Images

.::mishwar fi port said::.

ini ade satu kesah...
kami telah pergi ke port said bagi membuat persiapan musim sejuk yg bakal tibe...
dengan kapasiti 5 buah bas kami bertolak ke port said seawal 7pagi lagi...
perjalanan yg mengambil mase 2 jam memberi aku peluang untuk qada
tido yg tak brape nak cukup semalam...
perjalanan yang amat membosankan ditambahkan lagi dengan drebar bas
yang sesat entah ke mane membuatkan aku zahmah mujur ditenangkan
oleh riuh rendah sahabat2 ku dan juga alunan muzik sentuhan komposer2 di seluruh negara yang aku pasangkan ke telingaku..

tibe di port said lebeyh kurang 9 lebyeh, matahari telah pun menunjukkan dirinya,
kedengaran bunyi yang kurang seragam datang dari perutku...lantas aku dan rakan2
mengambil keputusan untuk mengisi perut di kedai berhampiran masjid...
sambil menuggu waktu solat jumaat tiba, aku memesan hidangan makanan yang aku sendiri tak
pasti bagaimana rupa makanannya...
sambil menunggu hidangan makanan tiba, aku berborak kosong dengan rakanku,
iasetelah lama menunggu, akhirnya hidangan tiba, aku melihat isi dalam roti, lantas menyuapkan ia ke mulutku...habis makan, ramai umat manusia melalui depan kedai makanan...
kaget melihat umat manusia mengingatkan aku hari ini hari jumaat...haha
trus ke masjid menunaikan solat....

habes solat, masing2 berjalan ke kedai2 berhampiran untuk mencari pakaian musim sejuk...
sungguh banyak kedai2 disitu ditambahkan lagi dengan kedai2 tambahan di tengah2 jalan.
umpama berjalan di uptown atau downtown di malaysia cume di sini siang hari dan barangan di sini juga lebeyh banyak...
berbagai jenis barangan dijual, dari pakaian bayi, pakaian lelaki dan perempuan, pakaian musim sejuk, comforter, tikar dan sebagainya...
aku mengambil keputusan bersama rakan2ku untuk berpisah dari kumpulan kami...
jalan dengan bebas sambil mengambil beberapa shot gambar disitu.
satu persatu kedai kami masuki, sehingga menemui barang2 yang aku inginkan..
kami pergunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk mendapatkan diskaun...
hasilnya kami untung dan sangat jimat....
apa yang boleh diperolehi di msia juga boleh diperolehi di sini dengan harga yang jaoh lebeh murah...
bayangkan harga baju sejuk hanya 100 genih bersamaan rm60...msia mane dapat!!!
setelah puas dan penat berjalan kami mengambil keputusan untuk menamatkan
perjalanan kami di jam 5pm.hasilnya aku membeli 2 baju sejuk, mafla, dan glove dengan harga 245genih sahaja. selebihnya masa menuggu di bas sementara menuggu ahli2 lain tiba...

5,30pm langit sudah hitam, matahari sudah menyembunyikan dirinya, kami menyambung
perjalanan kami untuk pulang ke mansura...dalam perjalanan kami berhenti di pantai untuk mengambil gambar...dalam ketenangan malam aku merasa kesejukan...

aku mengambil peluang untuk tidur sementara sampai ke mansura...
setelah sampai, trus ke kedai makan dan dengan lahapnya memuaskan hati perut aku
yang sejak petang tadi bermain keroncong...

kemudian pulang dan tidor...

p/s: gembira dan puas...

viva la vida,

aphids

0 comments: