Showing posts with label egypt. Show all posts
Images

Rusuhan Mesir #30Jun

Selain di Tahrir Square,Cairo;  rusuhan oleh kumpulan Tammarud (anti morsi) juga berlaku di Mansoura (2 jam dari Cairo). Kali ini penentangan yang diberikan oleh anti Morsi semakin hebat dan berlarutan di bandar bandar lain seluruh Mesir.
Rusuhan di sini berlaku kerana provokasi yang dimulakan oleh kumpulan Tamarrud yang menganggu perhimpunan Tajarrud (Ikhwanul Muslimin), di hadapan Stadium Universiti Mansoura. 
2 tahun sebelum ini ketika proses menggulingkan regim Mubarak (25 january) tidak pernah berlaku rusuhan seperti ini di kawasan stadium Universiti yang ada hanyalah di Muhafzah (kawasan bangunan kerajaan).
Buat kali pertama rusuhan berlaku di kawasan ini (rata rata kediaman pelajar Malaysia), di mana ianya berlarutan dari selepas maghrib hingga jam 1200am waktu Mesir dimana pihak tentera Mesir yang tiba berjaya meleraikan rusuhan  dengan menembak gas pemedih mata ke udara. 


Namun begitu, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana kebanyakan pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk tetap berada di rumah dan tidak terlibat dengan mana mana kumpulan rusuhan.

Berikut video ketika rusuhan berlaku;






#prayforegypt


Images

Eid Adha


"5 tahun; korban tapi masih hidup" - AMR 2012


malam ini indah
pada latar cerita terdahulu
aku mencatur bait lagu
mengutip kata atmosfera dalam puisi
penangan neon warna putih
menghayati pengorbanan masa

malam ini malam raya 



p/s: Salam Eid Adha 1433. Kol sana wa entm 7ybeen

Hafeez Darraji



Images

Tamat #EdisiFinalExam

Alhamdulillah. syukur ke hadrat illahi berakhirlah ujian dan peperiksaan dunia bakal penentu masa depan. sebenarnya malam tadi aku dah set nak tulis blog on this thing (habis final exam). dah fikir apa nak tulis, tapi akal kata "kau belum habis exam lagi, habiskan exam tuh dulu". lalu saat dah habis exam nih aku dah terlupa nak tulis apa.

semester 8, been a very tough semester for me. the toughest I think. but Allhamdulillah it goes well. orang kata semua yang berlaku ada hikmahnya dan Tuhan kata AKU uji manusia atas kemampuan mereka. so here i am. more stronger and bicep semakin besar ;p

nak dekat grad and to be a doctor memaksa aku sedar dari lamunan dunia yang tak nyata dan tak konfem. jujur cakap masa 1st year study bagai nak rak sebab semangat tuh masih segar, bergetah lagi. bila dah masuk 2nd year, dah malas malas. masuk persatuan itu ini, aktif sana sini, jual macam macam sampai belajar entah ke mana. 2 tahun hidup aku bazirkan untuk benda benda yang bukan priority. dan aku sangat kecewa dengan pilihan itu. KENAPA AKU PILIH JALAN INI??? hahaha. kalau kau ada symptom menyesal tak belajar betul betul atau kau tak tahu kau belajar apa masa 2nd/3rd year maknanya korang sama macam aku.

Alhamdulillah again. semester 8 nih, aku dah achieve something dalam belajar aku. apa yang aku tak mampu capai sebelum ini, aku berjaya capai. dan kau sudah mencapai kejayaan itu, bila manusia sekeliling menegur atas perubahan kau, bila kawan kawan kau cakap "inilah bed yang aku kenal masa 1st year dulu", bila kau membantu dan menunjuk ajar kawan kawan seperjuangan kau. aku? paling gembira sudah pasti tentunya pun. this is what i want to achieve setelah sekian lama.

and aku tak tahu macam mana result aku nanti. mungkin perasaan aku ini hanya over confident, atau result aku nanti tak sehebat mana. tapi aku percaya pada janji Tuhan, kejayaan kita bergantung pada usaha. banyak usaha maka banyaklah dapat begitu juga sebaliknya. lepas usaha kita _________???

Sekarang ini aku menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. menikmati masa masa indah bersama keluarga dan sahabat dan orang orang yang aku sayang :D Moga perjalanan nanti dipermudahkan Tuhan. Oh, juga tidak sabar menyambut kedatangan bulan Ramadhan. nanti aku kongsikan bagaimana aku sangat merindui dan menunggu kedatangan Ramadhan kali ini :)

Moga kita semua dikurniakan kejayaan yang cemerlang !

Salam Sayang
Hafeez Darraji


Images

Final Exam


Final Semester 8 of (Manchester) Mansoura University
Faculty of Medicine


28 JUNE 2012
MCQ & ESSAY O&G

4 JULY 2012
MCQ & ESSAY PEDIATRIC

7 JULY 2012
OSCE O&G / PEDIATRIC

p/s: tawakal ala Allah !

Hafeez Darraji


Images

Egypt


24/6/2012; setelah keputusan pilihanraya di tunda dari hari Khamis(21/6/2012) maka dengan rasminya Mohamed Morsi telah menjadi pilihan rakyat Egypt untuk memegang jawatan Presiden of Egypt. Mabrouk! Moga ada perubahan dalam rakyat dan suasana ummu dunia ini. Satu lagi hari bersejarah untuk Egypt. Bertambah tambah cuti lah Egypt :D


Hafeez Darraji








Images

Visiting Aswan & Abu Simbel

menaiki train/bus/kereta untuk ke Aswan. Memakan masa selama 3 jam dengan menaiki train. bayaran 2nd class seat dari Luxor - Aswan sebanyak EGP 25.
manakala 2nd class seat dari Aswan - Cairo sebanyak EGP 55 dan mengambil masa selama 15 jam

tempat yang boleh dilawati di ASWAN seperti:
* harga yang dipamerkan adalah untuk student dan penduduk mesir. untuk pelancong, harga tiket masuk adalah 2x ganda
** dinasihatkan untuk mendapatkan tour guide supaya dapat tahu cerita dan sejarah di sebalik tempat-tempat lawatan

abu simbel EGP 53.50
memakan masa 3 jam pergi dan 3 jam balik dari/ke Aswan. bergerak seawal 4.30am dan melalui gurun sahara. konvoi beramai2 ke abu simbel berikutan dikuathiri ada ancaman oleh lanun padang pasir dalam perjalanan. terletak bersebelahan tasik nasser, menyebabkan abu simbel sangat sejuk.

nama diambil dari orang yang menjumpai tempat ini iaitu simbel. lalu ayah simbel sedih kerana simbel tidak letak namanya sekali. lalu diletakkan 'abu' simbel yang bermaksud ayah simbel.
terdapat 2 temple iaitu temple ramsis ii dan temple nefertari. temple nefertari dibina oleh ramsis ii yang sangat sayang dan cinta kepada isterinya nefertari. dikelilingi oleh tasik nasser yang sangat cantik

philae temple EGP25
terletak di sebuah pulau. tambahan le 7 untuk pergi dan balik menaiki boat.
orang2 nubian menggendalikan boat-boat ke temple.
campuran pengaruh rom, greek dan mesir dapat dilihat di tiang-tiang dan dinding temple.
seorang lelaki yang bekerja sebagai badut menyamar sebagai egyptologist, mencuri dan membawa pulang arca ke negaranya di uk

high dam EGP 20
terdapat tugu sebagai tanda persahabatan egypt dan soviet.
terbahagi kepada old dam dan new dam. dibina untuk mengharungi banjir besar yang sering berlaku di egypt.
perkampungan nubian tenggelam dek banjir besar yang melanda egypt satu ketika dahulu.

unfinished obelisk
ketika pekerja zaman firaun hendak membuat obelisk dengan mengukir dari sebuah batu yang besar, obelisk tersebut pecah lalu mereka membiarkan obelisk itu di situ tanpa menyambung proses pembuatan obelisk


penginapan di Aswan berdekatan souq aswan sebanyak EGP 55 (single bed), EGP 70 (2x bed), EGP 105 (triple), EGP 140 (4 beds)


Images

Visiting Luxor

menaiki train/bus/kereta untuk ke Luxor. Memakan masa selama 12 jam dengan menaiki train. sepanjang perjalanan, train akan stop lebih kurang 10 kali di stesyen untuk penumpang turun dan naik. bayaran 2nd class seat dari Cairo - Luxor sebanyak EGP 46

tempat yang boleh dilawati di LUXOR seperti:
* harga yang dipamerkan adalah untuk student dan penduduk mesir. untuk pelancong, harga tiket masuk adalah 2x ganda
** dinasihatkan untuk mendapatkan tour guide supaya dapat tahu cerita dan sejarah di sebalik tempat-tempat lawatan
*** Luxor terbahagi kepada east bank(karnak & luxor temple) dan west bank (Hatshepsut temple, Valley of the Queen, Valley of the king, Colossi of memnon)


karnak temple (EGP35)
temple terbesar di egypt dan dunia. ada 10 pintu yang memisahkan ruangan untuk orang biasa, raja, dan pendeta.
mengambil masa keseluruhan 1000 tahun untuk menyiapkan temple ini. di bahagian pintu masuk, kubu sebelah kiri tidak siap sepenuhnya kerana Alexandar the Great telah menawan Egypt pada ketika itu. Alexandar The Great bukanlah rakyat Mesir tetapi kerana ingin mengambil hati rakyat mesir beliau tidak menghancurkan temple berkenaan. Di sini juga terdapat obelisk yang dibina oleh Hatshepsut. Setelah kematian suami hatshepsut iaitu Thutmose ii dan ketika itu anak mereka masih berumur 9 tahun. Lalu hashepsut menghantar anaknya thutmose iii ke tempat lain dan dia memerintah egypt pada ketika itu.
setelah kematian hatshepsut, kerana marah dengan tindakan ibunya, thutmose iii menutup obelisk yang dibina oleh ibunya dengan membina batu-batuan disekeliling obelisk.
malangnya gempa bumi yang menimpa mesir menyebabkan batu-batuan itu runtuh dan mendedahkan obelisk berkenaan.
Di sini juga terdapat ukiran yang menunjukkan negara-negara yang dikuasai mereka pada ketika itu seperti palestin.
terdapat juga tiang-tiang yang disusun sebanyak 16 baris dan setiap baris mempunyai 7 tiang. ada ukiran yang dalam dan ada juga ukiran yang timbul. ukiran dalam ketika pemerintahan ramses ii dan ukiran timbul oleh ramses iii yang tidak mahu orang ramai mengingat pemerintah lampau sebaliknya mengingat ramses iii sebagai pemerintah egypt.
juga terdapat sacred lake untuk untuk orang-orang dahulu membersihkan diri mereka sebelum masuk ke temple.

luxor temple EGP 25
dari karnak temple ada jalan menuju ke luxor temple sepanjang 3 km. 2 tahun yang lepas egyptologist telah menemui jalan tersebut yang mana sepanjang jalan tersebut ada patung sphynx di kanan dan kiri. disebabkan sekarang ada masjid dan gereja yang dibina di sepanjang jalan tersebut maka laluan tersebut tidak dapt disiapkan sepenuhnya.
di pintu masuk dapat lihat obelisk beserta baboon. salah satu obelisk dihadiahkan kepada raja france ketika itu sebagai pulangan raja mesir mendapat hadiah mangga dan kunci. baboon tersebut simbolik kepada penjaga kepada api neraka.

dalam luxor temple terdapat sebuah masjid yang dibina abu el haggag. di akhir temple terdapat sebuah gereja yang diubahsuai oleh orang
kristian pada ketika itu. mereka menutup ukiran-ukiran dan menghiaskan tempat itu dengan seni lukis yang berwarna warni


Papyrus factory

dalam perjalanan pulang akan dibawa ke kedai papyrus. cara pembuatan papyrus menjadi kertas pada zaman firaun. juga menjual lukisan yang dilukis atas kertas papyrus.

valley of the king EGP40
menempatkan lebih ratusan tomb atau kubur pemerintah firaun silih berganti.
valley of the king memerlukan pelancong menaiki tuftuf untuk ke kawasan tomb sebanyak LE 7 setiap seorang .di sini juga pelancong dilarang membawa masuk kamera.
LE 40 merangkumi 3 tomb dan tomb yang lain ditutup untuk kerja-kerja membaiki.
tambahan le 50 untuk masuk ke tomb of tutankhamun menempatkan mumia tutankhamun dalam kaca untuk tontonan pelancong

colossi of memnon percuma

2 arca Amenhotep III yang sangat besar.

ablaster factory

dalam perjalanan pulang akan dibawa ke kedai ablaster. ditunjukkan bagaimana memproses batu untuk dijadikan perhiasan rumah.
pelbagai jenis batu seerti ablaster, phosporus, granite, sand stone dan sebagainya. boleh di beli sebagai cenderamata.

hashepsut temple EGP15
temple ketika zaman pemerintahan hashepsut. wanita pertama menjadi raja pada zaman firaun. ketika hasehpsut sampai ke tempat tersebut sudahpun terdapat satu temple disebelah hashepsut temple. lalu beliau meruntuhkan temple tersebut lalu membina dan meniru seni bina seperti temple lama tetapi lebih besar. setelah masa berlalu, ketika zaman pemerintahan firaun thutmoses 3, menghancurkan semua nama hashepsut dan menggantikan dengan nama beliau. akibat tiada masa (asyik berperang) beliau tidak sempat untuk memadam nama2 hashepsut di sebuah bilik yang hanya boleh dimasuki oleh raja-raja dan tidak kepada orang biasa.


penginapan di Luxor lebih kurang EGP 140 semalam untuk double bed.
di television st. banyak tempat penginapan dan kedai makan, mcdonald di mahattah st, sungai nil di cornish st.
tmbg taxi dari television st ke mahattah st sebanyak EGP 10, naik kereta kuda EGP 2 per person bergantung kepada orang yg membawa kereta kuda tersebut.
jangan lupa untuk mencuba 1/4 ayam bakar di LUXOR. tersangatlah sedappp



Images

luxor dan aswan

subhanallah. kembara ke selatan egypt- Luxor & Aswan benar benar meninggalkan 1001 persoalan. zaman kegemilangan firaun turun temurun yang penuh rahsia dan tanda tanya merangsang diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana manusia dahulu menjalani kehidupan mereka. berpeluang bertemu dengan rakan baru dari egypt dan korea dan betapa mulia dan gahnya nama MALAYSIA dalam diri dan fikiran rakyat egypt.
tempat yang wajib dilawati bagi mereka yang mahu mengetahui tentang sejarah lama egypt.

terima kasih kepada nasser yang bercita cita untuk membuka syarikat travel untuk negara islam, ceria dan lazim dengan 'oh my gaddd'. mahmoud yang mesra dan fasih berbahasa sepanyol. muhammad tour guide yang tegas dan arif tentang sejarah memberi penerangan yang cukup mantap, muhammad seorang egyptologist yang hebat dan begitu menghargai sejarah sejarah ini. Taha yang sabar melayan karenah semua dan tak lupa kepada zakariya yang sanggup menunggu lebih 2 jam untuk menyambut dan menghantar kami ke stesyen. harap ada peluang lagi bersua muka dengan mereka ini

p/$: nnti akan update cerita dan sejarah yang ada di luxor dan aswan

dari dalam keretapi egypt. 15 jam sebelum tiba di stesyen cairo


Images

Kisah Egypt Bangsat

Amaran: Post ini mengandungi ayat keterlaluan.

Egypt ni satu bangsa yang kuat menipu. Even jambang sampai lutut, dahi hitam legam pun menipu jugak. Bukan saje penipu mencekik duit je keje. mula-mula nampak ikhlas, katanya nak tolong last-last keje dah settle mintak duit banyak-banyak. dekat Egypt jangan haraplah kau nak nampak 'sistem' dalam pentadbiran diaorang. pejabat bukak pukul 10am pastuh tutup pejabat pukul 12.30pm. antara masa BUKA tuh bukannya buat keje sangat. padahal orang ramai beratur nih, dia boleh buat dek minum kopi/teh ngan hisap rokok. pastuh malas buat keje suruh orang datang esok. bila datang esok melepak lagi. disuruhnya kita datang esok lagi. setiap kali datang; esok, esok, esok...
pastuh kalau duduk mencangkung, pakai kain pelikat kat tempat awam, menjerit buat bising dalam rumah katanya 'aib' (tak elok). tapi bangsa dia kencing tepi jalan depan orang ramai, buat bising kat jalanraya tak aib plak.

duk bangga-bangga satu bangsa dengan nabi muhammad lah. keturunan nabi musa lah. tapi perangai macam lancau.

Pasal kacau-bilau kat Egypt pun tak settle-settle lagi. baru-baru ni, ada kes polis ramai-ramai bantai orang awam. 'open fire' kat orang awam. dahla yang dibantainya tuh pompuan. bantai kat kepala plak tuh. bantai guna batang kayu, sepak terajang kat kepala. bayangkan sakit ke tak sakit. sampai lah orang awam tuh mati. macam sial je. tapi duk jilat buntut Israel tuh, penakut dengan Israel. bantai orang awam macholah konon? suruh melawan Israel takde teloq plak!!!

yang nak melancong ke Egypt fikirlah 2 kali, bercuti kat UK lagi seronok. parents yang nak hantar anak belajar ke Egypt baik lupakan. Kos murah memang murah tapi orang Egypt nih bahaya. kalau peragut kat Egypt ada pisau, silap-silap dikelarnya mangsa. pastuh kuat meraba, yang bertudung elok pun dia meraba apatah lagi yng tak bertudung. mencuri, pecah rumah, menipu benda biasa kat Egypt

tengok video & gambar-gambar nih. betapa zalimnya orang Egypt Bangsat. takkan membangun & aman lah Egypt sampai bila-bila hendaknya.
Lebih detail di SINI








Images

Raya di Perantauan

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya suasana meraikan Hari Raya Haji / Eid Adha di perantauan. Tanpa keluarga, saudara mara, persekitaran dan waktu yang berbeza dari Malaysia. Yang ada hanya diri sendiri dan kawan2 serta awek2 yang belajar di University yang sama.

Beginilah lebih kurangnya sekitar sambutan Eid Adha di perantauan.






Salam Eid Adha :)

p/s: takbir format mp3





Images

mansoura - alexendria - jeddah - jakarta - malaysia

pengalaman tak dapat dilupakan dalam ops piramid- proses evakuasi pelajar malaysia dari mesir.
sejak bermulanya ops piramid nih, aku dgn budak2 umah aku dalam dilemma. balik malaysia free kot sape tak nak kan? dalam masa yang sama kelas dah nak start. so nak balik ke tak nak. last2 balik jugak tapi packing baju last minute. pkul 3am nak gerak kol 12am baru start packing baju.

so nak dijadikan cerita pada 4/2/2011 pelajar mansoura dibahagikan kepada 3 zon. zon - istad gamaah (11pm, 4/2) , zon 2- masakin gamah (7am,5/2) zon 3- shaimaa (3 am, 5/2). nama aku termasuk dalam zon 3 shaimaa. so pukul 3 am berkumpul gerak ke bangunan mara di alex. sampai dalam pukul 9am di alex. kat luar bangunan tuh penuh pelajar malaysia sampai kena beratur kat luar nak tunggu turn masuk bilik. sementara nak tunggu turn aku letak bag kat restoran G floor pastuh pergi sarapan sket kat bangunan belakang blok mara. malam tuh tidur kat tingkat 1 dengan budak2 mansoura lain. kat alex kitaorang duduk dalam 2 malam sebelum di bawa ke lapangan terbang untuk ke jeddah.

jadi dari jeddah naik flight Hercules c-130 kepunyaan TUDM. ingatkan naik air asia, so berebut rebut lah kitaorang supaya dapat seat yang best sekali naik charlie plak. naik charlie semua duk bersila dalam tuh. ada lebih 2++ orang dalam tuh duduk bersila, bersempit2. dalam perjalanan memang tak selesa lah, so ada beberapa orang yg berdiri sebab tak selesa duduk. dari alex- jeddah amik masa 3 jam. sampai kat jeddah airport lebih kurang pukul 3am. lega rasanya, walaupun kaki dah lenguh2 naik charlie. turun pesawat, tentera bagi plak rangsum tempur (set makanan asas mcm garam, gula, biskut, beberapa pack brahim, teh dll). masuk airport jeddah kena tunggu lagi nak dptkan cop visa. aku antara last grup dapat balik passport. hanpeh!!!

kat luar airport ada bas dah tunggu nak bawak kitaorang pergi madinatul hujjaz (tempat penginapan jemaah haji milik tabung haji). aku tertdiur dalam bas, bukak2 mata dah sampai. aku igt cuaca kat jeddah sama macam egypt tapi sebenarnya lagi panas. sampai2 kitaorang kena lepak kat gudang besar. terkejut aku! hanya beralaskan karpet dan kipas pun ada beberapa biji beberapa pelajar malaysia ditempatkan untuk berehat kat situ. member aku tak puas hati dengan keadaan itu, pergi lah round2 kat blok2 cari bilik. sekali terjumpa 1 bilik, apa ag kitaorag pindah masuk bilik tuh. selesa skit kat bilik tuh ada kipas, ada tilam, ada bantal, ada selimut. hahaha

5 hari kitaorang duduk kat jeddah. duduk kat jeddah heaven gila. makanan, pakaian, keperluan asas, selipar, minuman semua dia kac free. makan 3 kali sehari dihantar terus ke bilik, pastuh dapat lagi makanan macam megi, buah, biskut percuma. kalau tak suka makan kat situ lepak kafeteria ada jual roti canai dengan kuah kari tapi kena bayar la. lepak punya lepak punya lepak 12/2 giliran kitaorang naik flight ke malaysia. num giliran aku 7004. budak bilik aku terpisah kepada 2 group. satu ke jakarta dulu satu ag terus ke malaysia. bertolak from madinatul hujjaz pkul 4pm sampai di airport 1 jam lebih kemuadian dan lepak airport sampai kol 9.25 pm. aku dapat group yang pergi jakarta. sampai di jakarta 11am waktu jakarta. kat jakarta dapat berita naik charlie lagi. aduhhhhhhhhhhhh! apa ke malang naik charlie 2 kali. tunggu sampai pkul 2pm waktu jakarta naik flight charlie ke malaysia. pukul 645pm 13/2/2010 sampai di airport tudm malaysia. lepas amik bag dihantar ke masjid tudm menaiki bas yang telah disediakan.
aku sampai umah pukul 10.30 pm

kenangan manis lah dalam perjalanan nih. walaupun naik charlie 2 kali tapi seronok.

