Images

Bahariya

Hitam gelap yang menutupi malam
suluh bulan jadi sedapnya pandangan
indah terpesona dapat ku rasakan
nikmat tenang yang tiada bandingan

Di samping maraknya unggun api
nyala cahayanya beri kehangatan
jadi selimut kala dinginnya angin
bersama secawan wiski badwi di tangan

Di bawah hamparan bintang bintang berjuta
kita menyanyi lagu lagu gembira
bergelak ketawa, menikmati masa
malam ini kita yang punya

Sempurnalah mimpi, rindu, dan angan-angan
bila satu lagi memori tercipta
jadi kenangan di masa tua
Bahariya, di sini bermulanya cerita.

 Bahariya
7 januari 2015
Jam 0000



Images

Pikul

Cuma kadang
aku rasa simpati

senyummu yang tawar
tak girang seperti dulu

masih tetap
mahu dipendam sendiri


oh ye: 2 paper lagi doh!


Hafeez Darraji



Images

Jalan Yang Tak Terjangka-kan

Maafkan aku
antara kisah kita
kau menjadi mangsa

Kebodohan aku
merencana cerita cinta
ke-tidak mengerti aku
kau telah sengsara

Telah jadi bahan
patah dalam pusaran
jatuh yang tak mampu bangun
bila dunia kau mahu tinggalkan

Menahan air mata
saat aku bergelak tawa
melukis senyum ceria
saat tiada peluang harapan

Ketahuilah kau sempurna
cuma aku bukan wataknya

Hafeez Darraji