warna warni dan sinsing lengan'

'ini gadis idaman untuk dibuat isteri'

dan pada masa itu muncul satu penegasan yang entah dari mana dan siapa yang menjetik akan ia untuk mengingatkan:

'cantik memang cantik, tapi agama dia bagaimana? boleh ke dia seiring mendidik bakal keluarga yang bakal terbina? setakat mahu berbangga mempunyai isteri yang cantik yang perfect tapi bagaimana keperluan rohani nanti? apakah kecantikan yang dinilai Tuhan?'

*tersedar*

terus menutup aplikasi yang diguna manusia untuk memberitahu sesuatu dari foto foto mereka, menguraikan fizikal fizikal yang entah benar entah tidak. lalu, membuka foto jiwa yang satu lagi dan tersenyum:

"Inshaallah yang ini punya agama!"

Terus berjalan. Aku mahu memilih agama.


p/s: Mei Ling, maaf kalau tulisan ini buat hatimu terguris. Pilihan di hati saya masih lagi awak. Selagi awak juga mahu memilih agama :)



Hafeez Darraji

Images

Beredar

perpisahan itu sakit. ia merobek setiap hati hati kita dan memaksa air mata jatuh menitis. Dalam ketidakhendak badan meninggalkan gelak tawa, bahagia, jatuh naik dan segala cerita dibelakang, masa hadapan sudah menunggu dan melambai menjemput dengan senyuman. Menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia dari yang lama.

Lalu kaki melangkah pergi, kepala tertoleh mata tertumpu ke arah jiwa jiwa yang akan ditinggalkan. Tidak ada lagi gelak tawa si dia, puncline lawak yang selalu tidak kena, sindiran tajam yang berguna. Tidak ada lagi.

Kalau ini kehidupan, kenapa perlu ada yang ditinggalkan?
Kenapa yang dibimbit hanya beg beg kukuh yang terisi memori?
Kenapa ada yang perlu meninggalkan?

Moga ada jodoh lagi di masa hadapan. Terjumpa dan mempersoal nama di setiap kali kembali berjumpa. Cuba cuba mengingati cerita cerita lama. Ketawa pada sebahagian fail yang tersimpan bertarikh sekian sekian. Cerita yang rindu sekali kita mahu berada untuk sekali lagi dan...
ada yang namanya masih di kepala, manakala yang lain tidak terlintas mungkin kerana sudah tua. Lupa.

Waktu itu bagaimana hidup kita yang masing masing ini?



p/s: Selamat jalan buat sahabat sahabat yang baru sahaja menamatkan pelajaran mereka.


Hafeez Darraji



Images

Takdir

Berakhir sudah enam tahun sebagai pelajar perubatan dan malam ini Benz menganjurkan parti graduasi untuk meraikan kejayaan ini. Termasuk Karl, dia hadir dan sudahpun berada di luar kediaman rumah istirehat empat tingkat milik keluarga Benz yang terletak hujung di utara. Sebelum masuk, Karl mengeluarkan kembali satu kertas, kertas yang tertulis dialog untuk nanti dia melamar seorang gadis bernama Joanne; pelajar paling terkenal di institusi tempat mereka sama sama belajar. Gugup, cuba menghafal satu persatu dialog yang sudah disusun sejak seminggu lalu. Momen ini perlu sempurna. Walaupun Karl hanya seorang pelajar biasa yang tidak dikenali di universiti tetapi sejak terpandang senyuman Joanne yang dilemparkan terhadapnya sewaktu kertas Internal Medicine peperiksaan tahun akhir tempoh hari, dia sudah jatuh cinta. Bagaikan Joanne memberi hint yang nyata supaya Karl datang menyapanya. 

Sedang Karl sibuk menghafal dialognya, seorang perempuan genit keluar lalu menyapanya.

"Kau akan berucap di dalam nanti?"

"Err...Maafkan aku, aku tidak jelas dengan pertanyaan kau tadi."

