Images

.::kembali::.

malam yang dingin, pagi yang membeku, tidur yang lena...
sape sangka Allah ingin kan dia kembali...

tengah2 aku nyenyak tidur sambung tidur lepas subuh
aku dapat mesej yang mengatakan tok ki meninggal jam 7 pagi
hari jumaat (21/11/2008) arituh tok tam kembali tapi kali
ini datuk yg ku sayang pula kembali...

jujur aku katekan sepanjang aku membesar aku tak byk
mghadapi kematian dalam keluarga terdekat kecuali
ketika kecil dahulu datuk n nenek sebelah bapaku meeninggal.
itu yang terakhir...

kini aku jauh dari negara sendiri, jauh dari mereka
yang aku sayangi dan kini pula berlaku la perkara ini...
tapi aku percaya dengan qada qadar Allah,
aku percaya setiap yg hidup pasti akan menghadapi mati.
namun ape yang aku kesalkan aku tidak dapat menatap
wajah datukku buat kali terakhir yang mana dia dah selamt
dikebumikan kol 3pm pada hari yg sama...

aku masih ingat pesanan dia terhadap diriku supaya belajar
dengan rajin memandangkan jauh dari ibu n bapa...
dia juga meminta aku call dia sekiranya aku ingin menghadapi
peperiksaan so that, dia bole tolong semayang hajat n doakan aku...
aku masih ingat itu, ya aku masih ingat ketika itu aku sudah mahu pulang ke KL setelah semnggu beraya di kampung.

" ya allah kau cucuri la rahmat dan kesejahteraan ke atasroh datukku, moga dia telah berjaya di dunia dan akan berjayadi akhirat dan tempatkan lah dia bersama gologan orang yang beriman"


p/s: en. busu telah kembali (al fatihah)

viva la vida,

0 comments: