Showing posts with label pelat. Show all posts
Images

Pelat #4

maksud redha kita terima ketentuan dengan hati terbuka. 
kalau terlalu exaggerate dan tenggelam dalam emosi 
nanti kita lemas dan tewas.

bahasa mudah: setiap kali kecelakaan berlaku, buat rilek je.
bahasa omputih: The thing is, shit always happen to me but i was like 'oh, okay'




Images

Pelat #3

"kamu ini orang bandar. mana makan guna tangan, guna sudu garfu"

aku ketawa.
ini sudah abad ke berapa
masih mahu dibanding banding.

walhal yang dinama bandar itu 
juga punya 'kampung' didalamnya

kadang kadang
lebih 'kampung' dari orang kampung.

'kampung' (baca = nilai/adab)






Images

Pelat #2

Engkau.

Tak ubah seperti lighter yang hampir kehabisan gas.

Petik petik tak mahu keluar, dalam 20 kali petikan 
mungkin yang ke - 21 baru nyalaan apinya ternyala.

Bengang.
Marah.
Menyusahkan.

Rokok aku perlu api untuk bibir nanti menikmati. Tahu!

Sekarang nak nyala rokok pakai apa?!


Images

Pelat #1

Kalau cantik itu hanya luaran kamu dan dalamnya tidak,
relakan cantik itu diperkosa mata mata manusia.

Bagai satu tugu yang menambah indah satu satu bandar
tidak perlu tahu nilai sejarah tugu tersebut

Cukup ambil gambar sekali dua dan beredar.