"Aku melihat kau seorang diri di sini sedang menghafal sesuatu, adakah kau akan berucap selepas ini?"

"Hahaha. Tidak tidak. kenapa perlu aku berucap, aku bukannya ada orang kenal. Entah mungkin ada di antara mereka yang satu kelas juga tidak mengenali aku"

"Habis, itu untuk apa?" mulut Mika mencebik menunjuk ke arah kertas yang dipegang Karl.

"Mana? Ini?" sambil Karl mengangkat kertas yang mengandungi dialog dialognya. 
"Hahahaha. Takde apa, takde apa pun yang perlu diketahui tentang kertas ini" lalu kertas tadi dimasukkan ke dalam poketnya. 
"Aku tidak pernah nampak kau sebelum ini? Adakah kau juga berada di dalam kelas kami? tanya Karl.

"Aku datang bersama kawan, mungkin dia sekelas dengan kau. Btw nama aku Mika" 

"Mika Mika Mika, nama aku Karl."

Mereka berdua terdiam sebentar. Yang kedengaran bunyi meriah rentak rentak techno Wake me up yang kuat dimainkan dari dalam. 

"Aku suka lagu ini" Karl bersuara untuk memecahkan kesunyian di antara mereka. 
"Kau mahu menari?"

"Hahahaha. kau ajak aku menari? Kenapa aku perlu menari dengan strangers seperti kau?" jawab Mika.

Keadaan kembali sunyi, kali ini lagu Dont you worry child yang berkumandang.

"Bagaimana mahu meluahkan perasaan aku pada seorang perempuan?" tiba tiba Karl berani bertanya.

"Oh jadi pertanyaan kau ada kena mengena dengan kertas yang kau pegang tadi? Hahahaha. Lihat dunia, malam ini akan menjadi saksi seorang lelaki melamar seorang perempuan!" Laung Mika sambil gelak tidak berhenti.

"Aku serius ini."

"Karl, perempuan seperti kami ini sukakan lelaki yang berani. Ya, mungkin sesekali kami menjual mahal cuba berlagak sombong di hadapan lelaki tetapi itu tandanya kami mahu tetapi masih lagi dikuasai malu. Padahal di dalam hati sudah menjerit sesukanya. Kalau di belakang kamu, orang mungkin gelar kami gila kerana berjoget tanpa muzik sambil mengukir senyum sampai ke telinga seorang diri. Lalu kami beri peluang sekali lagi untuk lelaki itu mencuba dan melihat apakah benar lelaki itu betul betul mahukan kami."

"Oh begitu, mengapa mahu disusahkan sehingga begitu sekali?"

"Hahaha. Entahlah Karl mungkin itu sudah jadi hukum dunia. Sifat kami mungkin begitu rupa." 

"Ohhh I see...Do you know what is the strongest force on earth?" Karl cuba membawa perbualan ke satu topik yang lebih dalam.

"Sudah tentu graviti."

"Itu jawapan kamu, tapi bagi aku the strongest force on earth is love. sehingga ia bisa membuat manusia seperti aku tidak keruan. Sesekali aku rasa aku tidak tahu matlamat yang hendak aku kecapi tapi cinta menetapkan aku kembali di dunia dan memberi tujuan dan arah menujunya. Dengan cinta aku rasa lebih kuat, jiwa aku lebih bahagia dikerumuni wajah seorang wanita yang aku cinta sehinggalah aku terlena dalam keindahan kami berdua."

Mata Mika memandang tepat ke arah mata Karl. Di balik anak mata yang keperangan itu, Mika merasakan satu keindahan. Keindahan yang sudah lama di carinya. 

"Karl, kau mahu keluar dari parti ini?"

"Tapi hendak ke mana?"

"Mari, nanti aku tunjukkan ke mana kita akan pergi. Mari. Mari!!!" sambil cepat cepat Mika menarik tangan Karl dan mengenggamnya erat.



Hafeez Darraji





Images

Singkapan

sambil mendengar lagu berentak perlahan, gambar gambar lama ditatap satu persatu. Melihat akan perubahan yang menimpa tubuh di balik foto foto hidup itu membawa khayalnya ke masa silam. Terus, tepat berada di tahun kecekelakaan yang dilaluinya.

Terbawa sosoknya di satu titik, saat jatuh sewaktu mencuba untuk bangun lalu dihentam batu batu besar menghempuk tubuhnya - sakit dan terjatuh kembali. Berkali kali ia mengulang rutin, ingin sekali dia merasa nikmat berlari tetapi dia hanya insan yang lemah.

Menghadapi duga duga, menyeduk ilmu ilmu dunia, belajar sehingga tahu dan terus mencelikkan mata. Pagi dan malam terus menjadi persinggahan sang duka, mahu berhenti tiba tiba cemeti melibas di bahu bahunya, bertakung sengsara di akal fikirannya. Jalan jalan yang maha dahsyat ditempuh bukan kerana rela. Sial.

Namun di balik tertumpu anak matanya pada foto foto tadi. Ia melihat satu binaan yang utuh, baik perhiasannya dan kuat jiwanya. Segala keterpaksaan dan gila gila yang pernah ditempuhi dia ukirkan dengan senyuman girang di hari ini. Hari ini. 

Namun, apakah dia mahu berpatah kembali? nyatanya dia tidak mahu berjalan kembali atau cuba cuba melihat satu permandangan sadis dan menyedut partikel berudara bangsat. 


Hafeez Darrajij
Images

Jujur

Pada waktu ini, kita patut lebih jujur dengan diri kita sendiri. Lebih jujur dengan perasaan kita, zahirkan rasa gembira, benci, suka, marah, dengki secara nyata. Beritahu apa kata hati, zahirkan nawaitu yang terdetik di hati. Dengan itu kita pasti meraih bahagia dan akhirnya berupaya membias sedikit sebanyak bahagia yang sama kepada orang sekeliling.

Kita terikat dengan budaya, tidak mahu dihakimi dan takut dipulau manusia manusia yang sebenarnya lebih kurang sama dengan kita. Hipokrasi. Tidak ada capaian bahagia kalau rasa itu ditahan tahan dan terbiar meringkuk di dalam benak fikiran atau terkurung dalam ruang hati yang paling dalam. 

Aku mahu terus menumpu ke arah perkara yang buat aku gembira, yang jadikan aku manusia lebih baik dan meletakkan aku dalam kelompok yang dapat buat orang lain tertawa. Maafkan atas kekhilafan aku yang dahulu andai ia bisa menganggu mana mana capaian bahagia kita bersama. 

Sudah tahun 2014, masih mahu berada di takuk yang lama sayang?


Hafeez Darraji
Images

Cerita 2013

2013 belum lagi berakhir tapi aku tidak sabar hendak berkongsi kesyukuran atas apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. 2013, tahun paling bermakna setelah tahun tahun sebelumnya. Satu persatu doa aku dimakbulkan, impian aku tercapai, dimurahkan rezeki, dilancarkan segala urusan dan sebagainya. Juga tahun kematangan aku, matang dalam segala segi. 

Aku masih lagi diri aku, masih lagi dirujuk orang ramai sebagai seorang manusia dan masih bernama yang sama. Kalau diandaikan aku ini durian, fizikal aku ini masih tetap lagi sebagai sebiji durian, mungkin isinya ada yang manis atau lemak ataupun pahit. Begitu juga dengan beberapa perubahan dari dasar dan dalam seorang manusia yang dipanggil dengan nama panggilan Hafeez Darraji ini turut berubah. Kerana hidup ini berubah, dan segala perubahan ke arah lebih baik yang telah mengganti menunjukkan kita ini sudah berada lebih tinggi dari kedudukan yang lama. 

Syukur pada Tuhan yang telah menganugerahkan aku hidup ini untuk diguna atas tujuan dan jalan yang baik. Mengikis segala keburukan dan kelemahan sedikit demi sedikit, diperbaiki agar menghasilkan hasilan yang lebih baik. Masih lagi dapat memandang permandangan terindah wajah emak ayah yang membahagiakan, karunia adik beradik yang pelbagai ragam memeriahkan hari yang sunyi, sokongan padu sahabat handai dan juga seorang permaisuri sebagai peneman di atas takhta aku sendiri. Mashaallah.

Tahun ini pastinya tahun 'durian runtuh' ; banyak 'ilmu ilmu' baru telah aku pelajari, kejayaan merangkul juara dalam beberapa siri kejohanan futsal, sokongan orang ramai terhadap Zine Paracetamol, karya aku diterbitkan oleh beberapa publisher dan jika aku ingin menghitung setiap satu nikmat Tuhan pasti sekali aku tewas. Tidak terlupa juga, banyak perkara yang telah aku belajar dari kegagalan dahulu; tentang wanita, persediaan berkeluarga, pelajaran di kuliah, mehnah di negara Egypt dan sebagainya. Kegagalan sesungguhnya guru paling berguna dalam hidup aku.

Simpulnya, 2013 adalah tahun yang paling dekat dengan hati aku. Tahun yang pasti aku kenang. Moga segala nikmat dan kebaikan akan berterusan. Dengan izin Tuhan.


p/s; Doakan agar urusan sebelah aku sentiasa berjalan lancar & dipermudahkan dan aku senantiasa mendoakan kejayaan buat kalian semua.


Jumpa di tahun 2014,
Hafeez Darraji
27/12/2013; 6.31pm 
Mansoura, Egypt


Images

Mr Right & Mrs Right

'persamaan itu disyukuri, perbezaan itu diraikan'

Seringkali dalam satu satu perhubungan pastinya manusia mencari Mr. Right & Mrs Right. Itu tidak dinafikan, menandakan bahawa yang benar benar hadir sebagai pasangan itu dapat membahagiakan. Tidak ada tanda atau cop serta tag nama yang menandakan pasangan itu milik kita melainkan itu dalam pengetahuan Tuhan. Kita hanyalah berusaha mencari yang terbaik untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan mencari Mr Right & Mrs Right kita terlalu bergantung pada ciri ciri kesamaan yang ada pada pasangan, manakala perbezaan buat kita curiga dan risau akan nasib yang akan terjadi dalam perhubungan di masa hadapan. 

"Apa lagi persamaan antara kita berdua?"

"ermm...membaca?"

"lagi...?"

"errrr"

"saya rasa kita tidak ada banyak persamaan"

Bila wanita/lelaki mendapati pasangan mereka tidak mempunyai / tidak banyak persamaan, maka mereka merasakan itu bukanlah Mr Right or Mrs Right mereka. Apabila ini yang ditekankan maka bagaimana sesuatu hubungan mahu berjaya? Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang bahawa antara setiap pasangan itu ada satu persamaan iaitu perasaan cinta/sayang terhadap satu sama lain. Ini adalah persamaan yang PALING KUKUH sehingga tidak perlu lagi mencari persamaan lain lalu menutup segala perbezaan yang ada. 

"Apa perasaan awak terhadap saya?"

"Saya cintakan awak! Apa perasaan awak terhadap saya pula?"

"Saya juga cintakan awak!"

Impian untuk bersama, mempunyai anak anak, rumah, kereta dan segala perancangan bersama bukankah itu persamaan yang paling hebat?

Ingatlah bahawa mana mana manusia pun tak akan pernah sama (identical) atau tak akan dapat menjadi seperti yang kita mahukan. Manusia mempunyai cap jari yang berbeza setiap satunya, begitu juga dengan personaliti masing masing. 

"Don’t expect her to be like you. She’s not like you and she never will be like you. She is a unique individual, with her own personalities."
-Aiman Azlan


Hafeez Darraji


Images

Supportive

I have my own definition of being supportive. Being supportive is not all about being there, make a cheer, give advice. 'Action speaks louder than words' that's the sum of being supportive. 

Sebagai contoh, kawan/suami kau nak berhenti merokok. Bukan sahaja kata semangat 'u can do it' je but our being supportive mestilah sama level dengan kesusahan dia nak berhenti merokok. So why not you being supportive by belikan dia nicotine chewing gum or electronic cigar or the new trends sekarang vapor. Buy for them and let them continue their effort from there. At least kita dah senangkan proses dia untuk berhenti merokok. Bukan setakat komplen, 

"my family takde sorang pun merokok so i tak suka orang merokok. I nak you berhenti sekarang!" 

or 

standard lah kalau nak berhenti merokok kekadang tewas sebatang dua nak isap jugak, and frankly speaking your complaint doesn't help at all 

"kata nak berhenti merokok tapi still isap lagi da da da di da di we love to party bla bla bla"

As for the opposite gender, when you nampak your wife dah berisi and you don't like that changes, apa kata one day you balik dari rumah and you surprise her with this new limited edition nike shoe with her name on it (okay, kasut nike yang biasa pun dah nice what) and say

"sayang, abang ada beli kasut untuk sayang, weekend we go for jogging at klcc nak?"

Instead of complain complain and complain why not you be supportive like you really mean it. Help them, ease them into every step they'll take. Sambil menyelam minum air and in return you get her/his appreciation in a wonderful way.

Ini duk komplen orang nih merokok lah busuklah, kalau kenal approach them practice small kindness and help them. huh?


Hafeez Darraji


Images

Seorang Pelajar

lain benar semangat tahun pertama dengan tahun akhir. Kalau dulu di tahun pertama stay up all night, lepas subuh baru tidur then bangun semula jam 830 untuk ke kelas jam 900. Dalam kelas tumpu perhatian, tak mengantuk sikit habuk pun, masih lagi bertahan untuk stay kelas yang berakhir jam 1600. 

tahun akhir, tidur lambat semata mata nak menghabiskan movie yang berdurasi 2jam 15 minit. Pastuh kelas tak pergi, kalau bangun pergi kelas pun tak larat nak stay kelas terakhir yang tamat jam 1400. Jam 1100 sudah mahu pulang dengan alasan mengantuk.

inilah hidup, makin tua makin tak tahu nak jadi apa. kalau semangat tahun pertama itu boleh diserapkan sekarang di tahun akhir, sudah pasti tak perlu dihantui oleh perasaan 'kan chiong' (cuak), nak menghadapi peperiksaan tahun akhir. dalam kan chiong tuh, tetap tak sedar diri untuk menelaah pelajaran.

sebaliknya update blog. 
puiiii

p/s: penulis adalah profesional, adik adik di rumah di minta tidak meniru cerita di atas.


Hafeez Darraji
Images

Lesson Learnt.

You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best. 
What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each other's differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing and lasting relationship.

Life is too short to wake up with regrets.
Love the people who treat you right and have compassion for the ones who don't.

P/s: Enjoy life now, cause it has an expiry date.


Hafeez Darraji


Images

Suka Suka

aku baru sahaja lepas bersihkan ruangan memori dalam telefon bimbit. al maklumlah kelas esok ditunda ke hari sabtu dan semua movie dalam cakera keras komputer bimbit nih semua aku dah pernah tengok. Jadi itulah kerja yang paling baik aku rasa dapat mengisi masa lapang yang ada daripada ia terbuang begitu sahaja.

dari 2300 gambar tinggal 470 sahaja. itupun malas nak pilih satu satu untuk di buang. satgi saat memerlukan gambar tuh mula cari tak tentu arah, selalu betul terkono.

ohhhmaiiii... dah lama aku tak bermonolog macam ginih. asyik puisi puisi dan puisi je. muka aku pun dah berbirat dengan huruf huruf yang selalu aku cantum menjadi puisi.

ohhh lupa, aku sekarang pelajar tahun akhir. jadi waktu lepak lepak sambil hisap rokok dan hirup teh bukan lagi keutamaan. Usaha mengarang dan menulis puisi pun aku serahkan pada Tuhan, kalau ada cepat cepat aku kemaskini disini. Kalau tak ada, aku malas mahu fikir.

doakan aku.

p/s: getting old aint that bad.

Hafeez Darraji
Images

Ini Kisah Serangkap Puisi

Puisi ini bersifat natural & flexible. Di baca dengan nada yang cemas, gelak tawa, serius, bosan dan ia adalah cabang dari satu topik yang dirangkap, dibiakkan perkataan perkataanya kepada satu cerita dan situasi yang real

kenapa aku cakap ianya natural?
puisi wujud sejak zaman dulu kala lagi sewaktu orang tak reti memetik gitar, entah wujud entah tidak gitar pada masa itu. Sehinggalah zaman milenium puisi masih lagi jadi satu bahan bacaan dan tulisan yang mempunyai keindahannya tersendiri. Maksudnya, ianya bersifat (alam) semulajadi dan mesra pengguna. Sayangnya, puisi tidak pernah digunakan di kedai kedai runcit sebagai medium jual beli antara pembeli dan tauke kedai. Oleh sebab itu aku jatuhkan martabat / sifat natural puisi nih kepada 89%

kenapa aku cakap ia flexible?
ia wujud dalam pelbagai bagai tema. Tema cinta, ketuhanan, kelakar, lucah. 
Wanita mendambakan lelaki yang Gentlemen, gentlemen zaman kini bermaksud nilai nilai kelelakian yang di tunjukkan kepada seorang wanita membuatkan wanita itu rasa dihargai/dilindungi. Terkejutnya (Suprisingly), lelaki yang gentlemen juga lelaki yang pandai berpuisi. Keindahan kata kata dari seorang lelaki kepada perempuan yang didamba/dicintai-nya seperti:

matamu bersinar indah
bulu matamu bak bunga mawar menguntum
di sirami air mata gembira
saat kita bersama

dan di waktu waktu terdesak seperti;

wanita: oh dulu, mata i lah macam bunga mawar siap boleh di siram siram lagi. Sekarang cakap mata i sepet.
lelaki : itu PUISI je.

Jadi, lelaki gentlemen punya alasan kukuh untuk menidakkan / melarikan diri dari satu satu situasi.
Situasi di atas membuktikan ke-flexibilty puisi itu sendiri sebanyak 95%


PopCorn, tak semestinya jadi teman ketika menonton wayang. Sambil baca puisi sambil kunyah popcorn, perghhhh layan dohhh



Hafeez Darraji



Images

Perihal Satu Tubuh dan Mahunya

Setahun yang lalu satu jiwa terjatuh ke atas tanah. Jiwa yang sempurna di tempatnya akhirnya dikotori dengan debu dan pepasir yang memungkinkan ia terkena jangkitan kuman. Meronta ronta tubuh, menangis mata siang dan malam merayu patuh dan tunduk pada Tuhan "beri aku jawapan beri aku jawapan". Jiwa itu tidak patut keluar dari tempatnya, ia perlu kekal di peluk organ organ rohani yang suci. Kerna jiwa yang pergi, hati jadi lopong tiada kawan berkongsi beban dan berkatalah ia "aku berserah pada Tuhan, aku cuma mahu lihat satu tahun akan datang"