p/s: korang ada pengalaman macam aku? hahaha
Images

sekitar protest di Mansoura

dilaporkan 10,000 warga mesir di mansoura berarak memprotest kedudukan Presiden Egypt Hosni Mubarak. warga egypt dilaporkan berada di sepanjang jalan di mansura, seperti di stadium mansoura, toiron, syarik port said, dan kawasan-kawasan bangunan kerajaan. seterusnya mereka berarak di kawasan syarik jihan, syarik tirah dan syarik gala'. rusuhan berlaku di syarik port said di mana beberapa warga Egypt membakar balai polis menggunakan getah tayar.

di kawasan masakin gamaah di mana kebanyakan pelajar malaysia tinggal tidak mengalami sebarang masalah besar memandangkan beberapa warga egypt bertugas untuk mengawal kediaman di sebelah malam. kebanyakan kedai telekomunikasi kehabisan stok top up walaubagaimanapun masih ada bekalan top up di beberapa kedai yang dijual pada harga yang tinggi. perkhidmatan sms masih lagi di sekat sehingga kini. kedai2 di mansoura masih beroperasi seperti biasa tetapi semakin kekurangan bekalan.

terdapat berita mengatakan proses evacuate pelajar mansoura akan berlangsung pada 5.2.2011 di hotel new marshall sebelum pkul 10am. walaupun begitu berita ini masih lagi belum disahihkan

di bawah merupakan video protes warga mansurah yang berlaku di syarik tir'ah












Images

Happy Ending Story

kekadang aku jeles gak ngn member2 yang dapat belajar kat Malaysia. Diaorang boleh lepak memalam, banyak tempat lepak, kumpul kawan lama ramai2 hampir setiap hari, mendapatkan makanan mamak dengan mudahnya, bermain futsal lewat pagi, hari minggu konvoi reramai ngn bebudak myvi club. ada banyak advantage kalau dapat belajar kat Malaysia dan bukannya tersesat dekat negara orang yang tak seronok ini.
tapi in other view,
aku juga berasa sangat beruntung dapat belajar kat negara orang. Kau boleh tahu tempat orang, kau boleh belajar bahasa orang, kau boleh belajar culture orang, kau boleh rasai sendiri tempat yang ada dalam filem2 blockbuster, tiket nak ke negara europe lebih murah berbanding dari malaysia dan yang paling penting aku baru sahaja selesai bercuti di selatan Egypt dan percutian ini sangat menyeronokkan...
berikut merupakan tempat-tempat percutian yang aku lawati:

1) Sharm al sheikh
sharm's view

Pesisiran Pantai

Glass Boat

Melihat dasar laut dari Lantai BoatNaama Bay Casino

2) Dahab
snorkellingquad biking

3) Sinai
makam Nabi SalehLembu Samiri, ada bentuk lembu pada batu di belakang sinai

Walaupun penat tapi percutian ini memang berbaloi. Bagi mereka yang sukakan pantai, Dahab dan Sharm Al Sheihkh merupakan tempat paling terbaik. Manakala mereka yang sukakan cabaran, mendaki bukit tursina(tempat nabi musa munajat) merupakan cabaran yang tak akan dapt dilupakan. Banyak view menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan ke tiga2 tempat ini. view yang berlatar belakangkan bukit bukit dan padang pasir mendamaikan suasana dan keindahan pantai dapat menenangkan fikiran yang serabut. Banyak lagi tempat menarik di Egypt dapat kita lawati dan nikmati. cuma untuk kali ini Sharm al sheikh, Dahab dan Sinai menjadi destinasi terbaik setakat ini.

bagi mereka yang berminat untuk melawat ke tempat2 di atas ataupun tempat menarik sekitar Egypt, samada sebagai lawatan berkumpulan, keluarga ataupun individu bolehlah menghubungi saya di amr_usb@yahoo.com. kami menyediakan perkhidmatan tour guide yang berpatutan!

p/s: macam biasa jgn lupa tekan iklan nuffnang di sebelah post ini. terima kasih:)

puas,
aphids





Technorati Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , ,
Generated By Technorati Tag Generator
Images

Hotels and Camp In Dahab, Egypt. Review

I just got back from Dahab for my Winter Break vacation. Such a beautiful place with peaceful environment make me fall in love with Dahab. its not a realy nightlife type of place with bars and clubs, but its very safe, quiet and a great place to relax. don't limit yourself to the beach though, go out and walk through the village. in dahab you can do many activities there, such as snorkelling, quadbike, cycling along the beach, ride camel in the desert, drink bedouin tea(delicious), play soccer, eat seafood, etc.

i went snorkeling, and took a jeep to reach the blue hole. I went and snorkeled in fairly shallow (2 feet deep) water with chunks of coral, some fish, and lots and lots of sea urchins. such a beautiful environment you can see down there in the sea.
Quad Biking in dahab is simply fantastic. It is a great way to explore the coast and mountains. A lot faster than a camel and much more fun! The bikes, powered by a hefty 200cc engine, tear you around the baron landscape. The guide will take you off the beaten track and around the beautiful valleys that are dug out by the Sinai Mountains, you will explore the coastline and skid through a few sand dunes all in a few hours.
but my holiday were spoiled by the accommodation service by AUSKI CAMP. Low standard service, smelly toilet, itchy bed, bad condition of cooking space and unclean places. Since i heard they offer among of the lower prices for traveler in dahab but with that kind of services I am so disappointing. Auski Camp owner also not friendly, he and I keep arguing for some small thing and no respect at all to me as a traveler. The Auski Camp workers also make me annoying when they acting jerk when welcome me on the first day.
if i'm not staying in Auski Camp, maybe my journey and travel will be a lot and much fun. I need to read all the reviews about the hotels and camp before i booked and stay there...

p/s: take your time to click on the advertisement beside this post. just click!

, , , ,
Generated By Technorati Tag Generator
Images

.::berkorban dan terus berkorban::.


salam eid adha.
aphids sangat sibuk kebelakangan ini, kerana itu blog ini tidak terisi dengan post2 baru...
baru sahaja selesai dengan program sambutan eid adha anjuran GMMSC. aphids di beri tugas yang sangat berat sebagai Pengarah Program perlu memastikan program ini berjalan dengan sangat lancar. walaupun banyak dugaan dan cabaran di dalam merancang program ini, Alhamdulillah akhirnya program ini mendapat feedback yang positive dari semua pihak...setinggi2 penghargaan ditujukan kepada barisan ajk2 program ini dalam memastikan program ini berjaya dengan lancarnya. akhirnya segala penat lelah terbalas dengan kejayaan ini...syukurrrr....

sejenak hari raya ketiga eid adha, kelihatan satu keluarga arab berkumpul di hadapan blok. aphids memerhatikan sahaja tindak tanduk keluarga itu. satu persatu beg dimasukkan kedalam 'buntut' kereta, kemudian dikeluarkan balik dan kemudian dimasukkan semula tidak muat barangkali...
mengingatkan aphids kepada suasana eid adha di Malaysia bersama keluarga. saat ini, kami sekeluarga bersiap2 untuk pulang ke kampung. bersama2 hendak meraikan hari yang mulia ini...tapi itu ingatan di malaysia, realitinya di bumi mesir ini aphids berada dan hidup perlu diteruskan sebenarnya. itu semua pengorbanan yang sangat mulia demi mencapai cita2. moga peluang itu akan hadir kembali...

p/s: salam eid adha ditujukan utk famili di Malaysia...kullu sanah antum taibb...

sangat berat pengorbanan ini,
aphids
Images

.::beri aku rasa::.

arini umah aku kat malaysia wat open house, wat kali ketiga aku miss ag untuk bersama sama merasai kemeriahan rumah terbuka yang keluarga aku anjurkan. semuanya sebab aku berada jauh, jauh dan jauh. semakin tahun semakin meriah nampaknya rumah terbuka keluargaku ini, aku dengar kambing panggang menjadi menu utama kali ini . bapak menarik giler, kalau aku ada di malaysia sudah tentu seronok giler...tapi biarlah...

aku baru pulang dari alexendria teman ustat duwenk pegi ke sana. smpi di umah aku nih kol 6.00am waktu mesir. aku telah jatuh cinta dengan alexendria, bukan kerana kecantikan pantainya atau kemegahan senii binanya tetapi kerana dia...

p/s: penat, mau tidur dahulu

tiba di mansoura,
aphids
Images

.::salam perantauan@ UTUSAN::.

check out this one...fucking awesome...hahahaha

SALAM PERANTAUAN@ UTUSAN
Images

.::mansoura-cairo-bahrain-KUALA LUMPUR::.

