Images

Cinta 1.0

Cinta itu bersifat universal

Cinta pada Tuhan
Cinta pada Nabi
Cinta pada Ibu Bapa
Cinta pada Kanak Kanak
Cinta pada Pasangan

Universal itu boleh diguna pakai

Setiap Hari
Setiap Bulan
Setiap Tahun
Setiap Waktu
Setiap Tempat

Pakai itu boleh dengan apa jua sekalipun

Romantik
Fantastik
Ceria
Duka
Ketawa
Menangis

Cinta itu Fitrah
dari Tuhan buat segala ciptaanNya

dan Fitrah itu sumber Bahagia


p/s: kadangkala kita cuma perlu mengaku yang kita ini hanya manusia biasa. Membuat kesilapan dan cuma perlu mengakuinya. Terima diri kita seadanya.



Hafeez Darraji






Images

Rahsia

Ada rahsia
yang tidak pernah aku beritahu
tanda aku mensyukuri nikmat
tidak mengungkit talian hayat
tanam biar subur selamanya
dalam jiwa aku

Ada rahsia
seperti Tuhan yang Maha Pencipta
ke atas setiap jalan kaki dua
buat yang yakin
terus sabar menanti gembira

Ada rahsia 
yang belum sampai masanya
untuk di khabarkan pada rakyat jelata
perincian dalam dalam
walau ada yang sudah mula bertanya

Ada rahsia 
dan ia bertambah dari hari ke hari
masa ke masa
kerana rahsia ini
akan lenyap bila sampai waktunya



p/s; Minggu pertama sesi persekolahan.


Hafeez Darraji





Images

Tamat Satu...


Bulan september atau Oktober. Bila ada penulisan baru yang terisi di antara 2 bulan tersebut maka ia menjadi satu petanda yang cuti musim panas aku akan/telah tamat. Usai 2 bulan aku memuaskan nafsu di bandar kotaraya dari menjadi badang dengan muntahnya sehingga pelari jarak jauh di atas jalan raya. ini tahun ke empat aku berulang alik dari tanah tumpahnya darahku ke tempat aku berpayung ilmu yang menanti masa untuk di duga perhentiannya. 

tapi aku tidak peduli semua itu, bagi aku cuti musim panas kali ini benar benar terisi dengan senarai panjang seperti nama nama dip dip kehormat dalam satu istiadat diraja. aku benarkan langit langit yang berlapis  untuk mewakili tingkat tingkat kepuasan aku dan bintang bintang yang entah berapa bilangannya di angkasa untuk memenuhi petak petak pada borang maklum balas "cuti musim panas 2012". 
Bahkan, dapat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Terbaik di Dunia tahun 2008, sudah buat aku mensyukuri dan bersyukur.

Kerna bagi aku, pegangan utuh pada kata kata 'live with no regret' telah membawa aku kepada kegembiraan tahap moksha yang sekarang ini. Seperti Lewis Hamilton yang sudah menjangka perlumbaan terakhirnya. supaya tidak ada satu satu perkara yang dimahukan, terlepas kenikmatannya.

dari Ramadhan yang berkat; perkenalan baharu dengan Tuhan; bersepakat pada tubuh hitam, pertengahan dan putih; memangkah peta peta semenanjung satu persatu dari utara hingga selatan, dari barat ke timur; kekuatan ikatan keluarga dan kawan kawan yang kita suka antara papan tanda yang membawa aku ke destinasi tamat untuk cuti musim panas kali ini. 

dan harapan aku, moga manis ini akan menarik semut.





p/s: Jumpa lagi Kuala Lumpur. Jumpa lagi Malaysia. 

Hafeez Darraji