Setahun itu sudah tiba, telinga masih lagi mendengar jelas seperti baru semalam ia terngiang ngiang disapa. Jawapan sudah tiba, gambaran sudah depan mata. Dalam perjalanan menempuh setahun itu banyak risau dan duka yang mengiringi. Hantu hantu kalah menghasut "berputus asa sahaja, kau tidak mampu". Acapkali terjatuh, merakam luka dan parut pada pemain kulit kulit mulus. Sesekali pemain itu dimainkan, menyegar kesakitan parut pedih nan bisa. Tubuh bergoncang hampir melempar organ organ jasmani terpisah dari tempatnya mengikut jiwa lari, sayangnya bercantum pada satu tubuh berkongsi kelemahan bersama tapi ego satu satunya meletuskan perang dunia. Lalu membentak masing masing kesekaliannya "pergi kamu dari sini, ikut jiwa pergi  . Sudah tidak layak lagi organ organ busuk seperti kalian ini kekal pada tubuh tuan kami yang mulia ini". Yang kalah berlalu pergi, tinggal yang terang benderang mukanya penuh cahaya Tuhan tanpa punya satu titik buta yang bisa meranap runtuh tubuh ini lagi.

Untuk berubah dari satu kejahatan kepada kebaikan Allah sediakan satu ujian. Untuk melihat kita mampu bertahan dalam perubahan itu Allah sediakan lagi satu ujian. Untuk orang orang baik/bila sudah jadi baik Allah sediakan satu lagi ujian. 

"Dan apakah kamu mengata kamu sudah beriman, sedangkan kamu tidak diuji seperti umat terdahulu diuji?"

Untuk mendapat kenikmatan dan keindahan dalam hidup fasa dunia, wajib kita melalui ujian dan kesusahan sebelum boleh bersorak gembira dan berpesta dengan kejayaan itu. Sekurang kurangnya hasil yang kita perolehi kita dapat hargai dan berkongsi dengan manusia lain.

Untuk setahun yang sudah tiba, aku panjatkan syukur pada Tuhan yang Maha Esa kerana telunjukNya memberi aku sabar dalam setiap perjalanan dan kekuatan menempuh perancanganNya.  SEtahun yang sudah tiba aku suka, puas dan bersyukur sedalam dalamnya. Mutiara syukur itu aku suka cambahkan bila bila masa aku ukir ketawa dan senyum yang diberi Tuhan.

p/s: Tuhan, jangan biar yang lama datang menjenguk kembali membantutkan yang baharu.

Hafeez Darraji



Images

Skipping Rope


"Saat kilang kilang peluh sibuk merembeskan sisa sisa kumuhan dua koperal mata yang bertugas memerhatikan dari jauh gelagat 2 orang manusia. Dua orang lelaki dewasa yang mahu bermain skipping rope tetapi sayangnya tidak tahu bagaimana caranya. Setelah menerima laporan dari korperal, syarikat saraf express menghantarnya terus ke headquaters otak. Syarikat gah yang sudah sinonim dengan ciri bangunan yang paling unik dalam dunia, mempunyai struktur bangunan yang bertingkat tingkat dan terbahagi kepada bangunan hemisfera kanan dan bangunan hemisfera kiri. Satu satunya syarikat yang mengawal seluruh operasinya dari hujung utara."

Skipping satu permainan paling mudah dan seronok. Ia  sangat bagus untuk cardio dan untuk calf muscle. Aku paling pelik bila ada manusia yang tak reti berskipping. Lagi aku pelik kalau ada manusia yang tak reti skipping dan tidak mahu belajar skipping. Salute aku untuk pioneer atau mungkin pengasas tali skipping nih. Dia bukan senaman semata mata tapi kalau dilihat dengan teliti ada art disebaliknya. Seseorang tak berskipping hanya melompat dari awal dia belajar sampai bila bila dia tetap hanya melompat. Tanpa art dalam berskipping ia hanya jadi satu  senaman atau permainan yang biasa seterusnya tidak dapat menarik minat orang orang baru dalam dunia skipping. 

Lihat bagaimana otak syncronize antara tangan yang memusingkan tali dan kaki yang menunggu masa melompat. lancar... 
Kemudian diselang seli pusingan silang, pusingan 2,3 kali pada satu lompatan.  
Lihat bagaimana seni kaki itu menari, bertingkah sedikit  demi sedikit sebelum menunggu giliran melompat.