akhirnya, hari2 yg lame ditunggu2 dah menjelang tibe.... kini di KUALA LUMPUR, MALAYSIA...
sebenarnye aku balik nih, parents aku tak taw pon saje2 nak wat suprise sket...hahaha, tgk je la ape reaksi mereka balik dari keje nanti...

so ari nih aku dah smpi di Kuala Lumpur, perjalanan yg amat memenatkan. mula perjalanan dari mansoura seawal 6 pagi ke Toiron, dari situ ke Cairo International Airport naik van travel agent then smpi kol 10am tgg arr smpi flight kol 3.30pm...smpi kat bahrain dlm kol 7.30pm, lepak2 gi smyg then naik plane ke Kuala Lumpur, kali nih nye plane seronok gler ade tv utk sorang satu passenger so takde la buhsan sgt...

dlm perjalanan tuh aku bersama anp power rangers, thia, pika, nazeera, arham, aiman, nuha n ainur(kl tak silap ar), smue mencanak pasal swine flu, so smue pon pi la beli mask tuh cover an, tggl aku ngn anp power ranger je tak pki, tawakal je la...hahaha
n bila da smpi KLIA aku seronok gler, MALAYSIA doe, MALAYSIA!!!! tanah tumpahnye darahku...smpi2 amik luggage and check out, so kiteorg berpisah kat ctu tanpa smpt ucapkan selamat tinggal, takpe nnti kite jmp gak ag...ahahah

so tekad aku dlm plane ag, smpi Malaysia aku nak cari roti canai n nasi lemak. so adek aku amik aku dari airport ngn afiq akmal kiteorang trus grak gi kedai mamak. malangnye nasi lemak da takde mase tengahari bute, roti canai plak smue da abes... so aku makan nasi campur ngn ayam masala, layan gak ditemani bersama sirap limau yg lame aku idamkan...hahahaha

syukur alhamdulillah da smpi MALAYSIA...

p/s: MALAYSIA doe, MALAYSIA!!!!

viva la vida,
Images

.::Dari Mansoura Ke Kuala Lumpur::.

lupekan masalah di bawah, walaupon masih membara tapi ku malas nak pikir, ko btol2 wat aku kecewa...

skunk kol 3.25 am jam mansoura, lagi 3 jam aku akn meninggalkan rumahku ini utk ke Cairo.
lagi 12 jam aku akan menaiki pesawat pulang ke malaysia...
sementara menuggu jam terus berdetik dan waktu terus berlalu, aku berniat utk mengisi masa2 itu dgn berjaga smpi ke waktu itu, memandangkan takut ketinggalan bas utk ke cairo international airport.

ramai sebenarnye malaysian pulang pada tarikh tersebut, walaupun sebenarnye bukan tarikh ini yg mula2 aku booked (1st july), memandangkan bonda tercinta anp power rangers mahu anaknya pulang pada 24th june, aku mengiyakan ajerk , barangkali ade misi menyelamat di johor sane. lgipon aku tak kisah balik bile tapi kl lagi awal lagi cun arr, walaubagaimane pon ok pe balik awal, daripada buhsan duduk cni dok??? Go GO Power Rangers, esok kol 6am tepat taw!!! hahaha...

8/10/2008-24/6/2009, kl dihitungkan dah hmpir 8 bulan aku duk kat mesir nih, kl nak diceritakan cerite2 di mesir nih mmg byk, kl nak taw gak cube selongkar post2 yg lepas aku, byk gak aku post sebenarnye...hahaha
semua post itu menggambarkan keadaan @ cerita di mesir...hahahaha...

pada member2 aku yg masih tggl di mansoura selamat pulang, moge smpi ke destinasi...

pada budak2 rumah baru aku, tolong aku pindah umah erk? upah ku da kac anwy thanks doe,

utk yg tak pulang pndi2 ar hidup,

utk yg blom abes exam n tgg result semoge berjaya, dan pada yg reseat paper, selamat berjaya juge...

utk si SA yg konon2nye SA sori ar tak dpt tunjuk umah, call jerk tuan rumah tuh...hahahaha, okeyh??

utk member2 di malaysia, Tunggu Aku!!!...hahaha

smpi berjumpe lagi pade tahun hdpn, moge perjalanan aku berjalan dgn lancar selancar2nye...Amin...


"dan bilakan menghilang, musnahlah musnah impian tuk menggapai bintang, terangi hidupku, ku mahu kau tahu, engkaulah destinasiku, dalam ingatanku..."

p/s: cit...cit...cit (bunyi anak burung meminta makanan)

viva la vida,