Dah skipping belum hari ini?


Hafeez Darraji


Images

Ini Kisah Seorang Penulis

Aku kalau mahu menulis puisi/cerita/motivasi selalu sahaja ditemani 3 benda. Lagu laguan yang kena dengan tema, sebatang rokok dan secawan kopi atau teh panas. Tanpa salah satu otak aku boleh buntu atau mungkin penulisan aku tergantung di separuh jalan.

Berselang seli satu rangkap bau rokok menyudahkan rangkap seterusnya.
Berselang seli satu rangkap hirupan teh atau kopi menukar idea hodoh kepada baikk bohh!
berselang seli satu rangkap ritma lagu di padan padan dengan setiap rasa dan kata.

ini cerita aku, kamu mungkin tak setuju. (minum teh jap) ahhhhhhhh...
tapi hasilan karya ada inspirasi dan peneman peneman yang khusus bagi menerbitkan drama drama dalam penulisan itu sendiri.

Akhir sekali bila karya sudah siap, baki baki teh, rokok dan lagu boleh jadi peneman lagi sewaktu mahu meneliti dan menyemak karya yang berkualiti.

Amboi !


Hafeez Darraji


Images

Jagi


Kedengaran bunyi pintu menguak terbuka. Jagi seorang lelaki Slovenia berusia awal 30 an melangkah masuk ke lobi Aroza Hostel. Dia mengambil keputusan untuk merokok sebelum pulang ke biliknya.

"Fuhhhh."

 Hembusan pertama menghasil kepulan asap tebal memenuhi hampir separuh bilik merokok yang tidak sebesar mana itu. Dalam fikirannya sedang mengatur kejutan untuk berjumpa buah hatinya Sara.

 Sara gadis molek dari Holland sebaya jagi, kulit kuning langsat dan berlesung pipit. Tahun ini sudah masuk 8 tahun usia perkenalan. Pertemuan mereka bermula di kemboja ketika kedua duanya sedang melancong ke negara tersebut.

 Esok pagi Jagi bakal memberi kejutan kepada Sara. Dua tahun masa hanya berkomunikasi di alam maya tapi kelak mereka akan bertentang mata.

Jagi tersenyum, teruja...


#Love story of Jagi and Sara. God bless!

 p/s: siapa kata cinta jarak jauh itu sukar?



Hafeez Darraji


Images

P.H.P

Sudah 10 tahun sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di situ. Segala makna kehidupan tertanam dalam bumi yang kini dia pijak kembali. Walaupun hatinya berbelah bahagi, namun terpaksa digagahkan atas desakan kerja. Dia menghela nafas dan masih mahu duduk di pinggir sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. Sungai yang menemukan dia dengan seorang gadis molek bernama Trisya. 

Lamunan dia terhenti apabila terdengar suara seorang pemuda menyebut Koshary, sejenis sarapan wajib rakyat Mesir; seperti nasi lemak di Malaysia. Walaupun sudah lama meninggalkan bumi anbia, dia masih fasih dan boleh memahami bahasa yang dipertuturkan. Dia tersenyum lalu bangun dan menepuk nepuk bahagian punggungnya yang diselimuti debu pasir halus. Sambil menghayun langkah di kepalanya berkata : alang alang sampai sini, boleh tengok kawasan Universiti dan rumah aku dulu.

"masakin gamaah"

matanya meliar liar ke sekeliling dari dalam taxi yang baru dinaikinya. Tiada banyak perubahan yang berlaku, cuma beberapa kedai yang sudah bertukar dan ada juga yang masih kekal.

"syukran," ucapnya sambil menghulurkan not LE 10 berwarna merah kepada pemandu taxi. 

Di hadapannya kini ada sebuah kedai menjual buah-buahan dan sebuah dobi. Bibirnya tersenyum panjang. "huh, ada lagi kedai kedai nih."


Hafeez Darraji